Apa itu Bacpacker
Jika di terjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud "Back" = Belakang dan "Pack" adalah pack barang, Jadi ia bermaksud packing barang di belakang. Kelakar bunyinya. Yang sebetulnya ia didefinasikan sebagai melakukan perjalanan jauh dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya membawa keperluan asas dan menggunakan belanja yang paling minimum. Ia juga boleh merujuk kepada penjelajahan buget.
Namun dalam keadaan sekarang backpakers ini ia menjadi lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam yang mudah dan efisean. Contohnya penerbangan murah, kereta api, Bus, ferri dan sebagainya. Dari segi makanan dan penginapan pula kita sudah tidak perlu risau kerana sudah ada banyak backpacker hotel dan banyak gerai2 makan yang beroperasi sampai lewat malam.
Antara beberapa tip-tip asas yang boleh saya kongsikan kepada pembaca semua melalui pengalaman saya merantau dan berjalan sebagai panduan. Saya bahagikan kepada 3 bahagian iaitu
1. Pre - sebelum
2. Present -Semasa
3. Pos - Selepas
Perancangan Sebelum : Pre
Pertama sekali sebelum travel kemana2 tempat kita perlula membuat perancangan terlebih dahulu. Mula2 keran rancang lokasi destinasi yang hendak dituju. Apabila dah tetapkan destinasi baru lah kita mula mencari maklumat tentang tempat yang hendak kita pergi. maklumat yang hendak di cari antaranya seperti berikut:
Maklumat
- Lokasi Backpacker Hotel dan kos- hotel murah biasanya Dorm dan sewa katil
- Perbelanjaan Transport - kos anggaran pengankutan awam disana jika tidak mahu sewa kereta
- Kos sewa kereta atau van jika anda 4-5 org
- List Perjalanan lokasi yang hendak dituju - Contohnya lokasi disana yang mana satu hendak dituju dahulu
- Buatkan Tentative - penting untuk elakkan anda bazir masa dalam perjalanan.
- Peta, Peta jalan, Peta laluan train ringan, jadual bas, ferry dan sebagainya yang perlu
- Makluman - sila maklumkan ahli keluarga trip anda serta tentativenya
*maklumat ini boleh didapati dengan membaca blog, buku dan google dari internet.
Persediaan barang keperluan
- Bag pack
- Tshirt - 2 helai yang cantik - 1 untuk pergi dan 1 untuk Balik
- Tshirt harian - baju pagoda, singlet (baju yang nipis dan cepat kering.
- Seluar - Jean sehelai, Slack travel ( seluar yg nipis yang boleh jadi seluar pendek)
- toiletteries - berus gigi, ubat gigi, sikat dan sebagainya
- Tuala - kalau boleh beli tuala kat kedai outdoor ia nipis serap air dan cepat kering.
- kasut - kasut yang ringan dan mudah
- Sliper
- Gajet - Kamera compact/ Dslr, smart handphone, Mini Tripod
Kamera compact lebih senang dibawa dan ringan berbanding camera DSLR, jika peminat fotografi selalunya mereka bawa DSLR. Bag Pack 25-30 liter sudah cukup untuk travel 3h2m, Beg sendeng kecik mudah untuk masukkan dokumen dan sebagainya. Poshbag ( bag pinggang tidak digalakkan kerana senang jadi mangsa penyeluk saku.
Perancangan Semasa : Present
Perancangan semasa adalah bermaksuh di hari kejadian iaitu semasa sedang melakukan trip, Antara perkara yang perlu diambil perhatian dan berwaspada antaranya seperti berikut.
- Pemeriksaan Kastam - elakkan dari menumpang barang, memegang barang dan sila cek poket beg bagi mengelakkan penyeludup dadah tumpang dadah terlarang dalam beg kita.
- Ikut Tentative - Ikutla perancangan yang dah dibuat, jika perlu perubahan baru buat. supaya jika berlaku sesuatu ahli keluarga tahu anda dimana merujuk tentative anda.
- Elakkan terlalu ramah mesra dengan orang yang dicurigai.
- Pastikan anda berjalan di tempat yang ramai orang
- elakkan dari mengeluarkan wang yg banyak ketika membeli atau ketika berbelanja.
-
Perancangan Selepas : Post
Perancangan selepas bermaksud anda melakukan sesuatu untuk digunakan selepas trip. contohnya semasa dalam trip anda mendapat maklumat baru. Dan maklumat tersebut perlu direkod untuk kegunaan dan rujukan masa depan. Antara maklumat yang perlu anda catit seperti berikut:
- Sediakan buku nota kecik
- Ambil pemplet yang penting yang ada maklumat tempat, hotel, dan contact
- kira kos perbelanjaan travel
- catatkan situasi trip anda seperti bulan, musim, dan cuaca,
- Jika ada blog masukkan maklumat tersebut dalam blog untuk elakkan lupa.
OK setakat ini dulu.. nanti ada masa sy masukkan lagi detail maklumat yang sy ingat.