Trip Jakarta Bandung kali ini khusus untuk jalan-jalan shoping sahaja. Walau pun begitu saya selitkan sedikit tempat wisata untuk lawatan. Trip ini telah dirancang sejak tahun lepas lagi. Jumlah yang menyertai adalah seramai 12 orang, walaupun last2-last minit ramai yang ingin turut serta. Bermula dengan koleksi RM200 duit tiket Flight sekitar Ogos 2013, maka promosi demi promosi tiket murah saya tunggu sehinggalah dapat promo Airasia return flight dengan harga RM145 pergi balik (KL-Jakarta RM97, Bandung -KL RM48). Beruntung sapa yang dapat :) .
Seterusnya sekitar januari 2014 barulah di buat koleksi untuk kos biaya penginapan, transport, wisata dan sebagainya sekitar RM320 seorang. Booking hotel di Jakarta kami memilih Tune Hotel yang berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta, mudah untuk jalan2 jika tidak memerlukan transport. Bagi Hotel di Bandung kami memilih hotel Cihampelas 2, hotel ini berdekatan dengan Cihampelas Walk dan beberapa butik yang mudah untuk berjalan kaki.
Tips
Sebenarnya jika group anda cuma 4-5 orang hendak ke Bandung dan Jakarta untuk shooping tak perlu pun ambil pakej ground atau transport, cuma perlu guna transport awam sahaja sudah memadai, tapi kalau group ramai macam saya ni guna carted transport adalah memberikan keselesaan. Kalau dari Jakarta ke Bandung nak cepat boleh guna perkhidmatan keretapi yang bebas dari kesesakkan jalan raya (Macet).
Di Bandung pula anda cuma perlu bijak memilih lokasi hotel yang bersesuaian dengan aktiviti shooping anda, kalau boleh dapat bejalan kaki lebih senang sebabnya hari minggu (Sabtu dan Ahad jalan2 utama yang mempunyai lokasi shooping sangat sibuk dan macet. Kecualila anda pergi shooping hari kerja.
Bagi perkhidmatan Teksi, Setakat ini syarikat teksi yang paling diyakini dan reputasi baik adalah Teksi Blue Bird. Teksi ini menggunakan meter dan banyak mendapat rekomentasi dari kalangan pelancong dan juga warga tempatan. Even kawan saya sendiri orang Bandung juga menyarankan menggunakan teksi BlueBird ini. Saya ada juga menggunakan teksi lain tapi ada yang tidak menggunakan meter dan ada juga yang mengenakan bayaran lebih dari meter walaupun guna meter. So setakat ini BlueBird masih terbaik :D.
Ok saya ceritakan detailnya dalam trip saya dari hari mula dan seterusnya.
Jakarta
Hari Pertama : 28 Mac 2014 - Jumaat
Kami menaiki pesawat jam 8.00am dari LCCT dan sampai di Jakarta jam 9.00 waktu Jakarta. Setibanya kami di sana kami menunggu ketibaan transport yang berupa MIni Bus. Setelah transport sampai kami pergi ke Tune Hotel Pasar Baru untuk menjemput 2 rakan yang datang awal sehari, Di Tune hotel walaupun kami sampai awal kami tidak dapat cekin awal walalupun ada bilik yang sudah kosong, kena tunggu jam 12 jugak. Tapi saya cuma register dahulu untuk memaklumkan kami tiba dan akan cekin lewat malam. Seterusnya kami semua ke destinasi shooping pertama iaitu Tanag Abang.
Tanah Abang
Komplek shooping Tanah Abang ini memang antara yang terkenal di Jakarta. Kompleknya besar dan terdiri Block A,B,C,D yang bercantum. Jadi jika anda masuk sahaja kompleks Tanah Abang anda perlu tahu dahulu pintu mana anda masuk supaya anda tidak tersesat semasa hendak keluar. Kalau Blok A anda sebut Blok Aa', kalau nak tanya orang.
Komplek Shooping Tanah Abang ini tutup sekitar jam 4.30pm - 5.00pm. So kalau nak shooping pastikan anda masuk awal, sbb sekitar jam 4.00pm ada kedai mula kemas untuk tutup. Foodcourt yang terbesar ada pada blok A, kalau tak silap tingkat 7. So apa kami buat adalah kami shoping secara berpecah mengikut keperluan shooping masing dan berkumpul semula di FoodCourt Blok A jam 5.oopm sebelum pulang. Jadi senang masing2 dapat bergerak bebas mencari barang keperluan masing2, kalau bergerak berkumpulan jadi lambat dan ada yang tak dapat cari barang masing2, sbb setiap orang citarasanya berbeda. Setiap tingkat mempunyai barang yang berbeza walaupun ada sesetengahnya hampir sama, Antaranya kain pasang, beg, kasut, baju budak, telekung dan baju kurung, kebaya. Ada kedai yang jual harga borang tapi perlu beli minimal 4 helai atau 3 helai dan sebagainya.
Tips : Kalau anda bawa jurupandu, tokei kedai tak akan bagi kurang sebab nanti jurupandu akan mintak komisen pada tokei kedai tersebut. Jurupandu ini kekadang ada saja yang oferkan diri semasa anda tiba. Tapi tak perlu pun guna khidmat jurupandu ini, sbb anda boleh bejalan sendiri dan tawar-menawar ikut skill anda. Tawaran bermula dengan 50%. Jangan tawar melampau sangat sebab saya terdengar peniaga2 kedai tu berbicara sesama mereka... "Kalau Orang Malaysia memang begitu Tawaran nya melampau". Jadi tawar-menawarlah secara berbudi bahasa, jangan kurang ajar kerana ia memberikan imej Negara kita Malaysia. Saya lihat orang Indonesia juga tawar-menawar dengan nada yang lembut dan tidak kecoh. Bila dia tak jadi dia akan cakap "Maaf ya bu, saya ngak bisa. saya permisi" dengan senyuman dan berlalu pergi..
Tips : Jika shoping pastikan anda bawa beg pack kecil supaya anda tidak perlu jing jing barang anda. Mudah jika semua barang tu di galas dalam beg. Penat kot nak jalan bawa barang banyak jika di pegang. lagi satu jangan letak semua duit anda dalam satu sampul dan kuarkan masa nak bayar...bahaya. masuk sahaja dalam walet ikut keperluan.
Setelah selesai shooping kami berkumpul di Foodcourt menunggu teman-teman yang lain. Sambil menunggu ada yang tidak melepaskan peluang mencoba makanan yang dijual disitu. Sekitar jam 5.30pm kami bergerak turun ke pintu masuk tempat mula-mula tiba dan transport sudah sedia menunggu kami di situ. Seterusnya kami pulang ke Hotel Tune untuk cek in dan juga membersihkan diri. Setelah selesai mandi dan solat Magrib kami mula bergerak ke Pasar Baru. Mulanya hendak berjalan kaki sahaja tapi transport nak hantar kami ikut sahaja, dekat sangat lintas jalan sahaja.
Pasar Baru Jakarta
Di Pasar Baru ini kelihatan seperti Petaling Street dan banyak shop lot yang juga meriah ditambah juga dengan penjaja tepi jalan. Macam-macam ada jual disini kasut, tas, t-shirt, barangan elektrik dan juga tidak ketinggalan Mall Matahari. Kami cuma luangkan masa satu jam setengah sahaja kerana hendak pergi makan malam. Kami makan malam di restoran masakan padang.
Monument Nasional Indonesia (Monas)
Selesai makan malam kami bersiar-siar di Dataran MONAS, Melihat suasana Menara MONAS yang disaluti cahaya lampu yang berwarna di samping terdapat aktiviti penjaja, sama seperti Downtown cuma tak sebanyak macam kat Malaysia. Selain aktiviti penjaja ada juga aktiviti sewa motosikal kecil, basikal berlampu dan juga permainan ringkas yang ditawarkan oleh penjaja untuk kita berbelanja. Kat sini juga kita akan kelihatan puppet atau maskot rasmi jakarta yang menawarkan perkhidmatan berbayar sekiranya ingin berfoto dengannya. Monumen MONAS ini di bahagian atas sekali bentuk api obor itu dibuat dengan lapisan emas tulen. Ramai yang buat jenaka jika berlaku gempa bumi, maka dataran monas menjadi tempat berkumpul sambil menunggu jatuhnya obor emas tersebut :).
Hard Rock Jakarta
Sekitar jam 10.30malam kami bergerak ke Hard Rock Jakarta kerana ada peserta yang ingin membeli cenderahati Hard Rock Jakarta. Kalau tak silap Hard Rock Jakarta ini baru sahaja dibuka 2014 setelah beberapa tahun di tutup dan pindah lokasi. Kami cuma masuk ke Hard Rock Shop sahaja untuk membeli cenderahati. Seterusnya kami pulang ke Hotel.
Bandung
Hari Kedua : 29 Mac 2014 - Sabtu
Jam 4.00am kami semua sudah bangun siap-sap untuk bertolak ke Bandung. Sekitar jam 5.00am selepas solat subuh kami mula bergerak ke Bandung. Dimaklumkan kebetulan ramai warga Jakarta akan ke Bandung sempena cuti hujung minggu panjang kerana hari Isnin ada cuti, jadi memang ramai la akan ke Bandung. Kami bertolak jam 5.00am pun bila nak masuk tol sudah jem, inikan pula yang bertolak lewat. Memandangkan kami akan ke Tangkuban Perahu maka kami tidak perlu masuk bandar Bandung yang sedang sesak di Hiway. Kami keluar melalui Subang dan menggunakan jalan kampung untuk ke Tangkuban Perahu. Disebabkan kesesakkan di Hiway kami sampai di Tangkuban Perahu sekitar jam 12.00 tengahari. Dah letih tido dalam minibus pejam celek pejam celik tak sampai2 sbb jem.
Tangkuban Perahu
Sampai di Tangkuban Perahu masih ramai pengunjung yang datang Parkir pun penuh. Bayaran masuk adalah 75rb setiap orang dan pakir 15rb setap kereta. Setelah berjalan sehingga ke kawah ratu dan bergambar, ada peserta sempat membeli belah di gerai2 yang terdapat disitu. Penawaran dibuat 70% keatas barangan yang di ofer. Selain itu akan ada penjual batu seperti tasbih batu dan juga rantai batu yang akan ikut ikta dan memujuk untuk kita beli. Jika anda tidak mahu beli abaikan saya dan cakap dengan baik " Trima kasih ya Pak saya tak berminat", jika anda berminat baru tawar harga, Mereka akan ikut kita tapi tak apa sbb mereka tidak memaksa kita beli pun cuma pujuk rayu sahaja.
di gerai2 ini ada juga yang suka membeli senduk kayu buatan tangan. Memang unik kayu tersebut yang mempunyai corak semulajadi hitam putih. Selain itu terdapat banyak T-shirt dan juga hasil Kraftangan yang juga menarik.
Seterusnya kami ke kaunter informasi bagi mendapatkan informasi berkaitan kawah Tangkuban Perahu. dan juga mengambil Guide untuk ke Kawah Domas. Bayaran Guide dikenakan sebanyak 300rp untuk 5 orang untuk satu jam. Kami 12 Orang dapat 600rp sahaja dan saya meminta harga tersebut bukan satu jam sebaliknya sehingga selesai. Jika ikut jam memang la parah sebab perjalanan untuk sampai pun dah ambil masa 30minit di tambah aktiviti foto dan juga penerangan dari guide. Ikutnya tak perlu guide pun tak apa sebab nya trek memang jelas dan sehala sahaja menuju ke kawah Domas tersebut. Tapi dah syarat kena guna guide kita akur sahaja.
Kawah Domas
Dikawah Domas ini kita akan melakukan aktiviti merendam kaki dan juga mandi air panas kepada yang berminat. Selain itu ada juga yang merebus telur. Ada yang menggunakan perkhidmatan masage lumpur seluruh badan. Harga masagge ini anda perlu tawar menawar, biasanya harga dalam 100rb sahaja, kalau lebih tu mahal dan kalau kurang dari 100 tu anda terer la tawar. Kalau nak lagi jimat masa hendak sampai ke kawah domas tu ada orang jual selut gunung berapi, anda beli satu botol dan kongsi ramai2 dan buat masage sendiri. Harga lumpur atau selut gunung berapi tu perlu anda tawar sehingga 70% jika tidak dapat last 50%, jika tak dapat juga jangan beli.
Biasanya kat kawah Domas ni seronok bila sapu lumpur pada tangan dan kaki ramai2. lumpur ni cuma dapat dibeli sahaja kalau nak ambik sendiri kena masuk dalam kat tempat hotspring yang panas tu. Tapi pengunjung tidak dibenarkan kerana bahaya. Setelah masagge lumpur biarkan kering dan akan kelihatan putih selepas itu baru di basuh. Hasilnya ternyata kulit terasa lebih licin dan halus. Bagi kulit yang berjerawat jangan di masagge lumpur tersebut ke muka nanti pasir-pasir halus tu masuk dalam pori-pori lagi susah kena alahan. Biasanya sapu sahaja buat syarat jangan di massage. Setelah puas berendam kaki dan masagge serta berfoto, kami pun beransur pulang sambil ada yang membeli lumpur gunung berapi.
Restoran Sapu Lidi
Sebenarnya kami belum makan tengahari lagi, mana tidaknya sampai sahaja jam 12.00 tengah hari di Tangkuban Perahu, kami terus langsung bejalan. Ada yang beli makanan di gerai ada yang tak dan ada yang makan roti. So agak lewat makannya. Kami sampai di restoran Sapu Lidi sekitar jam 6.00pm. Biasanya pengunjung akan ke Restoran Kampung Daun, Tapi kali ini saya ingin mencuba Restoran Sapu Lidi pulak yang terletak di kawasan yang sama. Selain itu terdapat juga rumah makan terapung yang boleh anda jumpa semasa hendak menuju ke kawasan kangpung daun. Restoran terapung ini juga unik dan tarikkan baru, dimana penjual berada di dalam perahu kecil dan kita dari atas dan makan di pulau kecil dikelilingi air dan perahu2 yang menjual makanan. Makanan yang dijual seperti bakso dan menu yang agak ringan, next time bole cuba. Berbalik pada Restoran Sapu Lidi, Restoran ini jugak menarik dengan suasana pemandangan sawah padi. Tempat makan dibuat dalam pondok-pondok kecil yang muat sekitar 10 orang. Selain tempat makan restoran ini turut menawarkan chalet-chalet yang indah. Pembaca blog saya boleh melawat laman web restoran ini di www.sapulidisawah.com boleh lihat gambar dan juga pakej yang ditawarkan.
Kami ambil menu ala charte dan pakej supaya variasi menunya. Ternyata masakan di restoran ini juga enak bangat dan menyelerakan. Harga juga berpatutan. Tak sempat kami berfoto kerana hari hujan dan sudah gelap. Setelah selesai makan kami bergerak ke Kota Bandung terus ke Jalan Dago. Sempat singgah di 2-3 FO sebelum ia ditutup dan ada yang sempat membeli belah.
Cihampelas 2 Hotel
Di Bandung selama 2 malam kami menginap di Hotel Cihampelas 2. Saya memilih hotel ini kerana ia dekat dengan tempat membeli belah Cihampelas Walk dan beberapa butik lain seperti Rumah Mode, Fashion World.
Hotel ini menawarkan transfer percuma ke Airport. Terdapat 3 Rangkaian hotel ini di sini Cihampelas 1, 2 dan 3. Setelah sampai di Hotel kami bersihkan diri mandi dan kemudiannya keluar minum di sebuah restoran Taman Sari. Menarik juga restoran ini. Makan tengah malam sambil layan internet. Sekitar jam 1.00am baru kami pulang ke hotel.
