Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, August 20, 2018

Bukit Bendera @ Penang Hill ~ Via Moongate 5

Penang Hill 2018
Bukit Bendera (Penang Hill)
Sekiranya melawat ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti hiking di Bukit Bendera ini. Terdapat beberapa trail yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Bendera. Hiking tidak dikenakan bayaran, apabila turun boleh turun dengan Train dengan bayaran RM5 (My Kad). Waktu paling sesuai untuk mula adalah jam 7.00am kerana cuaca tidak panas. Ada trail yang pendek dan ada trail yang panjang. Berikut adalah antara pilihan Tempat Mula Trail.




  1. Bukit Bendera Cable Car Station, Sebelah Parking (5.409135, 100.277472)

  2. Seafood Restaurant Happy Family, Jalan Taman Cantik 5.407747, 100.280585

  3. Youth Park Car Park, Jalan Kebun Bunga, (1. 5.431611, 100.297364, 2. 5.430565, 100.297365)

  4. Moongate 5 Botanic Garden,(5.435734, 100.292855)

  5. Tar Road Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga, Jalan Tar (5.437418, 100.290486)


Trail - Bukit Bendera Cable Car Station
Trail ini paling senang dan berdekatan dengan Cable Car Station. Anda boleh parking kereta di parking bertingkat atau pun parking di kawasan belakang Cable Car Station masuk melalui Jalan Pokok Ceri. Jika anda parking di Parking bertingkat, sebelah Cable Car Station ada laluan yang akan melalui bahagian bawah Cable Car Station dan menuju ke belakang berdekatan dengan laluan masuk dari parking Jalan Pokok Ceri. Trail ini adalah selali dengan laluan Cable Car melalui Middle Station dan seterusnya ke puncak Penang Hill.


Trail - Seafood Restaurant Happy Family
Sekiranya anda suka pemandangan kampung dan kebun maka laluan ini juga menarik. Laluan ini lebih panjang dari laluan trail Cable Car Station. Masuk melalui simpang Jalan Taman Cantik 500 meter sebelum Cable Car Station. Masuk 130 meter Jalan Taman Cantik kemudian melepasi Seafood Restaurant Happy Family. Simpang trail ini betul-betul selepas Seafood Restaurant Happy Family selepas melalui jambatan pendek. Apabila anda masuk simpang ini anda berjalan terus sehingga ke hujung sehingga jumpa tokong kecil tempat sembahyang maka laluan masuk disitu. Trail ini hanya orang local sahaja yang biasa masuk orang luar jarang melalui trail ini.

Trail - Taman Belia/Youth Park, Jalan Kebun Bunga
Kawasan ini lebih jauh dari Cable Car Station, kalau naik Grab sekitar RM5-10. Lebih kurang 6.5km jaraknya dari Cable Car Station. Terdapat 2 kawasan Tempat letak kereta. Anda boleh parking mana2 dua kawasan tersebut kerana setiap satu ada laluan masuk ke trail yang sama. 1. 5.431611, 100.297364, 2. 5.430565, 100.297365.


Trail - Tar Road Botanic Garden
Trail ini atas lagi dari pintu masuk Moongate 5. Ia adalah laluan tar untuk naik ke Bukit Bendera. Hanya kenderaan yang dibenarkan sahaja dibenarkan masuk. Jadi kalau mendaki di laluan ini anda akan kerap bertembung dengan kenderaan Jeep dan motosikal. Agak kurang selesa.


