Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, May 26, 2013

Bukit Gasing ~ Latihan Pre Mt Kinabalu

Gasing
Bukit Gasing
Latihan Pre Kinabalu kali ini di bukit gasing merupakan latihan terakhir sebelum kami mendaki Mt Kinabalu pada 31 May 2013 ini. Ramai yang tidak percaya yang bukit gasing ini boleh dijadikan sebahagian dari latihan. Latihan kali ini saya buat lain dari biasa, memandangkan saya tidak sempat untuk buat latihan ke Gunung Nuang, Gunung Irau dan Gunung Datuk sebulan sebelum tarikh mendaki disebabkan kekangan tugas maka untuk latihan akhir ini saya buat Latihan 5 jam di Bukit Gasing. Bagi mendapat kepenatan yang hampir sama dengan mendaki Mt Kinabalu maka perlu buat 5-6 jam dengan merancang laluan trek tertentu di Bukit Gasing.
gasing
Berikut adalah laluan Trek Bukit Gasing yang telah saya rancang dengan bantuan salah seorang rakan saya iaitu Mr Siva yang merupakan pendaki tetap Bukit Gasing. Kami memulakan latihan jam 7.30am, dengan peserta yang datang sebanyak 11 orang.
Gasing Gasing


Gasing Gasing
1. Trek Kuil dan Menara Telekom
Trek ini memang menegak dan tinggi, ada 3 laluan untuk ke kuil ini. Mana2 pun boleh. Biasanya pendaki akan memilih laluan naik dan turun yang berbeza. Untuk Trek ini kami ulang 2 kali, jadi dapat 2 bukit yang mencanak 2 kali, nak tercabut lutut jugak peserta yang lama tak traning. tapi semua ok dan bersemangan.
 
Gasing Gasing

2. Trek Menara Pandang
Selepas turun dari trek kuil yang pertama kami melalui trek ke menara pandang. Dari menara pandang ini kita akan dapat lihat puncak Kuil, trek ini kita dapat merasa tangga, walaupun tidak tinggi sangat, sebab i menegak dan bertangga maka dapat la merasa kaki ni latihan tangga. Selepas turun trek menara pandang kami ulang trek kuil kali kedua selepas tu kami turun trek kuil melalui trek Tangki Air. kat sini sudah satu bukit.
Gasing Gasing
3. Trek Tangki Air
Trek tangki air ni jalan tar, ada 2 tangki air, satu rendah dan satu tinggi yang turun dari kuil. jadi di trek ini anda boleh sambung buat latihan dengan berjoging naik dan turun 2 kali sebelum meneruskan ke trek lain. Kat trek ini kalau kita buat ulang alik dapat la merasa 1 bukit yang sederhana.
Gasing Gasing
Gasing Gasing
4. Trek Taman Rek Rekreasi
Setelah selesai trek tangki air kami meneruskan trekking ke menuju ke Taman Rek Reasi yang terletak di tengah2 hutan bukit gasing. Dari trek tangki air kami akan melaui sungai dan mula mendaki bukit yang sederhana tinggi sebelum sampai ke Taman Rekreasi. Di taman rekreasi kami berhenti rehat dan makan. Di sini ada kemudahan pondok dan tandas. Kelihatan juga pengunjung yang mandi manda di sungai. Taman Rekreasi ini baru sahaja siap tahun ini. Untuk trek ini kita dapat 1 bukit yang sederhana.
Gasing Gasing
5. Trek Bunglow Lama Terbiar
Setelah selesai berehat di Taman Rekreasi kami meneruskan trekking melalui Trek Bunglow Lama. Bunglow lama yang nampak scary ini dah lama terbiar rasanya bunglow ini di bina zaman british dahulu dimana kawasan ini dahulunya sebahagiannya adalah estet. Trek ini memang mencabar sebab menegak dan bertangga.. memang menyengat la kaki lalu trek ini. kat trek ini kita dah dapat 1 bukit. selepas trek bunglow ini kami menerus trekking ke Trek Jambatan Gantung.
IMG-20130525-02340 Gasing
6. Trek Jambatan Gantung dan Bukit Abu Bakar
Trek ini memang trek kebiasaan para pengunjung lalu. Di trek ini kita akan melalui satu jambatan Gantung yang terletak betul2 belakang rumah Bunglow. Jadi kalau nak shortcut boleh masuk terus ke jambatan gantung ini melalui rumah bunglow tepi jalan. Selepas melalui jambatan anda akan mula mendaki satu bukit. selepas turun bukit ini akan jumpa anak sungai kecil kekadang kering. Dari anak sungai kecil yang hampir kering ini kiata akan mula mendaki Bukit Abu Bakar, Trek bertangga dan menegak, memang tinggi. Sesuai untuk latihan kaki. di trek ini biasanya pengunjung atau pun para pendaki yang buat latihan akan membuat berulang kali trek ini sehingga penat. Sebelum ini ada 2 orang pendaki yang hendak mendaki Gunung Kilimanjaro telah membuat latihan di trek ini hampir setiap minggu dengan 12-20 kali pusingan dengan membawa beg beban berkilo2. Memang terbaik la mereka.

setelah selesai trek Jambatan gantung dan Bukit Abu Bakar kami mula trekking pulang ke pintu gerbang. Keseluruhan latihan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ngam-ngam 5 jam. Kesemua peserta puas dan rasa teruja dengan latihan ini dan tidak sagka buleh buat latihan seperti ini tanpa pergi jauh ke gunung2 lain seperti Nuang dan Datuk. Jadi rumusan dari latihan ini kami berjaya mendaki 7 buah bukit dalam hutan Bukit Gasing ini.

Selepas latihan ini para peserta hanya akan membuat latihan stamina dengan berjoging sahaja kerana tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk ke Mt Kinabalu.

Sekian Laporan

Sunday, May 12, 2013

Pantai Kerachut Penang

Pantai Kerachut

Pantai Kerachut Penang
Peluang pulang ke kampung untuk membuang undi, saya tak lepaskan peluang untuk singgah ke Penang. Memandangkan tiket banyak dah habis jadi saya mengambil keputusan pulang dari Penang. Tiket pula malam jadi siangnya saya buat last minit trip ke Pantai Kerachut. Dah lama nak pergi pantai tu. Hendak pergi ke pantai tu kena trekking bukit2 jadi sesuai juga buat saya yang hendak pergi kinabalu hujung bulan ini.


Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Pantai Kerachut ini terletak dalam kawasan taman Negara Penang. Tiada bayaran masuk dikenakan, anda perlu mendaftarkan diri sahaja di buku pendaftaran sebelum masuk. Terdapat beberapa trek dan destinasi, saya hanya pilih untuk ke Pantai Kerachut sahaja. Semasa daftar kita akan diberikan map trail sebagai panduan. Terdapat 7 lokasi singgahan di trek taman negara ni iaitu Pantai Pasir Pandak (483m), Sungai Tukun (934m), Pantai Teluk Aling (1647.2), Teluk Duyung@Monkey Beach (3396.2m), Rumah Api (4668.2), Teluk Kampi (4901m) dan Pantai Kerachut (3405m).


Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Trek ke Pantai Kerachut mencabar jugak la..maksud saya kalau yang tak biasa exercise tercungap2 jugak la. kalau tak silap saya seingat saya kena melalui 2 bukit dan treknya juga panjang. Perjalanan untuk sampai ke Pantai mengambil masa 1 jam 30 minit dan jarak 3405m. Trek ada menaik dan menurun ada sedikit bertangga dan laluannya bersih. Ramai pengunjung menjadikan Trek-trek ini sebagai tempat untuk exercise pada sebelah pagi dan petang. sebelum sampai ke pantai anda akan merentasi sebuah jambatan gantung yang sederhana panjang.


Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut

Pantai Kerachut memang cantik, lokasi pantai ini yang tidak tercemar membuatkannya masih kekal cantik dan bersih. Pasir pantai yang putih dan halus seperti manik, memang membuatkan kita terpesona. Di pantai ini juga merupakan tempat singgahan penyu. Terdapat beberapoa kemudahan yang disediakan disini seperti Dewan aktiviti, Tandas dan lokasi untuk perkhemahan. Terdapat juga sebuah jetty di sini yang menjadi tumpuan kaki pancing.


Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Pantai Kerachut Pantai Kerachut
Sekian

Saturday, May 11, 2013

Backpacker : Trans Cambodia Vietnam 2013

Cambodia

Trans Cambodia - Vietnam 2013
Trip backpacker kali ini saya namakan Trans Cambodia Vietnam kerana melibatkan 2 buah negara. Asalnya yang mendaftar dengan saya seramai 15 orang tapi lagi seminggu hendak berlepas yang dapat datang hanya 10 orang sahaja. selebihnya terpaksa batal kerana hal yang tidak dapat di elakkan. 10 Orang yang terdiri dari 3 lelaki dan 7 perempuan.


Cambodia

Mulanya plan nak turun ke Siem Rep dan bergerak turun ke Vietnam. Tetapi memandangkan harga tiket turun ke Phnom Phen lebih murah maka kami pun membeli tiket Kuala Lumpur - Phnom Phen dan Ho Chi Minh - Kuala Lumpur. Trip ini dirancang supaya pulang dari Vietnam supaya semua peserta dapat shooping sakan di vietnam :). Sebaiknya trip mestilah menaik atau menurun jangan berpatah balik seperti saya buat ini untuk jimatkan masa. kalau menaik dari Ho Chi Minh - Phnom Penh - Siem Rep. Dan jika menurun pula dari Siem Rep - Phnom Phen - Ho Chi Minh.


Tips Backpacking
Sebulan sebelum pergi kami buat ceklist keperluan yang perlu dibawa.
1. Duit USD dan Dong
2. Fotocopy Pasport
3. Toileteries tidak lebih 100ml
4. Travel Plug - untuk cas phone
5. Camera Compact - senang
6. Baju - bawa minimum yang mungkin kerana disana akan beli tshirt murah
7. Seluar 2 helai ( 1 Panjang 1 Pendek)
8. Underware pakai buang
9. Makanan backup jika tak sempat jumpa restoran halal - Meggi, milo 3in1, Roti
10. Beg galas ( backpack 1 sahaja) Beg Troly tak boleh


Hari Pertama 26 April 2013
Semua peserta berkumpul di LCCT sekitar jam 5.00am. Peserta dari Sarawak telah datang sampai dan menginap di Tune Hotel sejak 25 April 2013 lagi. Flight belepas jam 6.45am. Kalau nak tau dalam flight kelihatan seperti flight tempatan kerana ramai orang Malaysia yang naik.


Cambodia cambodia

Phnom Penh
Lebih kurang 1.45jam sampai di Phnom Phen. Sampai sahaja di airport saya mencari sim kad telefon. murah saja 1USD. Disana sudah ada pemandu Tuk Tuk yang telah saya tempah melalui kawan saya iaitu Fichkry. 3 Tuk-tuk untuk bawa 10 orang. Pemandu Tuk Tuk ini boleh berbahasa melayu dengan fasih loghat Kelantan. Namanya Dahlan dan Omiya. Sangat peramah dan baik. Kami terus bertolak ke Killing Field.


cambodia cambodia

Pol Pot Killing Field
Rasanya dalam 30 minit perjalanan dengan Tuk Tuk kami pun sampai di Killing Field. Tiket masuk adalah 3 USD, Jika beli tiket 5 USD dapat sewa Rakaman sejarah dalam bahasa melayu dan english. Setiap lokasi ada nombor, bila tiba lokasi tertentu tekan perakam tersebut mengikut no lokasi dan kita akan tau sejarahnya. Tapi kami semua cuma bayar tiket 3 USD sahaja. Kami mengambil masa 1 jam untuk pusing kawasan perkuburan tersebut dan melihat tayangan video yang disediakan. Banyak yang kita dapat lihat kubur2 beratus2 orang mangsa. Ada tempat dimana bayi di bunuh dengan cara dihempas di batang pokok dan sebagainya. Laluan yang kami pijak juga kelihatan serpihan2 tulang. Memang kejam dan menyayat hati. Cuaca memang panas, berpeluh giler kami semua. Banyak orang Malaysia yang melawat.


cambodia cambodia

Setelah penat dan kepanasan kami singgah di sebuah masjid untuk menggunakan toilet dan berhenti rehat makan di restoran dihadapan masjid tersebut. dalam kawasan masjid juga ada gerai makan, tapi kami nampak cam berselera jer dgn restoran luar masjid tu.


Restoran halal masakan Cambodia, pekerja restoran tidak pandai berbahasa english jadi susah juga kami nak oder, nasib baik pemandu tuk2 boleh cakap melayu, mereka tolong oder. Setelah selesai makan kami nak bayar..timbul satu masalah kecil.. huhuhu kami semua takde duit kecik makan berapa jer.. terpaksa la lagi sekali minta bantuan pemandu tuk tuk kami dahlan untuk tolong jadi orng tengah nak bayar. Akhirnya semua dapat bayar dan dapat pulangan sedikit duit kecil..boleh guna..Setelah selesai makan kami dihantar ke Penjara S21, manakala pemandu Tuk2 kami beragama islam berehat solat Jumaat di masjid tersebut. Kami musafir hanya buat solat jamak selepas itu.

Penjara S21
Penjara atau tempat tahanan S21 ini asalnya sebuah sekolah dimana ia ditukar menjadi penjara yang kejam. Penuh siksaan dan kekejaman yang dilakukan. Setiap mangsa akan di ambil Foto untuk rekod dan simpanan. Tiket masuk adalah 2USD untuk seorang. Menurut sejarah gambar tersebut akan di tayangkan semula kepada rakyat sekiranya Pol Pot berjaya memerintah supaya menjadi pengajaran kepada yang hidup. Ada 4 Blok semuanya yang kami melawat. Setiap blok adalah 4 tingkat. Cuma 2 blok sahaja yang penuh dengan pameran iaitu blok tengah dan blok yang terakhir ada tayangan video. Blok pertama kosong cuma terdapat katil bekas seksaan dalam setiap bilik darjah, blok kedua ada gambar2 potret mangsa, blok ketiga ada sel penjara yang dibina dalam bilak darjah menggunakan kayu dan batu bata. Manakala blok ke empat ada pameran dan tayangan video. Setelah selesai pusing kami dibawa window shoping di Russian Market dan shoping di Central Market. Central Market lebih besar dan tidak sesak seperti russian market yang sempit. Ramai juga yang shoping di Central Market. Nahh kat sini kalau anda perasan macam kita kat Malaysia juga.. pusing kiri pusing kanan mesti jumpa orang Malaysia. Memang orang Malaysia ini ternyata suka membeli belah. Setelah selesai shoping kami cari hotel yang boleh benarkan kami mandi sebelum naik bus. Pemandu Tuk Tuk kami memang bagus, dia carikan hotel yang boleh bagi kami mandi. setelah jumpa hotel tersebut kami mandi dan bersihkan diri dengan pakaian bersih, hotel tersebuh mengenakan bayaran 1USD setiap seorang. Setelah itu kami makan di sebuah restoran Islam tak jauh dari hotel tersebut.


