Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, August 4, 2015

Nasi Kandar ~ Restoran Kudu Kuala Lumpur

Nasi Kandar Kudu
Restoran Nasi kandar Kuala Lumpur
Jalan-jalan cari makan saya kali ini ialah di Restoran Nasi Kandar Kudu Kuala Lumpur. Restoran Nasi Kandar ini antara memang terkenal di kuala lumpur. Keyword yang biasa orang sebut pasal restoran ini adalah "Sedap dan Murah". Restoran ini telah bertapak sejak sekian lama lagi.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Katanya dulu-dulu Pelakon terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee sering singgah makan disini. Kebiasaanya jika anda datang tengahari memang ramai orang dan perlu beratur panjang. Dan makan waktu tengahari lebih sedap kerana semuanya masih panas2 baru masak. Saya mencuba Nasi Kandar 3 lauk iaitu Ayam Goreng, Sotong dan Telur ikan. Tau tak berapa harganya.. cuma RM14 sahaja. Kalau restoran Nasi kandar yang lain kalau 3 lauk macam ni tak dapat la RM14.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Rasa kuah kari yang di campur2 memang sedap. Restoran nasi kandar Kudu ni saya dapati rasa rempahnya lebih berbanding restoran Nasi kandar yang lain. Nak komen lebih saya tak dapat la, kena datang dan cuba sendiri kerana setiap orang punyai citarasa yang berbeza. Lokasi Restoran ini senang sahaja, ia terletak di tepi jalan bertentangan dengan Tune Hotel Kuala lumpur,  Jalan Tunku Abdul Rahman koordinat 3.160622, 101.697398, Tidak jauh dengan Maju Junction Mall dan QUILL City Mall.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Foto dari Google Street waktu tengahari.

Monday, August 3, 2015

Thailand ~ Sadao & Hatyai ~ Daytrip

Sadao
Thailand ~ Sadao & Hatyai
Kesempatan pulang ke kampung kali ini saya ambil kesempatan untuk masuk Thailand menggunakan jalan Darat. Dari Alor Setar ke Sempadan Bukit Kayu Hitam melalui Hiway Utara Selatan cuma ambil masa 30 minit sahaja. Untuk masuk sempadan kena datang awal bagi mengelakkan kesesakkan di Pintu border tambah lagi jika musim cuti atau perayaan.
Hatyai Hatyai
Insuran Kereta Thailand
Saya masuk Thailand melalui jalan darat menggunakan kereta. Jadi hendak bawa masuk kereta Malaysia kita perlu buat insuran kereta Thailand. Sampai sahaja pekan Bukit Kayu hitam anda akan dapat lihat banyak signboard Insuran Kereta ini. Boleh buat di mana2 sahaja. Harga Insuran Kereta Thailand ini boleh beli ikut tempoh masa seperti Minggu, Bulan dan Tahun. Kalau nak masuk 2-3 hari biasa ambik insuran seminggu sahaja. Harga untuk Insuran kereta Thailand tempoh seminggu RM15 sahaja. Nak buat insuran kereta siam ni sekejap sahaja.
Hatyai Hatyai
Sebelum proses insuran perlu ada beberapa dokument, Geran Asal, Salinan Geran (kalau masih kat Bank), Salinan Insuran Roadtax malaysia, Surat kebenaran owner jika bukan kereta sendiri (Boleh tulis tangan atau type sebaiknya dalam English pastu pergi cop kat emigresen.

Ini Contoh Draf Surat - Digalakkan Tulis dalam English ya
-----------------------
Nama Tuan Kereta
Alamat

Pejabat Immigresen
Bukit Kayu Hitam
06050 Bukit Kayu Hitam
Kedah Darul Aman​​

Tuan,

KEBENARAN UNTUK MEMBAWA KERETA MALAYSIA KE THAILAND (Nombor Pendaftaran)

Saya xxxxx ( No IC ) dengan ini mengaku memberikan kebenaran kereta saya nombor pendaftaran xxxx kepada xxxx(Nama orang yang bawa) (No IC ) untuk memandu ke Thailand untuk tempoh ( Tarikh masuk dan pulang).

2. Berikut adalah Spesifikasi kereta;
Jenama :
Model :
Tahun pendaftaran:
Nombor pendaftaran Malaysia :
No. Classic :

Yang benar ,
________________
(XXXXX)

Borang Visa
Sesetengah kaunter Insuran Kereta Thailand ini ada perkhidmatan isi borang visa masuk, bayaran RM1 sahaja, nak senang kalau kita ramai2 bagi jer semua pasport atau border pass kat dia, nanti dia scan dan siap print kat borang tu, mudah tak perlu susah2 nak tulis.

Setelah urusan Insuran kereta thailand siap dan kad visa sudah ada, Periksa terlebih dahulu kereta kita supaya tidak ada barang terlarang didalam kereta seperti pistol, parang, pisau dan sebagainya yang haram. Bila semua ok baru lah memandu masuk ke sempadan.
Hatyai Hatyai
Sempadan Malaysia
Di sempadan Malaysia tak perlu keluar kereta, duk jer dalam kereta, nanti bagi semua pasport kat kaunter dan buka tingkap kereta untuk dia lihat muka2 kita. Pastu dah bole cross sempadan. Jika kereta tidak banyak memang sekejap sahaja merentasi sempadan Malaysia.

Hatyai Hatyai

Sempadan Thailand ~ Sadao
Sampai di sempadan Thailand kita kena keluar kereta dan Parking. Selepas tu pergi beratur cop Pasport atau Border Pass, Yang bawa kereta pergi kaunter endosment kereta beratur untuk proses dan akan dapat satu dokument dalam bahasa thai. Semasa beratur hendak cop pasport sila sediakan RM1 atau RM2, Nanti pegawai Emigresen thailand akan mintak. Saya tidak pasti itu bayaran apa tapi memang semua orang dia minta, ada pegawai emigresen yang mintak rm2, Letak dahulu RM1 dalam pasport, bila dia mintak RM2 baru tambah. Nanti dah siap cop pasport baru ambik kereta dan cros emigresen. Kat sini dia akan mintak kita tunjuk dokument kereta yang kita endosment tadi. Lepas tu dah masuk Thailand.
Hatyai Hatyai
Pekan Sadao
Pekan Sadao atau juga dikenali sebagai pekan Danok oleh orang kedah. Pekan ni memang betul-betul terletak selepas sempadan thailand. Masa saya lalu memang sibuk pekan ni tambah lagi mereka tengah upgrade jalan. Kat pekan ni pun macam2 ada ramai jugak yang membeli belah disini. Biasanya orang Alor Setar selalu jugak cross sempadan ke pekan Danok ni untuk makan-makan. Antara yang Femes kat sini adalah daging Bakar. Gerai nya terletak tak jauh dari sempadan. Kalau makan-makan di Pekan Danok ni kita tidak perlu risau kerana di pekan ini banyak Orang Muslim, jadi banyak jer makanan halal dan mereka pun boleh cakap melayu.

Saya tidak singgah di pekan Danok sebaliknya selepas cross sempadan saya terus melalui Pekan Danok untuk ke Hatyai. Perjalanan ke Hatyai dari pekan Danok mengambil masa hampir sejam sekitar 40minit sahaja, dengan kelajuan biasa.
Hatyai Hatyai
Pekan Hatyai
Sampai di Pekan Hatyai kami, mencari parking berhampiran Kim Yong Market. Pusing2 guna GPS dapat juga parking belakang lorong sebab banyak jugak jalan yang sehala. Bayaran parking cuma 50bath lebih kurang RM5 sekali parking. Pasar ni biasa saja memang sesak dengan pengunjung. Dari Parking kami berjalan kaki dalam 5 minit untuk ke pasar. Dari situ saya berjalan cuci mata dan sikit shopping dari satu blok ke satu blok, bermula dari Kim Yong Market dan keluar ke banggunan lain.

Hatyai Hatyai
Spare Part Moto
Dekat pasar kami tanya driver Tuk Tuk lokasi kedai part moto lama. Tanya punya tanya salah seorang Tuk Tuk ni tau, jadi kami naik la tuk Tuk ni dengan bayaran 200 bath pergi dan pulang. Sebenarnya tak jauh pun kalau berjalan kaki sekitar 10minit sahaja, huhuhu :) . Tapi sebab tak tau naik Tuk Tuk senang. So dia bawa kami pusing ke beberapa kedai moto dan Part moto akhirnya kami sampai di lokasi yang dicari. Kedai part moto lama seperti Honda 70, Honda 60 dan beberapa model. Harga tidak la mahal sangat. Adik saya cari barang2 ni untuk make up moto antik dia supaya jadi cantik.
Hatyai Hatyai
Kedai ni terletak di Phetkasem Road, Kedai part ni terletak di lorong belakang TMB Bank. Nama kedai ni M.MITR Spareparts LTD (7.010415, 100.470205). Tokey kedai ni pandai cakap english jadi mudah untuk kami beli part. Nak senang print satu gambar moto dan kita tunjukkan part yang kita nak lagi senang dia cari. Kedai ni susah betul dia bagi kurang, semua harga tetap. Tapi kalau nak bandingkan harga kat Malaysia ia jauh lebih murah.

