Broga Hill
Broga Hill ini sudah banyak kali saya mendaki, entah kali keberapa pun sudah tak ingat :). Kebetulan saya mendapat kunjungan dari Ibu Yola (Siti Nur Mahallia) dari Jakarta yang datang melawat anaknya Saudara Maulana yang belajar di APU (Asia Pasifik University) berhampiran IMU dan TPM. Ibu Yola teringin untuk mendaki Broga Hill dan melawat Air Terjun Sg Gabai, jadi di google di internet jumpa blog saya dan beliau terus menghubungi saya bertanyakan info kesana. Kebetulan 22 Oktober 2014 cuti umum Deepavali jadi saya menawarkan untuk membawa beliau ke sana, alang-alang boleh keluarkan peluh juga kan :).
Awal pagi sekitar jam 5.00am saya jemput Ibu Yola dan Maulana di hotel berdekatan dengan KL Sentral tempat beliau menginap. Ini merupakan pertemuan pertama dan baru berkenalan sama Ibu Yola :) . Jam 6.00am kami berlima (saya ditemani lagi 2 orang teman) sampai di Stesen Petronas simpang nak ke Broga, berhenti solat dan membeli sedikit makanan untuk sarapan seperti roti dan air.
Sekitar 6.30am suasana masih gelap, kami mula mendaki. Saya lihat parking kereta di kawasan parkir ladang kelapa sawit ini hampir penuh, nampaknya sudah ramai pengunjung yang telah mendaki lebih awal dari kami. Kami sampai di Puncak Broga Hill sekitar 9.30am, mendaki secara santai dan bergambar. Selepas berhenti rehat seketika dan sarapan pagi dengan bekalan yang dibawa barulah kami bergerak turun.
Ibu Yola sudah berumur sekitar 56 tahun sudah punya cucu dan masih sihat serta mampu mendaki Bukit Broga sehingga sampai ke puncak. Memang hebat la Ibu Yola :). Bila naik bukit Broga ni kekadang kita akan terserempak dengan kawan2 kita, saya kebetulan berjumpa dengan sahabat yang pernah mendaki bersama Gunung Datuk iaitu Abang Najib dari TM, Beliau dan kumpulan beliau sedang dalam usaha latihan stamina bagi mendaki Gunung Kinabalu sekitar Januari 2015. Sempat bersembang2 dan berkenalan dengan group Abg Najib ni.
Sekitar Jam 10.30am kami sudah bergerak turun dan singgah minum di gerai di kaki bukit Broga sambil makan Cendawan Goreng. Memang sedap la panas-panas cendawan goreng tu. Terdapat beberapa gerai disini ada juga Gerai Muslim. Antara yang dijual biasanya seperti Minuman Sejuk, Minuman Panas, Coconut Shake, air kelapa, Nasi Lemak, Cendawan Goreng dan beberapa makanan lain.
Air Terjun Sungai Gabai
Seterusnya kami langsung ke Air Terjun Sg Gabai dan sampai sekitar jan 12.20pm, Bayaran masuk dikenakan RM1 seorang. Sampai di Waterfall kami bergambar dan Mandi di tingkat atas dimana anda perlu menaiki anak tangga yang banyak..tidak pasti berapa anak tangganya. Di tingkat atas juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin buat BBQ dan juga main gelunsur semula jadi.
Restoran Dangau Anis Putri Corner
Setelah selesai saya bawa ibu Yola dan Maulana makan tengahari dengan mencuba masakan Pantai Timur di Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Entri berkaitan restoran ini di link ini http://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam
Akhir Sekali Terima Kasih kepada Ibu Yola kerana sudi menghubungi saya untuk ke Broga Hill dan Sg Gabai, Ibu Yola sangat ramah dan baik sekali, Semoga ketemu lagi.
