Tuesday, January 21, 2014

Universal Studio Singapore ~ 2D1N 2014

Singapore


Trip Universal Studio 2014 2H1M.
Dikesempatan Cuti Umum Taipusam saya ambil kesempatan untuk melawat Universal Studio Singapore.Saya berpendapat jika sudah habis musim cuti sekolah maka kesesakkan di USS sudah kurang, ternyata sangkaan saya tepat. Memang tak sesak dan saya tidak perlu menunggu lama pun untuk ride mana2 permainan atau show di USS. Memang puas hati dan happy, cuma kebetulan hari tu USS tutup awal pada jam 7.00pm.


Singapore Singapore

Apa yang menarik dalam USS tu tak banyak yang boleh saya ceritakan, kalau nak cerita memang tak muat blog saya ni jadi pembaca boleh lihat di website resort world. Macam-macam ada sana. Tapi yang paling best roller coster dan transfomer la. Kalau Rolercoster tu mau nak tercabut urat perut naik haha :D.


Ramai yang bertanya saya tentang tips dan cara2 ke singapore. Memang kita yang biasa travel rasa ala mudah saja, tapi bagi yang first time dan tidak pernah travel..banyak persoalan yang bermain di minda mereka, Kalau rajin baca blog dan buat sikit kajian rasanya tak susah, tapi ramai yang tak membuat kajian jadi saya lah yang jadi kaunter pertanyaan mereka. Saya ok jer, yang mana saya boleh bantu dan boleh jawab saya akan bantu dan jawab, kalau yang tak dapat atau sudah lupa sbb dah lama pergi tu saya mohon maaf lah.


Berbalik pada trip saya. saya dapat tiket air asia promo kira murah jugak. Tiket pergi saya dapat RM0.00 + tak termasuk Tax , Tiket balik saya dapat RM0.00 + tak termasuk Tax. Pergi Jumaat dan balik sabtu.


Penginapan
Saya memilih menginap di hotel buget kali ini berbanding menginap di Hostel Backpacker seperti sebelum ini. Ini kerana saya inginkan privasi dengan memilih bilik single. kalau hostel susah dapat bilik single.
Singapore Singapore
Le Hotel di Carpenter Street
Saya buat carian di Agoda dan terjumpa hotel LE HOTEL ini. Terletak berhampiran dengan stesen MRT Clarke Quay dan berhampiran sungai Marina Park. So kalau nak ke Marina Park tempat Air Pancut kepala Singa tu boleh jalan kaki sahaja sepanjang sungai tu, tak jauh sangat pun jalan2 cuci mata dah sampai.
Singapore Singapore
Saya pilih bilik single. Biliknya kecil dan sesuai untuk seorang, terdapat juga bilik2 lain yang standard bilik hotel. Untuk bilik single ni toilet dan shower kat luar. Saya cadangkan jika anda memilih menginap di hotel ini anda pilih duduk level 2 kerana bilik air sebelah sahaja bilik single anda, berbanding jika anda menginap di level 1, anda kena naik level 2 untuk mandi. Hotel ni selesa dan bersih, aman dan tenang. Pekerjanya boleh cakap melayu. Ada hotel kita ingat pekerjanya melayu tetapi rupanya Filipina, so english sahaja dia paham. Bilik single saya dapat dengan harga RM180 semalam...mahal jugak tu, tapi tak banyak hotel buget yang bawah RM200 berdekatan dengan MRT dan Marina Park, yang ada cuma Hostel, kalau hostel anda boleh dapat sekitar RM50-60 semalam untuk katil dalam Dorm.


Hari Pertama
Perjalanan - Transportation
Melancong di Singapore memang mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Naik bus dan naik MRT ( LRT. Dari Airport Changi Terminal 1 ( Ketibaan dengan pesawat Air Asia) saya menaiki sky train untuk ke terminal 2, Dari terminal 2 baru saya menaiki MRT Train untuk ke bandar. Naik MRT di singapore memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah pertama sekali minta peta MRT di kaunter Passenger, dapat saja peta tu anda dah boleh tahu train mana yang perlu naik dan perlu tukaran train. Ia memang mudah setiap syarikat train ada kod warna, seperti hijau, purple, merah,oren.