Hari Ketiga : 30 Mac 2014 - Ahad
Memandangkan masa terhad. maka kami telah membuat perancangan untuk berpecah. Pagi-pagi setelah sarapan pagi yang disediakan oleh hotel kami ramai-ramai menahan Angkutan Kota di hadapan hotel untuk ke Pasar Baru. Kalau anda tidak tahu pasal Angkutan Kota ini mudah sahaja tanya saja pada petugas kaunter angkutan warna apa yang boleh naik untuk ke pasar baru dan pulang ke hotel. ataupun tanya sahaja pemandu angkutan kota. Sepatutnya angkutan kota turunkan kami di simpang jalan dan perlu jalan sedikit untuk ke pasar baru. Tetapi memandangkan kami sahaja sudah penuh satu van angkutan kota tu, maka drivernya terus menghantar kami depan Pasar Baru. Tambang dikenakan untuk sampai di simpang cuma 3ribu seorang tapi sebab dia hantar sampai ke depan pasar baru dia caj 5ribu seorang. Ok la tak mahal sangat.
Pasar Baru Bandung
Kami semua shoping di Pasar Baru. Setelah saya bagi sedikit taklimat dan juga tips maka kami berpecah mencari barang masing2. Kat sini pun sama cuba nasib dahulu tawar 70% jika tidak dapat tawar 50%, jika tak dapat boleh cari pulak di kedai lain. Pasar Baru ini satu banggunan yang banyak tingkat ada parking sampai di atas jika ada yang bawa mobil. Tingkat bawah sekali LG ada makanan seperti krepek, dodol dan sebagainya. Seterunya tingkat G dan keatas sehingga tingkat 6 ada pelbagai barangan dari telekung, kain pasang, baju, beg dan berbagai lagi.
Jika ada yang ofer jadi juru pandu, maka tak perlu kerana anda boleh berjalan sendiri dan jika ada jurupandu nanti kedai tak nak bagi kurang banyak sbb nak kena bagi komisen pada jurupandu. Macam2 peserta rombongan beli ada cari kain pasang, ada cari baju kebaya, ada cari baju kurung, telekung dan tshirt.
Food Court Tingkat 6
Jika makan di Foodcourt ini ada satu perkara yang anda perlu ingat adalah beli di kaunter gerai jangan duduk dan oder pada Ulat. Kerana jika anda ramai sampai sahaja anda di foodcourd ini ada sahaja yang akan membawa anda duduk kemeja dan memesan untuk anda..ini bukan percuma..ada bayarannya..biasanya dia akan markup kat total harga.. dah terkena. So anda perlu buat adalah beli terus dari gerai dan pilih meja anda sendiri. Masa saya makan terdapat banner amaran supaya berbelanja di kaunter gerai. Makanan kat sini juga enak dan pelbagai anda boleh pilih masakan yang anda mahu. Kami janji berkumpul jam 12.00 Tengahari. Setelah makan kami berpecah ada yang masih hendak shooping di Pasar Baru, Ada yang hendak pulang ke Hotel untuk shooping di Jalan Cihampelas, ada yang hendak ke Jalan Riau dan ada yang hendak ke Jalan Dago. Semua kami menggunakan Angkutan Kota sahaja. Jika hendak ke Jalan Dago, dari Pasar Baru anda perlu jalan kaki sedikit ke lokasi tempat Angkutan Kota berkumpul. Kat sini anda naik Angkutan yang ada tulis Jalan Dago. Bila anda naik sebaik sahaja anda nampak simpang jalan yang ada tugu D.A.G.O anda turun disitu dan mula berjalan kaki dari satu butik ke satu butik dan patah balik melalui sebelahnya untuk butik lain.