Sekian
Berikut adalah sedikit info dan Tips
Transport ke Broga
Buat masa ini belum ada transport khusus untuk ke Broga Hill, Rata-rata pengunjung menggunakan kenderaan sendiri kesana. terdapat Shutle Bus untuk Penuntut Universiti Nottingham Malaysia (www.nottingham.edu.my). Tapi shuttle bus ini hanya untuk pelajarnya sahaja yang diambil dari Kajang. Jadualnya saya kurang pasti, boleh semak websitenya.
Bus Awam
Terdapat Bus awam dari kajang ke Semenyih dan Broga tapi saya tidak pasti jadualnya. rasanya tiada bus seawal pagi jam 6.00pm. Jika naik Transport Awam anda boleh turun di Kajang melalui Stesen Komuter seterusnya anda menaiki bus awam ke pekan semenyih, dari pekan semenyih anda boleh ambil teksi untuk hantar anda ke Broga Hill. Tapi apabila hendak pulanggnya anda juga mengalami masalah.
Teksi
Anda boleh juga ambil teksi dari Stesen Komuter Kajang, atau dari pekan semenyih Tapi mahal la Bayarannya
Oleh itu transport terbaik buat masa ini adalah menggunakan kenderaan sendiri
Bayaran
Buat masa ini pendakian Bukit Broga tiada dikenakan bayaran kecuali bayaran Parking sahaja iaitu RM2 satu kereta. Adalah dinasihatkan anda parking di dalam kebun kelapa sawit dengan bayaran RM2 berbanding ditepi jalan yang sempit dan membahayakan. Apala sangat RM2 daripada kereta bergesir dan risiko keselaman diri kan :)
Kemudahan
Di parking kebun kelapa sawit ada disediakan Toilet dan Surau yang kecil. Jadi pengunjung boleh melakukan solat subuh disitu. Terdapat Gerai Makan yang menjual sarapan pagi disini ada gerai di kawasan Parking dan ada gerai di kawasan Kaki Bukit Broga. Terdapat peniaga muslim juga yang berniaga.
Stesen Petronas Simpang ke Broga
Atau anda boleh berhenti di stesen ini untuk solat subuh dan juga urusan Toilet, selain itu anda boleh membeli minuman dan juga roti di kedai Petronas ini.
Lokasi
Bukit Broga terletak bersebelahan Universiti Nottingham Malaysia. Bertentangan Ladang Rabbit Fun Land. Jadi jika anda dari simpang Petronas Broga anda ambil kiri dan terus sehingga melepasi Universiti Nottingham Malaysia seterusnya anda akan nampak parking kereta dalam ladang kelapa sawit yang bertentang dengan Rabbit Fun Land.
koordinat
Parking : 2.938800, 101.901397
Puncak Broga : 2.950361, 101.903113
Tips
Waktu yang sesuai naik adalah
Sunrise - Naik Jam 6.00am - pastikan tiba di Bukit 1 sekitar jam 6.30am untuk lihat sunrise
Sunset - Naik Jam 5.00pm
Turun sebelum jam 10.00am kerana sudah panas matahari
Bawa sedikit bekalan berupa sebiji roti dan sebotol air.
Pesanan : Jangan membuang Sampah :), dan jangan membuka laluan baru pada kawasan lalang.
Buaian PreWedding Angkasawan Malaysia
Buaian Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Malaysia yang pertama yang pernah dibuat di kawasan sebelum bukit pertama sudah tidak digunakan lagi. Buian ini sudah tidak boleh untuk bergambar lagi, dah rosak dan laluan pun dah tertutup. Saya sempat buat night fotografi di buaian ini pada tahun 2010.
Entry Broga Hill Sebelumnya
1. Broga Hill 2014 – Bersama Tamu dr Jakarta
2. Broga Hill 2013 – Gunung Tok Wan
3. Broga Hill 2012 – New Year 2012 (Bermalam)
4. Broga Hill 2011 Broga Hill 2012 – Fotografi
5. Broga Hill 2011 – Gunung Tok Wan (Bermalam) New Year 2011
6. Broga Hill 2011
7. Broga Hill 2011
8. Broga Hill 2010