Pasar Malam (Night Market)
Kebetulan stesen bus yang kami beli tiket adalah bersebelahan dengan Night Market. jadi sementara menunggu bus ke Siem Rep kami sempat lagi shoping tshirt untuk dipakai esoknya. Memang murah kena pandai tawar. Ada rakan2 yang buang baju yang dipakai tadi dan ada yang beri pada pemandu Tuk Tuk tersebut sebagai hadiah. Pakai Buang jer tshirt. kalau beli tshirt murah bawah RM10 boleh la buat macam tu. Apa yang menariknya kat sini saya dapati ada medan makan dimana pengunjung akan beli makanan dari gerai-gerai kemudiannya akan duduk bersila makan di atas tanah beralaskan tikar. Siap boleh baring-baring lagi, mat salleh pun selamba jer. disebabkan kami dah makan maka kami tak la intai gerai2 makanan tersebut, tak dapat dipastikan halal ker haram.


Stesen Bus
Tiket Bus jam 11.00pm. jadi sementara menunggu bus ada yang shooping di Night Market sebelah. Tiket saya minta rakan saya Fickry belikan sehari sebelum saya sampai. Saya beli awal sebab kami ramai, takut tak ada tiket. Tapi jika anda cuma 1-2 orang sahaja boleh beli pada hari yang sama. Contohnya jika anda sampai pagi terus beli tiket untuk bertolak malamnya. Harga tiket bus sekitar 10 USD sahaja. Bus seat tido dari syarikat Virak ni tak la lawa sangat tapi boleh la. Stesen bus ini adalah untuk satu syarikat bas sahaja. Saya di maklumkan setiap syarikat bus ada paking sendiri dan stesen sendiri. Kami menaiki bus dari syarikat VIRAK-BUNTHAM Express Travel & Tour. Harga tiket bus ke Siem Rep dari Phnom Penh adalah dalam 10 USD. Kondisi bus ok tak la buruk sangat. Seat tidur dua tingkat, dan dibahagian bawah tempat isi barang siap boleh masukkan motosikal lagi. Bagi yang berkaki panjang mungkin agak kurang selesa sedikit sebab tidak dapat nak luruskan sangat kaki. Bagi yang rendang2 tu saya tengok nyenyak jer tido. Saya tinggi jadi tidur terpaksa la adjust kaki :). Disebabkan kami semua sudah penat sebaik sahaja bus bergerak semua pakat tido.


Dalam perjalanan hampir sampai ke Siem Rep iaitu sekitar 150km lagi bus yang kami naiki tiba-tiba terlanggar anjing dalam perjalanan. disebabkan terlanggar anjing tersebut bus yang kami naiki terpaksa berhenti di sebuah hentian rehat yang ada restoran. Mulanya ingat bus berhenti rehat, tapi rupanya bus rosak. kalau tak silap sekitar jam 4.00 pagi. Sekitar jam 6.00 pagi ramai dah bangun dan mula keluar dari bus untuk ke tandas dan makan, restoran ni tak halal. jadi berbekalkan meggi cup dan roti kami buat air milo dan makan meggi. Ada juga penumpang yang menahan bus pickup untuk meneruskan perjalanan. Setelah menunggu lebih kurang satu jam kami nyaris mengikut beberapa penumpang lain untuk menahan bus pickup. tapi nasib baik di tahan oleh pemandu bus, dia memaklumkan yang bus gantian akan sampai dalam masa 10 minit dari Siem Rep. Setelah bus gantian sampai kami meneruskan perjalanan ke Siem Rep. Bus sampai di siem Rep kami ingat dia terus ke bandar ke stesen bus. tapi bus tersebut berhenti di stesen bus syarikat tersebut. Jadi disebabkan rakan saya fickry telah beli tiket bus tersebut maka dia tahu dimana hendak jemput kami. Jadi sekitar jam 8.00 pagi kami sampai di Siem Rep. Sampai sahaja fickry dan rakan2 sudah menunggu saya. Kesian mereka yang menunggu kami sejak jam 4.00am, kerana bus tersebut sepatutnya di jangka sampai sekitar jam 4-5 am. Kami terus di bawa ke hotel.


Hari Kedua 27 April 2013 - Siem Rep 
Setelah cek in hotel, ada dintara kami sambung berehat, manakala separuh lagi keluar sarapan di restoran Wau. Setelah selesai sarapan kami pulang ke hotel rehat dan mandi. sekitar jam 12.30 tengahari kami bertolak ke Restoran Hj Musa untuk makan tengahari dengan menu famousnya "daging Lembu Naik Bukit". Setelah selesai makan kami bergerak ke Killing Field Siem Rep. Tempat ini kecil sahaja, tempat dimana dihimpunkan tengkorak mangsa kekejaman pul pot. Sedikit penerangan kisah tersebut dari Zakaria, dimana beliau menceritakan yang bapa dan ibunya adalah mangsa kekejaman pul pot. Adik beradik sebelah ayahnya dibunuh, begitu juga adik beradik sebelah ibunya dibunuh. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Tasik Tonle Sap.


Tasik Tonle Sap
Perjalan ke tasik mengambil masa hampir satu jam. Perjalanan kami bermula dengan dilanda hujan lebat, mencabar dan kesian jugak pada pemandu Tuk-Tuk kami iaitu Fickry dan Zakaria, tapi mereka menggunakan baju hujan. Dalam perjalanan kami sempat singgah di kawasan penanaman liar pokok teratai yang luas dan besar. kebetulan semasa kami datang kebanyakan bunga teratai sudah di petik. jadi tak banyak bunga yang tinggal. Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan lagi.


Setibanya di tasik Tonle Sap, kami membeli tiket dan mula menaiki bot. Harga tiket bot ke tasik Tonle sap sekitar 15 USD. Mahal jugak :). Mahal sebab satu boat tu hannya kami sahaja 10 orang tidak share dengan orang lain. Teringat lagi masa saya pergi tahun 2010 lalu, satu boat yang besar tu saya dua orang sahaja. Kebetulan air tengah kering jadi air tasik cetek, boat boat hanya melalui satu laluan dan terpaksa berselisih.


Tasik Tonle Sap ini sangat luas dan rasa macam lautan. Kami sampai di perkampungan terapung terdapat Banyak rumah boat yang berfungsi sebagai sekolah, kedai dan juga pusat aktiviti penduduk. Kami singgah di Rumah boat yang ada ternakan ikan dan juga buaya. Rumah boat ini juga menjual cenderamata dan juga minuman.


memandangkan target kami untuk melihat sunset di tasik, disebabkan hujan maka kami tidak dapat melihat keindahan pemandangan sunset di tasik. Kami pulang dan sampai di jetty sekitar 6.30pm. Kami meneruskan perjalan untuk pulang. Dalam perjalanan kami singgah solat magrib di sebuah Masjid yang di bina hasil derma dari rakyat Malaysia. Semasa di masjid ini kami bertemu dengan Hj Musa yang merupakan orang kuat dan bertanggungjawab menjalankan aktiviti membina masjid ini. Beliau juga telah memindahkan masjid terapung dari perkampungan terapung ke tebing tasik supaya penduduk perkampungan terapung dapat mengubah hidup yang lebih baik dan tidak lagi hidup di perkampungan terapung tersebut.


Makan Malam
Seterusnya kami pulang terus ke Restoran Haji Musa untuk makan malam. Malam ni kami tidak oder bufet atau hidang. Kami oder ala cart sahaja mengikut selera masing2. Makan di restoran Haji Musa, tidak la mahal sekali makan sekitar 5-6 USD sahaja compare restoran kat luar.


Night Market
Setelah kennyang makan kami semua malas nak mandi jadi terus pergi shoping di Night Market. tak jauh dari hotel yang kami menginap, jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Tuk-tuk kami tamat setelah kami dihantar ke night market. Night Market memang meriah, macam-macam ada. antara yang menjadi tumpuan kami adalah seluar panjang Colombia. Harga murah jika pandai tawar.


Hari Ketiga 28 April 2013 - Siem Rep 
Hasrat hati nak tengok sunrise di Angkor. jadi jam 6.00am kami semua dah siap sedia. Disebabkan masalah teknikal 6.30 pagi baru gerak. Sarapan Fickry dah tapau roti dan jem untuk kami. Kami terus bertolak dan dalam perjalanan nasib tak baik kami dah nampak sunrise dari arah angkor..huhuhu tak sempat sampai. Setelah beli tiket masuk kami sempat la singgah di Angkor Watt dan menghayati suasana sunrise walaupun dah terlambat sikit. jadi kami terus meneroka Angkor Watt.


Angkor
Angkor ni besar dan kebanyakkan struktur banggunan masih terjaga dan ada yang berjaya di baik pulih. Biasanya orang akan berkumpul dalam Angkor Wat depan tasik kecil untuk fotoshoot sunrise. Memang dah ramai orang masuk masa ni. kami terjumpa sekumpulan pelancong dari china. Menurut salah seorang guide group mereka biasanya akan keluar awal tunggu sunrise, selepas sunrise mereka balik hotel untuk sarapan yang disediakan oleh pihak hotel kemudiannya mereka masuk semula ke Angkor begitula juga bila tiba setiap kali waktu makan. Jadi tiket angkor tu kita boleh sekali beli dan keluar masuk banyak kali sepanjang hari tersebut. Jadi jika hotel atau penginapan anda tak jauh dari Angkor boleh la balik rehat. Disebabkan cuaca panas majoriti rakan2 hanya mampu untuk melawat 3 angkor sahaja, iaitu Angkor Wat, Angkor Ta Phrom dan Angkor Bayon. Selepas tu semua dah serender penat dan nak balik. Kami sarapan berbekalkan roti dan jem di tepi tasik Angkor watt setelah selesai melawat Angkor watt. Memang best suasana tu. Setelah penat berjalan kami pulang ke restoran Haji Musa sekitar jam 1.00pm. Makan Tengahari dan rehatkan badan seterusnya kami pergi ke Kampung Budaya (Culture Village Show). Tiket masuk sekitar 15 USD seorang. Show bermula jan 2.30pm, kami sempat lihat sampai jam 5.00pm sahaja kerana bus kami ke Ho Chi Minh jam 7.00pm. Kami hanya sempat melihat 3 pertunjukkan sahaja. Jam 5.00pm kami pulang ke hotel dan hotel bermurah hati bagi kami menggunakan salah satu biliknya untuk kami mandi dan bersihkan diri walaupun kami sudah check out.


Night Bus ke Vietnam ( Ho Chi Minh)
Sebenarnya kami tak dapat direct bus ke Ho Chi Minh. Walaupun dia cakap direct bus ke sana, sebabnya bus tersebut akan singgah di Phnom Penh untuk tukar bus. Tiket kita beli sekali sahaja. Disebabkan keletihan kami terus sahaja tido dalam bus (Sleeping Bus). Sekitar jam 1.00 pagi kami sampai di Phnom Penh, sampai sahaja bus memang sudah ada. kami turun dan naik bus lain, sementara tu sempat la kami singgah toilet. Perjalanan di teruskan sehingga sampai ke Sempadan.


Dalam perjalanan kami lagi sekali menerima nasib malang, 2 seat tidur (4 orang) kebetulan di bawah aircond.. apa lagi air aircon bocor dan membasahkan seat mereka. Terpaksa la 4 orang tu pindah, sorang peserta pompuan dapat seat kosong tidur sebelah mat saleh (untung la dia..hensem plak la tu. Lagi seorang pun dapat seat lain yang kosong, lagi 2 orang kesian terpaksa tidur atas lantai. huhuhu kesian sampai ada yang terpijak kepala bila nak turun..siapa tu.. :D. Semuanya redho jer asalkan boleh tido.


Kami sampai di kawasan berhampiran sempadan Vietnam sekitar jam 5.00am. Bus berhenti di sebuah restoran dan kami turun minum dan toilet. Kemudian bus meneruskan perjalanan ke Emigresen Cambodia, pasport kami diperiksa seorang krew bus supaya melengkapkan borang visa masa yang dapat masa naik flight sebelum ni, Kami beratur dan melepasi emigresen cambodia dan sambung naik bus, dalam bus pasport di ambil oleh krew bus tersebut, dia uruskan di Emigresen Vietnam jadi cepat la sikit. Sebelum beratur kami diminta membawa beg masing2 untuk melepasi emigresen, jadi sebelum beratur tu kami pastikan beg-beg kami bersih dari sebarang dadah atau bungkusan yang mencurigakan, kami periksa poket2 beg bagi mengelakkan jika ada orang atau pengedar dadah cuba nak seludup dadah dengan menumpang dalam beg kami, Bila dah pasti clear dan selamat baru kami pergi beratur. Bila kami beratur terus dapat pasport dan terus masuk. Jika krew bus tersebut tak buat mcm tu maka kita terpaksa beratur bersama2 org ramai yang hendak melepasi sempadan. Kami meneruskan perjalanan dengan bus.


Hari Keempat 29 April 2013 - Vietnam 
Setelah melepasi sempadan dan emigresen, perjalanan diteruskan dan 2 peserta yang tidur atas lantai sebelum ni berjaya juga dapat seat yang kosong lagi dengan mat salleh lain pulak :D. so dapat la semua tido..hihihi :D. Bus kami sampai di kawasan berhampiran Pasar Ben Than sekitar jam 9.00am. Kami turun sahaja bus dah ramai pemandu teksi yang ofer. Disebabkan hostel backpacker yang telah kami tempah tak jauh, maka kami jalan kaki sahaja sekitar 5 minit sampai la di Saigon Backpacker Hostel. Sampai terus kami berehat. walaupun tidak boleh cek in lagi kami dibenarkan mandi manda di toilet yang disediakan. Semua santai di sofa sambil melayan movie dan ada yang melayan internet dan ada yang main pool yang disediakan. Kami menunggu sehingga jam 1.00pm untuk tour ke Chu Chi Tunner. Tepat jam 1.00pm ada orang dari tour datang jemput kami di hotel. tour ni saya tempah dengan minta tolong hostel yang bookingkan. sebabnya jika baru sampai nak cari tour mcm rushing dan takut seat penuh. jadi sehari sebelum sampai saya dah minta petugas hostel tu bookingkan. Bayaran saya bayar terus pada hostel bila sampai dan resit tersebut saya perlu bagi pada orang tour yang datang jemput.