Trail - Moongate 5
Pintu masuk trail ini merupakan trail yang paling famous. jika anda google cara untuk mendaki Penang Hill, anda akan dapati rata2 orang tulis masuk dari sini. Kawasan ini parking limited sedikit, parking ditepi sepanjang jalan. Memang ramai pengunjung di kawasan ini. Saya mendaki melalui pintu ini.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Sampai di Moongate 5 ni sekitar jam 7.00am Dan mula mendaki jam 7.20am, kebetulan dapat parking betul2 hadapan Moongate ini. Awal pendakian dari moongate ini trek sedikit menaik di tambah dengan beberapa anak tangga. Lebih kurang 1.2km 35 minit mendaki anda akan jumpa CP Station 5. Di sini ada kemudahan toilet kedai kopi dan mini gym.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Dari CP Station 5 anda akan bertemu dengan simpang ke CP Station 39. Selepas CP Station 5 ni, trek banyak juga yg mendatar. Disebabkan Station 39 tu kebawah sebelah kiri maka saya tidak turun ke station 39 sebaliknya meneruskan perjalanan ke CP Station 84 lebih kurang 1.1km 20 minit. Sebenarnya anda telah mendaki melepasi Bukit Cendana jika sampai ke Station 84. Di Station 84 ini ada banggunan tinggalan tandas awam yang sudah tidak digunakan. Disini anda akan melalui sedikit jalan Tar sebelum simpang masuk ke trail semula.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Selepas Station 84 barulah anda mendaki bukit bendera. Laluan ini sepanjang lebih kurang 1.6km dengan masa 30-40 minit. Anda akan sampai ke Lower Tunnel. Sampai disini anda akan mendaki sepanjang laluan cabel car dan sampai ke puncak Upper Station Penang. Pendakian santai dengan kelajuan biasa mengambil masa 2 jam 20 minit. jika anda sedikit laju bole buat 2 jam sahaja.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Seterusnya tanpa berehat lama saya terus membeli tiket Cabel Car untuk turun dengan harga RM5 sahaja. Sampai di bawah terus ambil Grab ke Moongate 5 Botanic Garden untuk ambil kereta. Bayaran Grab kesana RM11.
Penang Hill 2018 Penang Hill 2018
Ok begitulah seba sedikit Pendakian Bukit Bendera / Penang Hill.


Sekian


Tentatif
0720 Start Trekking
0752 CP Station 5
0845 CP 84
0920 Reached Lower Tunnel
0950 Reach Upper Station - Summit
1005 Reach Lower Station
1006 Ending Point

Height :  833 m (2,723 ft) above sea level
Duration : 2 hours to 2 1/2 hours ascent
Distance : about 5-6 KM

Facilities and Fees
Toilet and Bathroom : Toilet at CP Station 5
Parking Fee : -
Climbing Fee : -

Sunday, August 19, 2018

Bukit Bendera ~ Via Moongate 5

Hiking Bukit Bendera (Penang Hill)
Gunung Nuang

Wednesday, May 30, 2018

Mt Kinabalu 4-5 May 2018 ~ Via Timpohon (Liwagu Trail)


Mt Kinabalu 2018
Trip mendaki Gunung Kinabalu 2018 kali ini di sertai oleh 20 orang peserta semuanya (seorang tiada dalam gambar). Booking saya buat sejak Ogos 2017 lagi. Trip kali ini tentative hampir sama dengan trip sebelum ini iaitu 5h4m. Peserta terdiri daripada 11 orang lelaki dan 9 orang perempuan dan diantaranya 9 orang sudah pernah mendaki sebelum ini bersama saya pada tahun 2015. En BAHARUDIN merupakan peserta tertua dalam group saya berumur 59 tahun dan berjaya sampai ke puncak.


Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Pendaftaran di Liwagu Trail. Lencongan ke KM0.5 Timpohon Trail. Lencongan ni sepanjang 1 KM. Kerana ada tanah runtuh 0.5KM dari pintu masuk Timpohon. Disebabkan ada hujan sehari sebelumnya maka trek 1km ni sangat becak, licin dan memenatkan.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Seperti biasa selepas taklimat dan senaman memanaskan badan kami mula mendaki.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Semua peserta dapat mendaki ke Laban Rata dengan lancar walaupun ada yang sedikit mengalami kesakitan pada lutut dan kekejangan otot.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Makan malam di Cafe Laban Rata Resthouse
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Jam 2.30am mula pendakian ke puncak. Semua peserta dapat mendaki pada waktu ini dan cuaca sangat baik.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Berjaya sampai ke puncak dan bergambar di KM8, Cuaca sangat cantik. Kali ini saya tidak ada shooting gambar baju raya, kerana kebanyakkan peserta pernah mengikuti trip saya sebelum ini.
Gunung Kinabalu 2018 Gunung Kinabalu 2018
Berjaya sampai ke Puncak dan View yang cantik. Nampaknya penamat penganjuran Trip oleh saya 2018.

Tentative seperti berikut

Day 1 : Rabu- 2 May 2018
Free & Easy
Penginapan = Borneo Backpacker
10.00pm – Taklimat dan sesi suai kenal dan serahan Tshirt

Day 2 :  Khamis – 3 May 2018 – Tour 
6.00am – Tour ke Kinabalu Park untuk register
– Register di Kinabalu Park
– Check In Bag D’Villa Lodge
– Tour Desa Cattle
– Tour Sactuary ikan kelah – Sg Maroli
– Tour Poring Hot Spring
– Tour Desa Cattle
– Lunch at Kundasang
– Check In D’Villa Lodge
06.30pm – Dinner at Kundasang (Puteri Nabalu)
08.30pm – Check In D’Villa Lodge
09.00pm – Packing barang2 yang hendak bagi portal dan yang hendak disimpan di Kinabalu Park
*Beg simpan di Kinabalu Park HQ = RM10 satu beg
*Portal dari Mesilau = RM12 untuk 1 KG

Day 3 : Jumaat – 4 May 2018 – Mendaki
05.00am – Bangun dan persediaan
06.00am – Sarapan pagi
07.00am – Timbang beg untuk bagi portal dan hantar beg untuk simpan di HQ
08.00am – Mula Mendaki via Liwagu Trail (Ada tanah runtuh 0.5KM dari pintu masuk Timpohon)
– lencongan 1km untuk sampai ke 0.5KM Timpohon
04.00pm – Dijangka sampai di Laban Rata – jika kelajuan 1km/1jam = jarak 6km
05.00pm – Makan malam dan cek in chalet di Laban Rata non heated (Lemaing Hut)
08.00pm – wajib tido

Day 4 : Sabtu –  5 May 2018
01.00am – Bangun dan siap2 untuk mendaki
01.30am – Sarapan
02.00am – mendaki ke Gunting Lagadaan Gate & taklimat oleh guide
02.30am – Mula Mendaki ke puncak ( Jarak 2.8km)
05.00am – Mesti melepasi Sayat-sayat Cekpoint sebelum jam 5.00am atau anda tidak dibenarkan naik.
07.00am – Sampai Peak bergambar
08.00am – Berkumpul di KM8 gambar duit seringgit bergambar baju raya dengan pantas
08.30am – Bergerak turun ke Laban Rata Rest House
10.00am – Sarapan dan Cek Out
11.00am – Bergerak turun ke Timpohon Gate
03.00pm – Dijangka tiba di Timpohon Gate
04.00pm – Ambil sijil dan tunggu Beg dari Portal dan ambil beg di HQ
05.00pm – Bergerak pulang ke Kota Kinabalu/ yang balik kl ( Terus akan hantar ke Airport)
08.00pm – Cek in Borneo Backpacker
09.00pm – Majlis Perpisahan, penyerahan sijil dan program berakhir

Day 5 : Ahad – 6 May 2018
Free & Easy

Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Trip Mt Kinabalu 2018 kali ini

1. ABDUL HAMYDY ABDUL HAMID
2. THANENDRAN A/L D. JENES NAYAGAM
3. SHEELA DEVI A/P SUKURU
4. PREMILA DEVI A/P SUKURU
5. DIBA A/P RAMAN
6. NUR DALILA BINTE MD SALLEH
7. MOHD RIZAL BIN NONAN
8. MOHD FADZLY BIN ISMAIL
9. MUHAMMAD ASYRAF BIN ABDUL RAHMAN
10. SITI ASMIDA BINTI MD RAHIM
11. NASRUL HAFIDZ BIN SALEH
12. MUHAMAD HAFIZ BIN OTHMAN
13. BAHARUDIN DURABA
14. MOHD SHAKIR BIN MOHD MAIDIN
15. CHONG KUI LIAN
16. IZZAT SHAFAAH BINTI IBRAHIM
17. ABDULLAH AZHAR BIN ZOLKIFLY
18. NORSHAFINAZ BINTI OTHMAN
19. NORSHAIDAYU BINTI OTHMAN
20. M.MUH LISIN BIN M.MESWAN

Berikut adalah Peserta pertama yang sampai ke Puncak Kinabalu dalam group ini
1. MOHD FADZLY BIN ISMAIL - Peserta pertama keseluruhan dan juga pertama dlm group
2. CHONG KUI LIAN & SITI ASMIDA BINTI MD RAHIM - Peserta wanita dalam group