Hatyai Hatyai

Hatyai Hatyai
Selepas selesai beli barang moto tuk-tuk hantar kami pulang semula ke tempat kami mula naik tuk-tuk iaitu berdekatan dengan Kim Yong Market, kami jalan2 shopping sekitar jalan Soi Pra Sneha 2. Kawasan ni ada dijual barangan dan pakaian ala askar. Pistol, senapang angin dan ballbereng juga ada dijual disini. Masalahnya kalau beli kita nak bawa balik mesia yang tidak lepas. Sebenarnya ada perkhidmatan membawa senapang ni keluar sempadan kalau tak silap saya. Kena bayar upah pada penunggang moto yang biasa buat kerja ini. Biasanya kalau kat sempadan ada kaki2 mcm ni. Semua kena main ulur duit sahaja.
Hatyai Hatyai
Daging Bakar - Pekan Danok
Selepas shoping-shopping sikit2 kami bergerak pulang ke sempadan. Sampai di Pekan Danok (Sadao) Kami singgah makan daging bakar yang terkenal tu. Kebetulan gerai yang menjadi bualan ramai telah habis menu daging bakarnya, so kami makan di gerai sebelahnya. First time rasa daging bakar ni memang sedap jugak. Rata2 pengunjung yang makan kat sini semuanya oder daging bakar. Selain daging bakar ada juga menu lain. So biasanya gerai2 ini menjadi port makan orang yang nak cross sempadan, baik pulang atau baru sampai.
Hatyai Hatyai
Kesesakkan di Sempadan.
Kami parking kereta jauh sedikit dari border dan pergi cop pasport, selepas itu baru naik kereta melintasi boarder. Kami mula cross jam 8.00pm dan berjaya melepasi sempadan dan Masuk Malaysia jam 12.00pm. Cuak kejap sebab pintu sempadan tutup jam 12.00malam. Kalau tak sempat terpaksalah tidur kat sempadan dan cross semula jam 6.00am esoknya. Biasanya kesesakkan ni disebabkan Bas2 Pelancong. Jadi kalau boleh kita cop pasport cepat2 sebalum ketibaan Bas-Bas pelancong ni :). Ramai tu rombongan cik kiah ke Hatyai. :)

Begitulah Trip Sehari ke Hatyai menggunakan Kereta

Sekian

Tentative

20 Julai 2015 - Isnin
09.30am - Sarapan di Pekan Bukit Kayu Hitam
10.00am - Buat Insuran Kereta Thailand
12.30am - Cros Sempadan Malaysia
01.00pm - Tiba di Sempadan Thailand untuk cop pasport
01.30pm - Berjaya melepasi sempadan
02.30pm - Masuk pekan Hatyai pusing
03.00pm - Parking kereta berdekatan Kim Yong Market
03.50pm - Sampai di kedai moto M.MITR Spareparts LTD.
04.30pm - Sambung Shopping di jalan Soi Pra Sneha 2.
06.50pm - Sampai Pekan Danok singgah makan Daging Bakar
08.00pm - Bergerak ke Sempadan
12.15am - Melepasi sempadan masuk Malaysia.

Tips
Jika hendak bawa kereta pastikan dokument dan geran kereta ada, jika geran pada bank, salinan pun ok. Jika bukan owner pastikan buat surat kebenaran.

Pastikan kereta kita bebas dari benda terlarang sebelum merentasi sempadan baik masa masuk atau pulang. Sentiasa cek kereta supaya tidak jadi mangsa orang tumpang dadah dan pistol.

Pastikan ada GPS untuk senang bergerak. Bawa kereta kena bagi laluan kepada kenderaan yang lebih kecil dari kereta seperti pejalan kaki, motosikal dan basikal.