Sunday, September 16, 2012

Cendol Bakar Kuala Selangor



Cendol Bakar Kuala Selangor
Jalan-Jalan cari makan kali ini membawa saya sehingga ke Kuala Selangor. Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, tapi cendol pun ada Drive Thru. Cendol Bakar ni ni lain sikit rasanya. Cendol sama sahaja menunya macam cendol2 lain cuma yang buat rasa beza adalah ada rasa bakar. Mungkin rasa gula melaka yang dibakar membuatkan rasa cendol tu rasa bakar.


Rasanya pun sedap. Kalau tengah cuaca panas mcm ni memang kena sangat la. Yummies. Kalau anda ke Kuala selangor jangan ketinggalan untuk mencuba cendol bakar ni. Lokasi cendol bakar ni tak jauh pun dengan pekan Kuala Selangor dan terletak di sebelah stesen minyak caltex.



Harga pun tak la mahal sangat dari RM2 hingga RM3.5. Bagi Orang Fakir Miskin dan OKU cendol ini adalah percuma dengan syarat kena menunjukkan kad JKM. Gerai ini juga Unik kerana dibuat beratapkan atap Rumbia. dan nampak macam ala2 kampung bersesuaian dengan kawasan kampung sekeliling. Pengunjung memang ramai kalau tak silap sampai magrib pun masih buka. Tapi tak pasti pulak ia buka sampai malam atau tak.
 

Restoran Cendol Bakar ni ada 5 cawangan + main jadi 6 la restoran ni. Restoran yang saya makan ni yang terletak di Kg Bukit Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan.


Sekian


Related Posts:

  • Hotel Buget Kuching SarawakPenginapan BugetPenginapan Buget kali ini di Kuching menjadi pilihan saya kali ini adalah Pinnacles Kuching Lodge. Hotel buget ini terletak berhampira… Read More
  • Fraser Hill ~ Little England MalaysiaBukit FraserBukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik k… Read More
  • Legoland MalaysiaLegoland MalaysiaIni merupakan kali pertama saya jejak kaki ke Legoland Malaysia walaupun sudah lama ia dibuka. Bukan tidak mahu pergi semasa awal pem… Read More
  • Bukit Tinggi ResortBukit Tinggi ResortBercuti di Bukit Tinggi Resort Genting Highlands. Kawasan tanah tinggi yang nyaman dan bersuhu sederhana sejuk. Kawasan ini amat lu… Read More
  • 2H1M di Langkawi 20112H1M di langkawi. Kesempatan ke Kedah walaupun sekejap sempat juga saya berjalan. so saya panggil trip 2h1m di langkawi. Sebenarnya banyak lagi tempat… Read More

2 comments: