Sunday, September 2, 2012

Ayam Bakar Rujak - Batam Indonesia


Ayam Bakar Rujak dan Nasi Bakar
Jalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke pulau Batam Indonesia. Menu ayam bakar rujak dimakan dengan nasi bakar memang sesuatu yang baru bagi saya. Rasanya yang sedap dan pedas memang buat kita rasa kik punya. Masakan ini di hidangkan di sebuah restoran yang tidak jauh dari Nagoya Hill Mall. Nama restoran ini adalah Dapur Unik. Kalau nak ke restoran ini mudah sahaja, ia berdekatan dengan Hotel Grand Virgo. Jarak Restoran ini terletak ditengah antara Hotel Grand Virgo dan Nagoya Hill Mall.

Restoran Dapur Unik ini juga menghidangkan beberapa menu lain. Tetapi yang saya nak highlight kan adalah menu Ayam bakar rujak dan nasi bakar. Bagi Tekak saya memang sedap walaupun pedas. Jika hendak oder menu ini kena sebut begini "Ayam Bakar Rujak dengan Nasi Bakar". Jika anda oder ayam bakar rujak sahaja nanti dia akan hidang dengan nasi putih sahaja.

Rasa ayam bakar rujak ini memang sedap. Ayam bakar dengan sos rojak resepi tersendiri. Nasi bakar pula, nasi yang dibungkuns dengan daun pisang dan dibakar. nasi tersebut dibungkus bersama sedikit ulam khas, ikan, sedikit cili yang membuatkan rasanya sedap dan beraroma serta dihidang panas. Macam lebih kurang pulut panggang Terengganu, bezanya yang ini pulut dan nasi. dan rasa agak beza sikit.

Gambar perempuan yang ambil oder makan ini adalah pemilik restoran ini. Mungkin kebetulan kami datang dalam group yang ramai dia senang hati untuk ambil oder. Biasanya dia kelihatan duduk di meja yang berhampiran meja casher. Orangnya peramah dan muka ada gaya Angelina Jolie :D.


Sekian..

1 comment: