Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, November 17, 2011

Gunung Datuk Pendakian Malam 25 Nov 2011


Gunung Datuk Pendakian Malam kali ini adalah sebagai latihan Pre Kinabalu untuk Group yang akan mendaki pada 9-11 Dis 2011. Turut disertai oleh peserta yang akan mendaki pada 18-20 May 2012. Penyertaan pendakian malam AGunung Datuk ini adalah terbuka, sesiapa sahaja boleh join.


Tarikh seperti berikut : 25 Nov 2011 Malam


 

Kepada yang berminat hendak join sama2 pendakian ini, Boleh la berikan saya butiran berikut: secara email atau sms.

Nama :
No Tel :
Tempat tunggu : (Lokasi hentian RnR anda hendak tunggu jika hendak sekali bergerak)

Jika SMS : Type " Datuk ..Nama penuh.. Lokasi"

Penganjuran kali ini open, jadi keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. sila pastikan anda membawa keperluan yang mencukupi. anda dikehendaki tiba di Tapak Reakreasi Gunung Datuk sebelum jam 10.30malam pada 25 Nov 2011. Setelah tiba anda rehat buat persiapan sambil tunggu ahli2 lain datang. Pendakian akan bermula sekitar jam 11-12 Malam.


Keperluan yang perlu anda bawa:
1. Head Lamp
2. Sweater
3. Rain Cot
4. Khemah atau Fly Sheet/ Ground Sheet, jika tidak hujan anda boleh tidur berlapik tikar sahaja
5. Air 1.2 liter x 2
6. Makanan untuk sarapan

Bayaran:
Tiada Kutipan, anda terus daftar dan bayar pada renjer untuk permit masuk dan permit khemah jika bawa.

Tentative Program
25 Nov 2011
08.00pm - Mula bertolak dari Kuala Lumpur
10.30pm - Dijangka tiba hutan rekreasi
11.00pm - Persiapan - Toilet makan dan sebagainya
11.30pm - Mula Mendaki

26 Nov 2011
04.00am - Tiba di Base champ puncak
04.30am - Tido
06.00am - Bangun sarapan solat
06.30am - Naik ke puncak batu
07.30am - mulai turun dari base camp
11.00am - Dijangka tiba di tapak rekreasi gunung datuk
02.00pm - dijangka sampai KL

Peserta :
1. Abdul Hamydy Bin Abdul Hamid
2. Noor Faizan Binti Mohamad Azmi
3. Mohd Zaidan Mohd Nor
4. Aiman sofiah bt razlan
5. Hanis hannani bt shamsul kamal
6. Siti azwan bt mohd aini
7. Robiatul adawiah bt ohn
8. Awaludin Bin Ahmad
9. Norethanom
10. Mohd Hezuan Bin Bachok - Dari JB
11. Ina Omar
12. Ina Omar (Kawan)
13. Ina Omar (kawan)
14. Zulia
15. Zulia (Kawan)

Lokasi Menunggu

Hentian Nilai : Robiatul & Geng : 8.30pm

Hentian Seremban : Zulia & Geng  : 9.00pm

Terus ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk : Mohd Hezuan : 10pm

Hentian Tempat bertemu : Hentian Nilai atau selepas exit Pedas Linggi siapa yang tunggu di hentian ini sila maklumkan kepada saya

To Get There
Gunung Datuk is about 1½ hours drive from KL. To go there, get onto the North-South Expressway and head South for Rembau, Negeri Sembilan. Take Exit 223 (Pedas/Linggi). Immediately after the toll, take a left turn at the T-junction.
Go all the way along the road until you reach a round-about. If you follow the signboards along the way, you will be directed to take the 12 o'clock exit to Pedas town.

However, a much shorter and quicker route is to take the 3-o'clock exit (you'll by-pass Pedas). Continue along the road until you come to the traffic lights at the end of the road. Take a right turn. Keep going forward (you will soon pass another set of traffic lights) until you see a signboad indicating a left turn to Gunung Datuk. Take the left turn and move on for about About 4km. There will be a junction to the left. This road goes through a rubber estate. Not long along the road, there is a fork; take the left turn. Go all the way and you'll come to Gunung Datuk's base camp. Sumber : http://www.mchwen.com/mountains/Mount%20Info/G%20Datuk/G%20Datuk.html

Sunday, November 13, 2011

Charity Run Nov 2011



Di Kuala Lumpur kebiasaan pada hari Ahad akan ada Anjuran Larian. Ada larian yang menawarkan hadiah lumayan dan ada larian mengumpul dana kebajikan.

13 Nov 2011. Saya menyertaai 2 larian amal yang diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok. Disebabkan jadual perlepasan larian yang bermula jam 8.ooam dan 9.00am membolehkan sy menyertai kedua2 larian tersebut.

1st Run : 18th Annual Charity Walk/Jog/Wheel-A-Thon With The Disabled 2011
Flag Off : 8.30am
Distance : 4km
Date : 13 Nov 2011

2rd Run : Terry Fox Run KL 2011 The Contribution to Canser Research
Flag Off : 9.00am
Distance : 3.6 + 1.2 km
Date 13 Nov 2011

Total Run : 8.8 km

18th Annual Charity Walk/Jog/Wheel-A-Thon With The Disabled 2011



Terry Fox Run KL 2011 The Contribution to Canser Research

Terry Fox run diadakan setiap tahun. tiada yuran dikenakan dan percuma dan tiada pertandingan. Peserta Cuma perlu membeli T-shirt yang tidak bertarikh sahaja jika berminat dgn T-Shirt tersebut. sepanjang pemerhatian sy memang T-Shirnya banyak terjual. ada pelbagai saiz untuk kanak2 pun ada. harga T-shirt cuma RM30 sahaja. Saya tak beli pun sbb yang Charity run anjuran persatuan kanak2 spastik dikenakan yuran penyertaan sebanyak rm20. Jika nak bandingkan penyertaan antara Tery Fox dan Charity run anjuran persatuan kanak2 spastik. Larian Terry Fox lebih ramai yang masuk dan ada yang datang sahaja bagi sokongan untuk group syarikat masing2. Memang meriah dibuat di padang Merbok.

Habis sahaja larian Charity run kat Dataran merdeka sy terus berlaki ke Padang Merbok untuk pelepasan larian Terry Fox. Sib baik sempat. Larian Terry Fox cuma 4.8km sahaja. Tak sampai 30 minit sudah boleh habiskan larian. Di majlis Terry Fox run ini turut ada aktiviti Penjualan T-shirt, sesi tandatangan, untuk kanak2 dan juga pemberian roti dan air Milo percuma. tiada hadiah yang ditawarkan.

Tabur West +Tabur East+ Batu Cave Nov 2011

Tabur West

12 Nov 2011. Lagi Bukit Tabur West dan Bukit Tabur East dan juga Batu Cave saya naik lagi cuma selang beberapa minggu sahaja. Kali ini yang special sikit adalah saya mendaki bersama dua orang pembaca blog saya. Lutfi bekerja di Syarikat Felda dan Hawa yang bekerja Swasta, kenalan baru. Mereka berdua dan 3 org lagi sudah buat perancangan untuk ke kinabalu pada Bulan April 2012.


Tebing Curam. kawasan curam ini ada sebuah tali pendek yang digunakan oleh pendaki untu turun dan melalui trek. Kawasan ini kita boleh nampak UIA bunmbung biru. Biasanya ketika melalui laluan curam ini ramai pendaki yang salah langkah dengan menggunakan tali tersebut sepenuhnya untuk menyokong berat badan.. cara ini salah. tali tersebut sebagai sokongan badan untuk imbang. Kenapa tidak boleh gunakan sepenuhnya tali tersebut untuk sokong badan, kerana tali tersebut telah lama dipasang dan kita tidak pasti kekuatan nya. Pernah seorang budak pompuan mati terjatuh disebabkan tali tersebut terputus. Oleh itu sy nasihatkan jika anda melalui kawasan curam ini hendaklah satu tangan memegang batu dan satu tangan pegan tali sebagai sokongan.

Kali ini sebelum menamatkan Bukit Tabur West saya singgah di Puncak Carpet, Jarang naik puncak ni sebab tiada view. kebanyakan pendaki akan terus turun semasa di persimpang antara kebun dan puncak carpet. Keunikan puncak ini adalah kerana ia mempunyai hamparan lumut hijau yang membentuk seperti carpet yang cantik. Namun kadang2 para pendaki yang tidak peka dan sayang keindahan telah merosakkanya dengan duduk di atas carpet tersebut. Pesan saya jika anda hendak pergi ke Puncak carpet ini jangan la beramai2 dan ambil lah turn. Sbbnya jika anda ramai anda kakan duduk di banyak tempat dan menyebabkan carpet ini mati. jika anda pergi ke puncak carpet cuba sebolehnya jgn duduk di atas hamparan carpet tersebut, duduklah diatas laluan trek sahaja.


Tabur East
Ketika menamatkan Tabur West jam sudah 9.00am, Tanpa berhenti kami terus meneruskan perjalanan untuk ke Tabur East. Semasa di laluan kebun turun dari tabur west hujan sudah pun turun renyai2.

Kami merentasi sungai. sungai ini cetek ketika air tidak dilepaskan dari empangan, jika air dilepaskan dari empangan adalah bahaya untuk melintas kerana arus deras. disamping itu juga anda merenah air sehingga paras pinggan. so kalau tidak mahu basah kena pergi keseberang melalui jalan tar dan jambatan.


Air empangan ini jika selepas hujan atau pun selepas air empangan dibuka memang jernih dan terasa hendak mandi. Tetapi awas jika airnya sudah tidak jernih jangan la anda mandi sbbnya air itu dah bertakung  dan menyebabkan ada parasit dan patogen yang boleh menyebabkan kulit anda gatal.



Saya seperti biasa, selepas turun dari Tabur East saya meneruskan perjalanan untuk latihan kaki di Batu Caves. Selepas singgah di Petro station sebelum tiba Batu Cave sy tukar pakaian yang basah kena hujan semasa di Tabur East. Dah mandi wangi2 sy pun terus menaiki tangga batu Cave sebanyak 5 kali naik. pastu terus balik umah rehat.

Batu Caves

Broga Hills Okt 2011


Broga Hill ku daki lagi. Dipagi 30 Oktober 2011. Latihan kecergasan saya lakukan di Bukit Broga. Memandangkan dah lama jugak tidak pergi so kali ini trekking di Broga pulak. Tiba di Pakir kereta jam 6.30am dan terus mendaki setelah sedikit regangan dibuat. Boleh dikatankan ramai yang mendaki ketika itu. nasib baik tiada rombongan BAS kalau tak lagi padat la.

Tiada apa yang menarik untuk saya kongsi catatan kali ini memandangkan sudah selalu sy mendaki Broga Hill ini. Untuk post kali ini sy just nak share pic2 terkini yang saya ambil.


Batu yang telah diconteng oleh pengunjung. ada terlulis "MIDI" tapi itu buka nama saya yer,

Lereng bukit juga curam dan licin

Terdapat Gerai Menjual minuman

Tandas dan paklir kereta.

Monday, October 31, 2011

Bukit Tabur West dan Bukit Tabur East


Bukit Tabur West
29 Oktober 2011. Bukit Tabur West terletak disebalah kiri Empangan Klang gate. Trek masuk adalah sebelah Gate Empangan Klang Gate. Biasanya jika anda tiba di pintu empangan klang gate ini seawal jam 6.30 pagi sudah ada beberapa kereta parking dan beberapa orang sedang siap sedia untuk mendaki. jika anda lewat sekitar 7.30pagi akan banyak kereta mula paking sudah semakin ramai orang datang.
 
Trekking melalui Tabur West ini tidak susah cuma ia panjang sedikit. puncak pertama tidak tinggi oleh itu dari puncak pertama hinggalah ke puncak terakhir anda cuma melalui rabung sahaja iaitu trekking dari puncak ke puncak so tidak penat. Di sepanjang puncak ada tempat kita boleh view Kota Kuala Lumpur dan UIA.

Trek bukit tabur West ini tidak susah, permulaan kita akan mendaki sekitar 30minit untuk sampai ke puncak yang pertama. di puncak ini pendaki sudah boleh menikmati pemandangan matahari terbit. jika hendak lebih cantik bergambar di puncak ketiga di kawasan rabung batu. kawasan ini tidak terhalang oleh pokok2 jadi view lebih jelas. tapi agak bahaya dan tidak boleh ramai2.

AWAS
Kawasan Tabur West ini telah banyak berlaku insiden maut dimana pendaki tergelincir jatuh. Walaupun treknya senang dan tidak susah, disebabkan tidak berwaspada dan menjaga keselamatan, pendaki yang lalai dan mengabaikan keselamatan telah menyebabkan tergelincir terjatuh. Memandangkan ia bahaya saya amat mencadangkan supaya para pendaki yang tidak biasa atau pertama kali supaya melantik guide atau mendaki bersama rakan yang sudah biasa mendaki di bukit tabur. Cuba lihat amoi kat bawah ni walaupun sudah pesan laluan yang beliau lalui tu bahaya boleh tergelincir jatuh, beliau masih tetap hendak melalui laluan tersebut. Pendaki yang degil macam ni la yang selalu menghadapi masalah tergelincir. Apa2 pun keselamatan yg diutamakan.
 
