Line Clear Nasi Kandar
Nasi Kandar Line Clear, nak cakap rastoran tak nampak macam premis, kalau kata gerai pun betul jugak sebab i terletak di lorong antara dua bangunan. Nasi kandar Line Clear ni antara restoran Nasi Kandar yang famous di Penang, terdapat beberapa lagi nasi kandar yang famous antaranya Nasi Kandar Beratur, Restoran Hameediyah Tandoori dan beberapa lagi yang saya tak ingat.
Singgah Makan Pasembur Padang Kota
Sebelum ini dalam entri yang lepas 11, July 2011 saya ada menceritakan tentang Restoran Hameediyah Tandoori. jadi kali ini saya buat entry pasal Nasi Kandar Line Clear pulak. Jalan-jalan ke penang kali ini secara daypack hanya untuk jalan2 cari makan. Saya masuk Penang menggunakan perkhidmatan Ferry sekitar jam 6.00pm, Sampai di Penang saya singgah dulu pekena Pasembor di Medan Selera Padang Kota. Walau pun sedia maklum harga pasembor kat situ mahal, tapi sesekali kalau masuk Penang kira OK la, kawan2 saya yang duk penang pun tak makan pasembor kat situ, mereka lebih suka ajak saya makan kat tempat lain. Tapi bagi kita orang luar sesekali nak makan kira ok la. Medan selera Padang Kota ini sangat meriah dengan pengunjung nampak kecoh dengan pengunjung membuat oder dan juga penjual yang memanggil pelanggan. Medan selera ini terbahagi dua bahagian satu bahagian terdapat majoriti peniaga cina, ada juga terselit satu dua peniaga islam. Lagi satu bahagian pula terdiri majoriti peniaga muslim, ada melayu ada india muslim.
Tips kalau tak nak harga pasembor mahal, kurangkan ambil seafood macam ketam udang dan sotong, benda-benda ni yang membuatkan harga pasembor jadi mahal. tapi kalau sesekali nak makan apa salahnya. sebab kalau kita orang luar kat mana lagi nak cari pasembor kat penang kan kalau tak kat padang kota. Lain la kalau kita selalu pergi Penang dan dah terra kat sana. Untuk entri ini walaupun tajuknya nasi kandar Line Clear saya rasa tak salah saya selitkan Pasembor kat sini ya :) .
Lokasi
Lokasi restoran Nasi Kandar Line Clear ni tak susah kalau anda tahu jalan, sebabnya banyak jalan sehala di penang jadi kalau silap pusing kena la pusing semula untuk masuk simpang restoran tu. Restoran ini terletak di Jalan Penang (Penang Road). Nak citer susah jadi saya bagi land mark yang berdekatan. Cari hotel BayView dan Citytel kalau jumpa hotel ni maka tak jauh la restoran ni. Selain itu pusat hiburan Disko Club SOHO juga berdekatan, jika anda jumpa SOHO maka tak jauh la, anda perlu perlahan dan tanya orang lorong nak masuk atau anda bawa keta pelahan untuk tgk sign board restoran ini. kalau bawa slow tengah malam boleh la kalau awal2 keta banyak jugak. Restoran ini tidak la jauh dari Banggunan Komtar. so kalau anda tersasar jauh dari komtar maka salah jalan la tu.
Komen saya tentang makanan kat sini, Bagi saya yang bukan hantu nasi kandar kira ok la sedap ikut tekak saya. Sebab kat Penang ada banyak restoran nasi kandar, so sebelum anda kata ia sedap anda kena la cuba restoran2 yang lain jugak, barulah anda dapat bezakan kesedapannya. Restoran ni beroperasi sampai 2-3 pagi kalau tak silap saya.
rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang Restoran nasi kandar Line Clear ni, nak tau lebih kena la sendiri g sana rasa yer
sekian