Dari Terminal 2 Train line Hijau ( East West Line EW) saya bei tiket ke Clarke Quay. So naik train menghala ke Tanah Merah di sini tukar tarain menghala ke Joo Koon, selepas tu tukaran train di Outram Park tukaran train ke line Purple (North East Line) menghala ke Punggol selepas 2 hentian saya sampai ke Clarke Quay.
Singapore Singapore
Stesen MRT di Clarke Quay ni dalam Mall. keluar jer mall saya cross jalan ke jalan Carpenter untuk ke Hotel "Le Hotel". Memang mudah dan senang. kalau malu jgn lupa bertanya kat kaunter. Jika anda menginap beberapa hari di singapore anda boleh beli kad mcm Touch n Go untuk lebih mudah bergerak, top up pun senang. dengan kad tersebut anda boleh naik train dan bus. Kalau takde card tu naik train anda boleh beli tiket sehala dan kena guna tambang tepat jika naik bus yang tiada pulangan baki. jadi kalau naik bus tiada duit kecik susah la. So itu sebab saya cadangkan anda beli kad tu kat kaunter pasengger untuk lebih mudah.
Singapore Singapore Singapore
So sampai hotel masih awal dan tidak boleh cek in, so saya just maklumkan petugas hotel dengan memberikan vaucer yang saya print dari agoda saya tinggalkan beg di hotel dan bergerak ke Universal Studio. Untuk ke Universal studio saya perlu ke Harbour Front, untuk ke sana ada 2 cara naik bus bole dan naik train pun boleh. Kalau naik bus pun senang cuma semak info kat bus stop tu. kalau tiada info pada papan tanda di bus stop tu bermakna bus tu tidak pergi ke tempat yang kita nak, jadi kita perlu cros jalan ke bus stop seberang dan tengok info. Jika sebelah sini bus stop tiada info dalam laluan so mesti sebelah sana ada. Tapi saya memilih menaiki train kerana belom ada duit kecik, so saya naik train ke Harbour Front cuma 3 station sampai la. Stesen Harbour Front ni dalam Mall Vivo City.


Untuk ke USS dari Vivo City ada dua cara, pertama naik monorail kat tingkat tingkat 3, keduanya naik bus kat luar sebelah air pancut yang tulis RWS. Saya pilih naik bus cuma lebih kurang 2SGD. Bus tak la lama sekejap sahaja. Bus ini terus bawa ke Resort World Sentosa kat parking bawah, masuk jer dah boleh nampak CASINO. So bila nampak casino anda cuma naik tingkat atas dan jumpa Universal Studio.
Singapore Singapore
Dah masuk USS apa lagi gunakan masa sepenuhnya untuk enjoy semua yang ada di dalamnya. Kebetulan harini USS tutup jam 7.00pm. Kul 7 saya dah kuar USS dan jejalan kat luar sambil menunggu jam 9.00pm kerana ada show dan bunga api kat tepi sungai. Shownya cuma sekejap sekitar 10minit sahaja, jadi anda jangan sampai terlepas.


Lepas abis show saya pun bergerak ke tempat bus. Tambang bus pulang ke Vivocity (Harbour Front) adalah percuma sama seperti kalau naik monorail. Sampai di Vivocity saya menaiki train pulang ke hotel.
Singapore Singapore
Singapore Singapore
Minum Mamak
Selepas mandi dan cek in bilik saya keluar minum kedai mamak yang berdekatan. Nama restoran mamak ni Shah Alam yang terletak di Jalan Circular.Cuma jalan kaki sahaja ke lorong ni, memang happening lorong ni banyak kedai makan bar dan pub.

Hari kedua
Saya sarapan pagi di Restoran mamak Shah Alam. Terdapat 2 kedai Mamak dan satu kedai Nasi Padang di kawasan Cirle Rd ini. Makan kat mamak harganya sama macam makan kat restoran mamak kat Malaysia. Kalau kat Malaysia satu pinggan nasi lauk dan sayur dalam RM7-RM8 kat Singapore pun sama sepinggan nasi ayam dan sayur pun 7-8 dolar SGD. Cuma matawang singapore mahal la kalau di bandingkan Ringgit. Selepas Sarapan saya berjalan kaki di sepanjang tepian sungai menuju ke Marina Park ( Air Pancut Kepala Singa "Merlion"). Ronda2 di Marina park sampai puas.