Trekking turun melalui kawasan kebun. kawasan ini agak becah jika hujan dan ada pacat. so jika anda mendaki selepas hujan saya tidak galakkan anda turun melalui kebun ini. Tetapi jika anda ramai dan baru dicadangkan untuk turun ikut kebun.


Tempoh Masa
Tempoh masa mendaki Bukit Tabur West dari mula naik dan turun ikut kebun mengambil masa sekitar 3 jam secara normal. Kalau pendaki yang tegar mungkin sekejap sahaja. bagi yang santai2 dan bergambar sekitar 3 jam la. Tapi jika patah balik ikut laluan naik mungkin masa jadi lebih cepat.



Tabur East
Tabur East terletak sebelah kanan Empangan klang Gate. Kalau dari pintu Pagar Empangan Klang Gate tu kita perlu turun tangga ke sungai dan melintasi sungai jke seberang dan ikut paip besar sampai kehujung ada trek masuk. Tetapi jika empangan tersebut lepas air jangan melintas sungai tersebut kerana air mengalir kuat dan boleh bagaya terjatuh dan di bawa air. So kalau empangan dibuka anda perlu pergi keseberang melalui jalan raya ( menaiki kereta dan mota ker) tapi dekat sahaja kalau naik kereta dalam 10 minit sahaja.

 
Bukit Tabur East lebih singkat pendakiannya, tetapi terus menegak mendaki. Jika orang normal ambil masa 1jam 45minit dan masa turun pulak sekitar 45minit sahaja. Disebabkan ia terus menegak mendaki jadi kepada yang tidak biasa mendaki boleh terasa semputnya dan leguh kaki.
 
View
Dari Bukit Tabus East ini anda akan jelas nampak empangan Klang Gate dimana jika anda di Tabur West empangan ini tidak jelas dan nampak jauh. Tetapi di sini anda nampak jelas air empangan yang terjun. view Kuala Lumpur juga jelas. tapi rasanya kalau dari Tabur West lebih jelas berbanding Tabur East. Melalui Tabur East ni pendaki akan terjumpa dengan Batu2 Kristal yang terbentuk hasil lulu hawa. Bagi penggemar cincin mesti akan tertarik dengan bentuk batu kristal ini. kawasan yang terbentuk batu kristal ini tak banyak cuma beberapa tempat sepanjang pendakian ke puncak anda akan terjumpa.
 
Trek
Trek tidak susah cuma mendaki menegak sahaja, kurang laluan berbatu seperti Tabur West. Walaupun begitu risiko bahaya tetap ada disebabkan ia menegak dan curam. jadi perlulah berhati2.
 


Nampaknya itu sahaja la cerita Bukit Tabur dari saya. Kalau nak baca lanjut post saya sebelum ini pun ada cerita tentang bukit Tabur West.

Pendakian ke Bukit Tabur ni adalah sebahagian daripada latihan Pre Mt Kinabalu yang akan sy pergi pada 9-11 Dis 2011 ini bersama2 dengan group Guru-guru dari Semenanjung dan dari Brunei.



Batu Cave
Seterusnya selepas saya turun dari Bukit Tabur East dan West saya meneruskan latihan kaki dengan jogging tangga batu cave. Batu Cave tak jauh dari bukit Tabur. Jadi kalau buat latihan kalau tidak penyudahnya di Batu Cave rasanya tidak puas dan lengkap. Bayaran masuk paking cuma RM2 sahaja. Kalau hujung minggu memang ramai yang datang termasuk pelancong2.
 
Ketinggian atau bilangan anak tangga Batu Cave adalah sebanyak 273 anak tangga dimana setiap 17 anak tangga ada tempat singgah. So total ada 16 tempat singgah.Ada 3 lane laluan naik turun dan yang tengah kebiasanya untuk penganut hindu yang sedang melakukan upacara. tapi kalau tiada upacara sy tgk ketiga2 lane tu sama jer naik turun. jadi kalau nak puas naik la 4 atau 5 kali atau lebih. disebabkan saya baru turun dari bukit Tabur saya sempat buat 4 kali naik sahaja. so total anak tangga saya lalui ialah 2184 anak tangga... fuhh Banyakkan.. tapi itu baru sikit. ada orang 10 kali naik pun masaih ok.