Restoran Dangau Anis Putri Corner 26 Nov 2011
Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak Pantai Dalam merupakan sebuah restoran masakan Pantai Timur yang sangat terkenal. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen komuter pantai dalam. Terdapat pelbagai jenis menu -menu masakan pantai timur. Terima kasih kepada salah seorang pembaca blog saya yang telah mencadangkan saya untuk mencuba masakan di restoran ini.
Pelbagai menu Ulam-ulaman, pelbagai jenis ikan oreng ikan.
Banyak betul menu, Gulai kawah dan pelbagai lagi..
Ruang makan ada banyak. gambar ni baru satu ruang makan, sebenarnya sebelahnya ada lagi satu. Dan satu lagi kawasan yang ber Aircond. so memang besar. Meja2 agak banyak dan laluan sedikit sempit sebab memuatkan banyak meja. Jika kat ruang dalam yang ber Aircond lagi la padat dengan meja, nak jalan kena alihkan kerusi dulu. Saya selalu makan kat dalam saja. Restoran ini akan sentiasa pasang lagu Dikir Barat. so sambil makan anda akan dibuai oleh pelbagai lagu2 dikir barat.
Dalam banyak2 menu saya cuma ambik ini jer sebagai juadah makan tengahari saya. Cukupla kan perut kecik jer. Next time cuba menu lain pulak. Dari segi harga saya rasa ada menu yang mahal dan ada menu yang murah. kena cuba baru tau la. Juadah yang saya makan diatas ni termasuk air teh ais pun tak sampai RM10. Gambar diatas adalah diambil pada 26 Nov 2011, selepas pulang dari mendaki Gunung Datuk pada malam 25 Nov 2011.
Wednesday, November 30, 2011
Home »
Jalan2 Cari Makan
,
lagu dikir barat
,
masakan pantai timur
,
Restoran Anis
,
Restoran Anis Corner
» Restoran Dangau Anis Putri Corner Pantai Dalam
Jom wat discover makan2 plak ... hehehe
ReplyDeleteTQ sbb rekomen restoran ni..
ReplyDelete