Bugis Street
Setelah puas meronda di Marina Park saya menuju ke Bugis Street menaiki bus, cuma pergi ke mana2 bus stop lihat info stesen bus. Bus stop yang pertama saya lihat tiada maklumat ke bugis jadi saya pergi ke bus stop berikutnya di jalan bertentangan baca info ada hentian ke bugis. Ada beberapa bus yang kita boleh naik asalkan ia memalui jalan yang sama kita boleh naik bus tersebut jadi adalah penting anda study sedikit peta bandar untuk mengetahui Jalan-jalan Utama untuk memudahkan menaiki bus. Jika anda rasa susah maka cara paling senang ialah naik MRT terus ke stesen MRT BUGIS. Naik bus baru 1-2 dolar SGD sahaja. perlu bayaran tepat sebab tiada pulangan baki.
Singapore Singapore
Bugis Street ni macam petaling Street kat malaysia. Penuh dengan barang-barang yang harga murah bagi rakyatnya, kalau bagi duit kita tak la murah sangat. Kalau nak beli survinior boleh cari kat sini. Kita boleh dapat Tshirt dengan harga 3 helai 10 dolar SGD. Memang sesak bugis street ni, pelbagai orang kita boleh jumpa kat sini. Dari jenis barangan Tshirt, seluar, kraftangan, beg dan pelbagai lagi.


Seterusnya dari Bugis Street saya menaiki MRT ke Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur . Sampai di Airport jika anda ada membeli barangan yang anda masih simpat resit yang tertera caj GST maka anda kena pergi ke kaunter GST untuk tuntut semula duit anda.


Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan trip ringkat dan pendek di singapore.


Sekian


Tentative Perjalanan Seperti Berikut

Hari Pertama - Jumaat 17.01.2014
06.00am - TBS Tasik Selatan menaiki Tran ERL Transit ke LCCT
07.00am - Tiba LCCT
08.00am - Berlepas ke Singapore
09.00am - Tiba di Singapore
09.45am - Tiba di hotel simpan beg
10.15am - Tiba di Resort World beli tiket USS dan masuk USS
07.00pm - USS Tutup, keluar dan tunggu show kat luar
09.00pm - Show tepi laut dan ada bunga api
09.15pm - show tamat
10.00pm - Sampai ke Hotel cek in
11.00pm - keluar makan

Hari Kedua - Sabtu 18.01.2014
09.00am - Sarapan di restoran Mamak
12.01pm - cek Out dan Ronda di Marina Park
03.00pm - Bugis Street
06.00pm - Train to Airport
06.30pm - Sampai Airport dari terminal 2 kena naik skytrain ke terminal 1
08.00pm - berlepas pulang ke Kuala Lumpur
09.30pm - Naik bus LCCT-TBS RM8
10.30pm - Sampai TBS, Bayar parking cuma RM6 untuk 2 hari.

Kos
Hotel = RM180
Flight KL - Singapore = RM0.00 + RM49 (tax)
Flight Singapore - KL = RM0.00 + 40SGD (tax + Fee)
Tiket USS = 74SGD = RM200
Duit Belanja = 100SGD (transport + Makan + Survinior)

Tips
- Lebih mudah dan jimat naik pengankutan awam
- Study map Singapore sebelum pilih lokasi hotel ( Dkt MRT, restoran, mall dan tempat yang hendak pergi)
- tukar duit kecil dengan membeli tiket MRT di kaunter.
- Habiskan duit syiling yg ada untuk naik bus dan MRT, hanya note kertas 2SGD ke atas sahaja boleh tukar balik kat Malaysia. Duit syiling tak laku.
- Jangan langgar undang2 sbb banyak camera dan jgn hisap rokok kat tempat awam nanti kena saman.

Tips Budget
- kalau kat Malaysia kita berbelanja RM200 untuk 2 hari maka kat singapore pun sama tapi 200SGD la.

5 comments: