Monday, April 30, 2012

Singapore USS Batam 2012



Singapore USS Batam 2012
28-29 April 2012. Trip Backpacker kali ini yang disertai 16 orang telah berjaya dengan jayanya. Asalnya yang telah mendaftar dan telah membeli tiket penerbangan adalah seramai 22 Orang. Namun last minit kesemua 6 orang tersebut tidak dapat join kerana kekangan tugas yang tak dapat dielakkan.


27 April 2012, sudah ada dikalangan ahli2 yang telah mula bergerak ke LCCT sekitar jam 12 tengah malam bagi megelakkan kelewatan. Ada juga yang menaiki ERL. Ada juga yang menaiki bus dari KL Sentral sekitar jam 2.00am. Dan ada yang datang sekitar jam 5.00am. Kebanyakan kami hanya bertemu ketika hendak boarding sahaja.


Terdapat 2 penerbangan, satu jam 6.15am dan lagi satu jam 7.45am. Saya dan 8orang menaiki penerbangan jam 6.15am, manakala lagi 7orang menaiki penerbangan jam 7.45am. Pesawat yang saya naiki jam 6.15am ada sedikit  teknikal dan berlepas lewat 30minit.



Sekitar jam 7.30am kami yang menaiki pesawat jam 6.15am pun sampai. Sampai saja diterminal ada ja yang baru nak isi borang imigresen, agaknya masa dalam flight tido kot :D. So ambil masa lagi. So yang lain rasa happy saja sbb first time jejak kaki kat Singapore, dan ada pulak yang First time keluar negara. Setelah melepasi Imigresen kami mula mencari lokasi Sky Train untuk ke MRT. Dari Sky Train ia akan bawa kita ke terminal dimana MRT terletak. Sky Train free jer tak perlu tiket. Sampai di MRT kami pakat2 beli tiket MRT ke Kallang station tempt dimana penginapan kami Ideal Backpacker.Dari MRT Changi Airport kami beli tiket ke KALLANG EW10 train ni ken buat pertukaran di station Tanah Merah dan ambil train menghala ke Joo Koon, Dari Tanah Merah tarain ini akan melalui Kallang. Sampai di Station Kallang kami pergi untuk cek in backpacker dahulu walaupun belum boleh cek in. Kami Tinggalkan beg di stor Backpacker dan maklumkan kepada petugas kaunter yang kami akan balik sekitar jam 11.00pm. Memandangkan 4 orang yang tidak dapat datang telah booking bilik, saya tidak dapat untuk canselkan kerana saya telah booking Dorm untuk 5 orang satu bilik bagi perempuan dan Dorm 6 orang sebilik bagi lelaki. jadi kalau saya cansel org yang tidak datang, bilik tersebut tetap saya kena bayar full. Tapi Sib baik rakan yang tidak dapat datang telah pun membayar full payment bilik. jadi tiada masalah bilik lgi la. Petugas tersebut maklumkan jika saya cansel booking tersebut..sudah tiada dorm lain yang boleh di adjust kerana semua bilik/dorm pada hari itu telah full booking.




Selepas selesai cek in kami singgah sarapan di Restoran Mamak Imam. Sambil makan sambil tunggu group lagi 7 orang yang menaiki penerbangan jam 7.45am. Risau jugak saya takut mereka tersesat sbb lama sangat. Rupanya mereka pergi ke terminal satu dahulu untuk cek in flight pulang. jam 9.30 baru mereka sampai selepas cek in tunggu mereka sarapan dulu. kami semua dah cukup korum 16 orang mula bergerak ke USS. Dari Kallang station beli tiket MRT ke Harbour Front NE1, Pertukaran train di Outram Park untuk menuju ke Harbour Front.


Tips : Jangan lupa ambil Map lalua train pada petugas kaunter. kena mintak dgn dia sbb map MRT tu tidak ada display camtu jer. Map kecik tu sangat membantu.

Setelah sampai di Habour Front kami menaiki bus untuk ke sentosa Island, Selain bus anda boleh naik Train dan Sky Kabel car. Harga tiket bus kalau tak silap saya 2-3 dolar. Balik free.
Saya akan update lagi ......selepas ini....

6 comments:

  1. pi la vietnam / kemboja ka plak......

    ReplyDelete
  2. Cikgu Zaidan
    kemboja sudah pergi. kalau nak repeat boleh aja.

    ReplyDelete
  3. http://hamydy.wordpress.com/2011/05/03/cambodia-2011/

    ReplyDelete
  4. rabizah (musuh hamydy)May 7, 2012 at 3:40 PM

    tergamak tingai anak aku.aku pi buat amal ibadat yg bapak nak sgt seronok dgn betina mau tak nu si azura ikut betina kesayangan.andarita kassim tak ikut.aki saman hang tgk mydy

    ReplyDelete