Restoran Flaming Steamboat Buffet di Danau Kota Setapak merupakan salah sebuat restoran steamboat yang terkenal dan tak asing lagi. Kesempatan makan disitu tidak dilepaskan. Restoran ini terletak berhampiran dengan Down Town Danau Kota Stapak Kuala Lumpur. Restoran ini tutup jam 12 malam. kebiasaanya jam 8.00 mlm dah penuh orang datang makan, sehinggakan tempat pun penuh. Tapi kalau anda datang lewat sekitar jam 10mlm dah kurang orng. Harga bagi seorang adalah RM27 dan makan apa saja. Terdapat lebih 150 jenis makanan yang boleh anda nikmati. dan semuanya layan diri. anda boleh makan sebanyak yang anda mampu dan duduk berapa lama yang anda suka. Semua layan diri dari buat air, ais cream, ABC, dan pelbagai lagi. Yang Bestnya kalau makanan laut seperti udang, ketam, siput tak pernah abis, kurang sahaja akan di topup so tak perlu berebut takut abis.
Saya banyak makan makanan laut seperti Udang, ketam, pepahat, tiram dan sotong..benda2 ni sy bedal cukup2 yang lain2 tu dah biasa makan so sikit2 jer rasa. Minuman yang disediakan adalah 5 jenis Soft Drink seperti pepsi, coke, 100plus, oren, 7up, boleh ambil sendiri dan topup ikut suka, minumam panas juga ada dan buat sendiri la.
Mangkung steamboat pula ada 2 bahagian untuk Tomyam dan untuk sup biasa. selain itu menu lain seperti daging, ayam, nasi goreng, kentang goreng, salat sayuran juga terdapat dgn pelbagai menu masakan.
Bagi yang berminat ingin mencuba Steamboat ini boleh la menghubungi no seperti kad dibawah dan peta yang tertera dalam kad dibawah ini. Sekian terima kasih
sedap..sedap...jangan kena penyakit gaout udah lee
ReplyDelete