Nasib kurang baik, kami dibawa sampai ke kedai tour tu untuk tunggu bus. Yang malangnya bus kami lambat kerana dimaklumkan rosak. tunggu punya tunggu jam 2.30pm baru bus sampai. Bila bus sampai kami perjalanan diteruskan, disebabkan kami trip petang jadi bus kami tidak pergi ke kedai kraf yang biasanya di singgah bagi nak promote kraftangan mereka. Bus kami terus sahaja ke Chu chi tunner. disebabkan kami lambat maka kami adalah group yang last sekali masuk :).


Chu Chi Tunner
Bayaran Bus sekitar 6-9 USD kita bayar pada agen tour bus tu., kami dapat USD 9 katanya musim ramai orang, Tiket masuk Chu Chi pulak 5 USD kita bayar sendiri kat kaunter tiket masuk Chu Chi Tunner tu. masuk saja kami dah ada guide yang memang menunggu kami, Tour Chu chi tunner diteruskan. Banyak penerangan yang lengkap diberikan oleh guide berkaitan sejarah tunnel tersebut.


Kemudian kami singgah di tempat menembak, ada diantara kami yang mengambil peluang menembak. minimum peluru kena beli 10 biji. harga sekitar 15 USD hingga 30 USD bergantung kepada jenis senjata yang kita ambil.


Selepas itu tour diteruskan lagi ke lokasi tunnel yang lain. disini kami diberi peluang untuk masuk ke tunnel dan keluar di pintu lain. Ada yang ambil jalan pendek dan ada yang berani ambil jalan panjang. Memang sempit dan terpaksa jalan itek. Bagi mat salleh memang kebanyakan mereka ambil dalan pendek jer 5 meter sebab mereka besar. Selesai tour kami pun dibawa pulang ke Ho Chi minh, lama juga perjalanan Bus mengambil masa kalau tak silap 1jam30minit sehala. Kami minta bus berhentikan kami di pasar Ben Than.


Ben Than Market
Sampai saja di Ben Than Market, kami cari kedai makan dahulu.. memang dah lapar giler. Kami makan di restoran Serai, Restoran ni ownernya orang Malaysia, Dulu saya datang ada tukang masak dari Malaysia. Tapi kali ini mungkin dah satbil dan yang ada adalah pekerja warga Vietnam. Ada pekerja yang boleh cakap melayu. Restoran ni 3 tingkat. Kami sampai sahaja dah ada meja2 yang di tempah. Menurut pekerja restoran mereka juga buat pakej makan untuk group tour. Jadi jika anda ramai dalam satu group boleh la tempah makanan siap2 dari restoran ini untuk makan tengahari dan makan malam. Restoran ini menyediakan Kemudahan wifi percuma, toilet dan bilik solat.


Setelah semua dah kenyang dan cukup rehat, kami meneruskan aktiviti shoping di night market di keliling Ben Than Market, Ben Than Market tutup malam. Kami survey dan membeli belah. Tshirt, kain, kasut dan sebagainya. Sekitar jam 10.00pm kami pulang ke Hostel. Mulanya nak sambung lagi, tapi ramai dah letih, semua pakat tido. Time nak tido ada salah seorang peserta nak keluar jumpa saudara yang kebetulan datang Vietnam juga. Hotel Saudaranya tu tak jauh dari Pasar Ben Than. Saya dah pesan jgn lewat2 sebab sunyi jalan, banyak orang pau nanti. Esoknya dia ckp kat saya duitnya jatuh dan handphonenya jatuh di jalan dan dilenyek kereta. ermm saya suspek dia kena pow jer, tapi mungkin dia malu nak cerita hal sebenar. :).


Hari Kelima 30 April 2013 - Vietnam - Last Day
Selepas sarapan kami memula kan misi shoping sakan. Kami shoping kat Area Ben Than market sahaja. Dari hostel kami yang terletak dihadapan bus stesen kami naik bus NO22 untuk ke pasar ben than. Bus ini berhenti di stesen bus di hadapan Pasar Ben Than. Jadi tak perlu susah2 nak jalan :). Tambang bus cuma 5 ribu dong sahaja.


Kami berpecah dan ada buat janji akan berkumpul semula pada jam tertentu. ada yang sibuk beli kain, ada yang sibuk cari permata dan saya pulak beberapa ahli sibuk cari beg deuter origenal.


Beg Deuter
Banyak kedai Outdoor yang menawarkan harga yang murah. tapi kami tak sempat nak survey semua kedai outdoor. Tidak seperti sebelum ini saya datang, rakan saya siap print nama kedai dan alamat kedai, jadi mudah kami cari. Jalan2 cari memang jumpa beg ori dengan murah, harga kalau kat mesia RM500 tapi kat sana saya jumpa dgn harga RM150 sahaja. Beg-beg murah tak ori yang harga RM40-50 memang berlambak tepi2 jalan. Kedai yang kami jumpa tu takde banyak pilihan cuma satu jenis sahaja, jadi peserta yang nak beli tu tak jadi beli sbb model yang dia nak tak jumpa.


Saigon Square
saigon square pun tempat menarik jika hendak shoping, dalam banggunan dan ada aircond, ramai juga orang yang memilih shoping disini compare di Ben than market. Kat sini pun banyak pilihan dan fesyen baju. cuma mungkin tawar menawar tak la sehebat di Benthan market.


Setelah selessai shoping kami semua menaiki bus pulang ke hostel. Sampai di hostel kami siapkan diri kemas packing, mandi manda dan lepak tunggu teksi datang. Saya dah deal dengan petugas teksi untuk harga. kalau dah deal dengan staff hostel tak perlu lagi nak tawar menawar dgn pemandu teksi tu. Kami dapat teksi dengan harga 180ribu Dong satu teksi. Kami semua selamat samapi di airport.


Airport
Di Airport kami rasa macam kat suasana kat Malaysia. Mana tidak nya masa nak cek in beg, penuh dengan rakyat Malaysia sahaja, kiri kanan depan belakang semua rakyat Malaysia. Ada yang borong banyak barang dan ada yang berbeg-beg. Memang ternyata orang Malaysia ini kuat shoping.


Bagi kami yang tak beli Luggage, apa lagi tengah pening adjust berat beg.. berat hand carry cuma 7 kilo sahaja. ada satu tip jika berat beg anda melebihi 7 kilo, buangkan baju dan kain sampai berat 7 kilo, lepas tu g cek dokument dan cek beg, lepas dia cek beg tak lebih 7 kilo dia akan letak stiker dah cek, so lepas dah dapat stiker tu barula pergi kat belakang sikit packing semula beg anda pastikan stiker tersebut tak terkoyak. hahahha itu la caranya.. setakat ni lepas jer.


ada juga diantara kami yang tidak pernah ke luar negara dan trip ini yang pertama buatnya, so macam2 gelagat buat kami semua tergelak, ada yang gelabah dan sebagainya.


Akhirnya semua selamat sampai ke Kuala Lumpur.. seribu kenangan pahit manis sepanjang perjalanan.


Sekian

Tentative Trip Cambodia Vietnam seperti Berikut

Day 1 – 26 April 2013 – Phnom Penh
- Killing Field
- Pol Pot Security Prison 21 (S-21), .
- Night Bus to Siem Reap

Day 2 – 27 April 2013 – Siem Reap
- Killing Memorial of Pol Pot
- Tonle Sap lake
- Sun Set at Tonle Sap Lake

Day 3 – 28 April 2013 – Siem Reap
- Angkor Wat Tour
- Culture Village
- Night Bus to Ho Chi Minh

Day 4 – 29 April 2013 – Ho Chi Minh
- Củ Chi Tunnel
- Shooping night Market (Ben Then)

Day 5 – 30 April 2013 - Ho Chi Min
- Shoping at Ben Then
- flight ke KL

Perbelanjaan Asas














































































NoNama Harga dalam USD
1.Tuk tuk Phnom Penh (1 Tuk Tuk)         35
2.Tiket Killing Field          2
3.Tiket S21          2
4.Bus to Siem Reap         10
5.Tuk Tuk Siem Reap (1 Tuk Tuk) – Tonle Sap         25
6.Tiket boat Tonle Sap         15
7.Hotel Siem Rep (1 bilik/ malam)         25
8.Tuk Tuk Siem Reap (1 Tuk Tuk)- Angkor         25
9.Tiket masuk Angkor         20
10.Tiket Culture Village         15
11.Bus to Ho Chi Minh         25
12.Cu Chi Tunel bus          9
13.Tiket masuk Cu Chi Tunnel          5
14.Hostel Saigon Backpacker (1 bed/malam)          9

 

Bagi makanan, perlu di masuk buget untuk makan yang berat sepeti makan tengahari dan malam. makan berat boleh tempah cara hidang untuk semua. lebih mudah dan bayar guna duit buget kita tu. ini penting sebab ada ketikanya kami mempunyai masalah dari segi pembayaran kerana setiap orang cuma ada duit besar sahaja. bagi makan yang lain boleh cara ala cart dan sendiri.Ini antara cos yang saya ingat dan asas. Ada yang mengikut harga semasa dan bergantung tawar menawar. Kos2 tambahan yang perlu kita ambil kira seperi kos tips dan kos luar jangkaan. Pengalaman saya dalam trip ini saya short sikit disebabkan ada kos yang saya tak jangka. Tapi dapat buat collection semula dengan rakan2.

Sekian Laporan