Jalan DAGO
Saya bermula bejalan dari simpang jalan yang ada tugu D.A.G.O. Jalan dago ini terkenal dengan banyak butik2 shoping dan FO. kat jalan ini juga terdapat satu kedai Kartika Sari yang besar. Jalan dago ini cuma satu jalan, hujung ke hujung. Jadi anda mula dari simpang jalan hingga ke hujung dan berpatah balik dari sebelahnya. Memandangkan saya dan beberapa org ke jalan Dago, maka saya akan ceritakan apa yang saya jumpa di Jalan Dago ini. Jalan Dago tiada tempat lepak happening seperti Cihampelas Walk. Ok selebihnya saya share beberapa foto butik di jalan DAGO seperti di bawah ini:
Side sebelah Tugu D.A.G.O
1. Morning Dew
2. Kartika Sari
3. TheMan (Galeri Lelaki)
4. Roger's Salon & Spa
5. Cheap Outlet
6. Episode Fashion House
7. Nike Factory Store
8. Marc & Stuart
9. Polo Ralph Lauren
10.Amanda Brownies
Side Sebelahnya
11. Anthropology Fashion Outlet
12. Girl Generation
13. Super Junior
14. Level Factory Outlet + Celebrity Coffee ( Nasi Goreng Gentayangan)
15. Grande Fashion Gallery
16. Jetset Factory Outlet
17. Blossom Family Outlet
18. Glow
19. Seximo Boutique Couture
20. House of Donatello (Outlet kasut sahaja)
21. Planet Soccer (Banyak Jersy)
22. Runway Direct Factory Outlet
23. Avella Big Size
Jalan RiauJalan Riau ini hampir sama macam jalan Dago, ada butik2 dan juga kedai beg, kedai kulit berjenama dan sebagainya. Oleh sebab saya tak pergi jadi tak dapat la saya cerita banyak. Ada juga peserta yang shooping kat jalan riau ni.
Jalan Cihampelas
Jalan Cihampelas ini juga menarik walaupun tak banyak butik tetapi terdapat banyak jugak kedai-kedai yang menjual pakaian murah dan dan bagus. Terdapat juga kedai barangan kulit selain tempat tarikkan Cihampelas Walk. Bagi penggemar barang outdoor di Cihampelas Walk mall juga terdapat Butik Eiger.
Foto2 Jalan Cihampelas dibawah ini saya ambil dari entri Jakarta Bandung 2013 :
http://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/
Rumah Mode
Foto2 Butik Rumah Mode dibawah ini saya ambil dari entri Jakarta Bandung 2013 : http://hamydy.wordpress.com/2013/10/14/jakarta-bandung-2013-4h3m/
Jalan Cibaduyut
Bagi penggemar barangan kulit buatan tempatan boleh la datang ke tempat ini. Tempat ini kami cadangnya hendak datang tetapi kesuntukan masa tak jadi. Lagipun peserta yang hendak beli barangan kulit ni pun dah habis duit shooping pakaian :). Mungkin next time datang kesini.
Setelah semuanya puas shoping semua berjaya pulang ke Hotel menggunakan Teksi. Nak dijadikan cerita jalan hendak ke hotel tersangat la jem, macet giler. tapi semuanya selamat sampai ke hotel. Setelah berehat masing2 sibuk repacking semula barang-barang yang dibeli.
Hari Keempat : 31 Mac 2014 - Isnin
Memandangkan penerbangan pulang kami jam 8.00am. Jam 5.30 kami dah bertolak ke airport. sampai di airport semasa memalui pemeriksaan kastam kami ada masalah dengan lumpur gunung berapi yang dibeli, tak boleh hand carry dan perlu masuk dalam ludgage, dia pau 150ribu untuk beberapa botol yang kami beli. mulanya kami terangkan cuma lumpur tetapi dia tak benarkan, jika hendak bawa juga bayar 150ribu dan masuk dalam beg ludgage baru dia benarkan. Akhirnya kami ikut sahaja colect duit dan bayar dia, resit pun dia tak bagi..nampak sangat nak pau, lepas tu dia cuma tampal stiker security check pada beg. Nak dijadikan cerita setelah semuanya lepas pemeriksaan untuk masuk kedalam airport, selepas drop beg ludgage kami melalui pemeriksaan akhir selepas emigresen, ada pulak salah seorang kami yang masih bawa hand carry lumpur dalam begnya. dah terpaksa keluar balik pergi ke tempat drop beg untuk masukkan semula lumpur tersebut kedalam beg. Macam-macam. biasanya jika tak banyak botol lumpur, mereka lepas saja. Tapi kali ini mungkin banyak botol itu yang leceh sikit. Yang penting anda jangan gelabah. Jika dia minta duit lebih mahal dari lumpur yang dibeli tu tinggal aja lumpur tu kat dia.
Akhirnya jam 8.00am kami berlepas pulang ke Malaysia. Alhamdulillah trip berjaya dan semuanya selamat pergi dan pulang.
Terima kasih kepada peserta yang mengikuti saya.
Tips Jimat : Untuk yang hanya nak shooping, pastikan anda dapat tiket flight yang paling murah (Promo). Hotel cari yang berdekatan dengan lokasi shooping dan cari yang murah dan selesa. Takperlu ambil pakej atau transport. Ke tempat shooping jalan kaki bagi yang dekat dan naik Angkotan Kota bagi yang jauh. Bila balik baru naik teksi ke Hotel. Cari Hotel yang ada perkhidmatan trasfer ke Airport, senang jika kena flight awal pagi. Jika cara ini kos ground anda cuma sekitar RM300 untuk 3h3m (Hotel dan teksi) Tapi jika anda 3-4 org lagi jimat bila dikongsi.
Bagi yang hendak tour ke Kawah Putih(1jam dari bandung) atau Tangkuban Perahu(40minit dari Bandung), boleh dengan tempah transport untuk sehari (8jam), Tayota Avanva sekitar 500rb (150). hari yang nak tour sahaja di tempah, jangan ditempah sepanjang berada disana, sbb boleh naik teksi dan angkotan sahaja. Untuk dapat hotel murah selalu lihat di web seperti di Agoda dan Booking.com
Kos Trip Kami Seorang1. RM145 : Flight : pergi balik (KL-Jakarta RM97, Bandung -KL RM48)
2. RM350 : Hotel, Wisata, Transport : (Dah termasuk tips untuk driver dan juga pengiring shooping)
*Pengiring shooping untuk iring kawan2 perempuan (Pertama Kali ke luar negara) yang ingin berpecah group untuk shooping dan menjaga keselamatan mereka. So mereka bebas nak kemana saja naik transport awam tanpa takut2 dan salah.
TentativeDay 1 : Jumaat 28.03.201407.00am - Berlepas dari LCCT
08.00am - Sampai di Jakarta
09.00am - Sarapan dan makan
11.00am - Shoping Tanah Abang
08.00pm - Shoping Pasar Baru
09.30pm - Makan Malam
10.00pm - Manument MONAS
10.30pm - Hard Rock Cafe
12.00pm - Cekin hotel Tune Hotel.. berehat
Day 2 : Sabtu 29.03.201405.00am - Betolak Ke Bandung
07.00am - Sarapan RnR Hiway
12.00am - Tour ke Gunung Tangkupan Perahu dan mandi lumpur gunung berapi di Kawah Domas
05.00pm - Makan Tengahari di Restoran Sapu Lidi
09.00pm - Shopping di butik FO Jalan DAGO
10.00pm - Cekin hotel Cihampelas 2.. berehat
11.00pm - Minum di Cafe Tamansari
01.00am - Balik tido
Day 3 : Ahad 30.03.201407.00am - Sarapan
08.00am - Shopping ke Pasar Baru, FO Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cihampelas, Rumah Mode, Fashion World
10.00pm - Cekin hotel berehat
Day 4 : Isnin 31.03.201408.00am - Berlepas dari Bandung
11.00am - Sampai di Kuala Lumpur
TamatLine Up Peserta1. Abd Hamydy
2. Mohd Fadli Mustafa
3. Muhammad Hambaly
4. Muhammad Syukor
5. Noor Hamyza
6. Azura Jalil
7. Hafiza Wati
8. Fatimah Mansur
9. Musyaya Ab Majid
10.Mariah Abd Razak
11.Johari
12.Suhaimi