Trip Mt Kinabalu 2019

Kinabalu 2018
Gambar Trip May 2018 yang lalu

Salam Semua


Pertama sekali saya Mohon Maaf. Saya mendapat banyak permintaan dari Pembaca Blog dan juga rakan-rakan pendaki yang pernah mendaki bersama dan join trip Kinabalu sebelum ini untuk meneruskan penganjuran trip pada tahun 2019.


Namun saya Tidak Dapat menganjurkan trip ini pada tahun 2019. dan tahun seterusnya saya tidak pasti lagi. Dalam trip 2018 baru2 ini saya ada menyatakan hasrat untuk bersara dari penganjuran Trip KK tahun berikutnya.


Setelah dipikir2 saya buat keputusan untuk tidak dapat meneruskan penganjuran. Saya sekarang tengah fokus untuk Trip EBC saya yang akan pergi pada Oktober 2018 ini.


Saya mohon maaf kepada semua yg berharap trip ini diteruskan.


Maaf Trip 2019 tidak dapat dibuat.


 

 

Tempahan di Group FaceBook


Pembaca blog boleh juga join Group Hiking di FB yang sering buat penganjuran Trip Hiking, antaranya yang terkenal adalah Group FB Hiking & Camping Around Malaysia nama ringkasnya HACAM. Dalam Group FB ini anda akan dapat lihat group2 atau gogo yang buat iklan mencari orng untuk cukupkan group mereka.


Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza mengikut kemudahan , pakej dan juga tentative. Jadi jika lihat iklan dan harga yang ditawarkan, kita lihat pula itenari dan perkhidmatan yg diberikan, jika kena dengan buget dan gaya kita bole la join.


Kinabalu 2018

Berikut saya kongsikan FB ahli yang sering buat iklan di group ini antaranya seperti Amanda Omeychua, Eny Goh. Saya tidak pernah berurusan dengan mereka lagi, tapi dari pemerhatian saya di FB group tersebut saya dapati FB Amanda Omeychua meyakinkan.


Kinabalu 2018 Kinabalu 2018

Walau bagaimanapun pembaca harus juga berhati-hati dengan SCAMER yang menjadi GoGo lipak. Perkataan GoGo adalah bermaksud orang yang menganjurkan trip. Asal dari perkatan ajakkan iaitu  go! go! , atau jom! jom!. Manakala perkataan GoGo Lipak ni maksudnya GoGo yang menipu peserta. Caranya ialah dia buat iklan dan menawarkan harga yg murah atau pun terlalu murah. Apabila peserta membuat bayaran tapi akhirnya semasa hendak mendaki, individu yang jadi GoGo ni tidak pernah pun membuat booking dan urusan tempahan. Sudahnya peserta tidak dapat mendaki kerana tiada tempahan permit dan sebagainya.


Ini Contoh keratan akbar
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/rekreasi/hacam-wujud-pangkalan-data-1.694749

Pesanan saya, bila anda jumpa mana2 penganjur ni anda baca juga review dan maklum balas dari peserta lain. bila dah yakin dan puas hati barulah anda join.

0 comments:

Post a Comment