Sunday, January 12, 2014

Kari Kepala Ikan ~ Bawah Pokok Bangsar

Kari Kepala Ikan


Kari Kepala Ikan Bawah Pokok di Bangsar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya mencuba kari kepala ikan yang menjadi sebutan ramai. Lokasi kedai makan ini hanya gerai kecil yang terletak dibawah pokok di Bangsar di belakang Banggunan Pasaraya TMC. Kedai makan ini sering disebut2 oleh rakan saya. Jadi kebetulan saya tergerak untuk mencuba makan tengahari kari kepala ikan ini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Adalah dinasihatkan agar anda datang tengah hari sekitar jam 1.00-2.oopm jika lewat kuatir kari kepala ikan ini habis. Saya tiba sekitar jam 1.30pm saya dapati parkir punya la susah, terpaksa pakir jauh sikit, sampai saja tengok dah ramai orang beratur dan dah ramai orang sedang makan. Pelbagai bangsa yang makan kat sini.
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Rasa kari memang pior kari mamak, so kepada yang suka kari mamak memang sedap la pekena kari kepala ikan ini. Harga bergantung kepada saiz kepala ikan, saya punya harga RM20, hahaha boleh tahan jugak kan. Selain kari kepala ikan ini saya lihat kebanyakkan pengunjung memesan kari kepala ikan bersama ayam goreng dan sotong dan juga sayur toge. Sotong goreng memang sedap jugak. Kepala ikan yang saya makan adalah kepala ikan tenggiri.


Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan pasal kari kepala ikan bawah pokok ini. Para pembaca blog saya boleh  lah cuba. Koordinat kedai ini adalah 3.128472, 101.668771


Sekian



[googlemaps https://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=3.128472,+101.668771&sll=37.0625,-95.677068&sspn=45.014453,79.013672&ie=UTF8&ll=3.128472,101.668771&spn=0.001741,0.002411&t=m&z=14&iwloc=near&output=embed&w=425&h=350]

3 comments:

  1. Perkhh..
    Kebetulan maza baru2 ini menikmati makan tengahari di sini minggu lepas. Menang mantaplah.. Hehehe..

    Pengusaha kedai ini bernama Anwar... Kira India Muslim gitew. Hehehe

    ReplyDelete
  2. la ni dh mahal la...
    nasi + ayam goreng + toge = RM3.50

    dulu RM3 jek.......huhuuh....

    ReplyDelete
  3. bru je mkn tghari tadi nasi (da siap kuah kari)+ Ayam Goreng + Toge + Teh O Ais.= RM4

    Murah Woooo.. mna nk dpt harga camtu kt KL ni. Alhamdulilah..:)

    ReplyDelete