Mt Kinabalu

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mt Halasan

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Paris

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Everest Base Camp 2018

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Star Cruise

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, February 12, 2013

Backpacker : Trans Java 2013

Para Pembaca blog saya .. Entri Text sahaja yang mampu saya siapkan buat masa ini.  Nanti ada kelapangan saya akan upload kan gambar..


Sementara Itu Boleh la saksikan video Clip yang dibuat oleh teman saya yang bernama Syaiful.

[youtube http://www.youtube.com/v/XXy5Ra_AMxE&w=640&h=480]

Trans Java
Trip Backpacker kali ini dinamakan sebagai Trans Java kerana ia merupakan trip mengelingi Pulau Jawa. Walaupun tidak 100% tetapi kami berjaya buat dari hujung ke hujung. trip ini telah dirancang sekitar Jun 2012 dan telah membeli tiket Promo Airasia pada Mon 16 Jul 2012 dengan harga RM52 sahaja jika total dengan tax dan insuran adalah RM159 sahaja. Memang murah dan berbaloi. Mulanya hendak turun dari Surabaya dan dari Jakarta, tetapi tiada promo.


Seramai 8 orang telah mendaftarkan diri dan telah membeli tiket pesawat. Sepanjang tahun 2012 kami telah membuat sedikit research backpacking untuk mendapatkan maklumat tentative kami. Maklumat dari pengalaman teman2 dan juga blog2. Setelah itu tentative perjalanan mula di susun dan dirancang, tentative kami buatkan 3 sebagai backup, Plan A, Plan B dan Plan C dan Plan kecemasan. Adalah penting backup plan ini supaya kita mempunyai arah tujuan dan tidak membuang masa jika berlaku masalah dalam perjalanan.


Perbelanjaan
Kami memperuntukkan 2juta rupiah setiap seorang untuk kos ground termasuk sewa van, tiket masuk wisata, hotel, teksi, tiket kereta api, angkutan kota, makanan tertentu (makan Hidang) Bayaran Guide, Supir dan parkir, tol kampung dan sebagainya. Dan lagi 1juta seorang untuk perbelanjaan peribadi dan makan. 2juta ini diasingkan dan di pegang oleh bendahari dan kami namakan sebagai "Duit Kompeni"


Perancangan
Beberapa perkara dan keperluan telah kami bincangkan untuk persediaan sebelum dan semasa disana antaranya seperti berikut:

Perkara yg perlu dibawa:
1) Beg galas (beg tarik@troli@beg pegi haji xdibenarkan. Kata backpackers)
2) Passport
3) Lesen
4) Pakaian yg secukupnye. Cuma bawa 2 helai tshirt (satu dipakai satu dibawa) selebihnya beli kat sana.
5) Seluar Panjang : Sehelai sahaja 2in1 - Sebaiknya yang boleh buka kaki jadi seluar pendek
6) Seluar Dalam Pakai Buang : Cari kat Guardian yang 100% Cotton
7) Baju sejuk biasa : Sehelai sahaja untuk di Pakai di Bromo dan waktu malam
8) Torchlight, headlamp
9) Adaptor dan extension wayer (utk charge tepon)
10) Kasut sport nak buat hiking sikit2
11) Selipar jepon
12) Camera Dslr, Water Proff (wajib)
13) Sabun, berus gigi, (personal things)
14) Poncho (kalo2 ujan)
15) Ubat-Ubatan

Hari Pertama - 4 Feb 2013
Perjalanan hari pertama menuju ke LCCT para peserta melalui pelbagai cara, antaranya orang hantar, Bus KL Central dan juga melalui ERL Tasik Selatan. 2 orang peserta telah membeli tiket pesawat lebih awal iaitu jam 10.00am maka mereka berdua telah sampai dahulu lebih awal. Dikesempatan tersebut mereka mula berbackpacking berdua sekitar bandar surabaya sehingga mati kutu :D sementara menunggu kami yang lain sampi, lagi 4 orang sampai jam 5.20pm waktu Surabaya. Sampai sahaja di Airport kami mula mencari Kartu Telpon (sim telefon). Harga di Airport yang dijual oleh ulat adalah 2 kali ganda dari yang dijual di toko Telpon. Harga Sim yang dijual oleh ulat sekitar 20ribu Rupiah, jika di toko sekitar 10ribu Rupiah sahaja.


Pemilihan Sim Telefon
Terdapat beberapa syarikat, antaranya SIMPATI, XL, M3 dan beberapa lagi, ada sim untuk penggunaan Internet, Blackbery dan juga Panggilan Biasa. Jadi anda buatla pilihan yang bijak. Saya nasihatkan anda beli 2 jenis sim, iaitu 1 untuk penggunaan Internet dan juga 1 untuk panggilan. Untuk panggilan anda pilih syarikat SIM yang sebolehnya sama dengan Contact anda di sana supaya lebih murah jika panggilan tersebut diantara syarikat yang sama. Sebelum anda beli pastikan Sim card tersebut telah diaktifkan dan telah diregister oleh penjual tersebut. Jika tidak anda perlu register card SIM tersebut. Pastikan anda terus pasang SIM tersebut kedalam handphone anda dan ON dan mencuba membuat panggilan atau Menggunakan Internet, jika berhasil baru anda bayar.


Ketibaan kami 4 orang telah disambut oleh Bambang Pamungkas (Nama betul ni kebetulan sama dengan nama pemain bola). Kami bersama Bambang menaiki Van ELF yang boleh memuatkan 13 Orang yang telah di Booking sebelumnya. Van ELF ini boleh memuatkan 13 penumpang tetapi jika termasuk dengan bag maka van ini cuma sesuai dan selesa dimuatkan cuma 8 orang untuk keselesaan, kerana kami akan tido dalam perjalanan. Kami memulakan perjalanan dengan memungut 2 peserta yang terawal tiba di bandar Surabaya. Setelah itu kami pergi semula ke Airport untuk menjemput lagi seorang peserta terakhir yang tiba dengan pesawat jam 11.00pm. Jadi kesemuanya yang hadir adalah 7 orang sahaja, seorang terpaksa tarik diri kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.


Kami meneruskan perjalanan dengan terus bergerak ke Daerah Probolingo untuk ke Gunung Bromo. Kami sampai di Cemoro Lawang sekitar jam 2.00am. Lokasinya bersebelahan dengan Pintu Masuk Taman Nasional Bromo Tengger Semeru dimana tiket masuk dan permit untuk ke Gunung Bromo dan Semeru dibeli disini. Cemoro Lawang ini merupakan kawasan chalet buget dan tempat berkumpulnya para pengunjung yang hendak melihat matahari terbit. Cemoro Lawang ini sudah dekat dengan Hotel Bromo Permai yang terletak selepas masuk pintu Masuk Taman Nasional Bromo Tengger Semeru mana hotel ini mempunyai View Gunung Bromo. Sampai sahaja kami semua tidur didalam Van sementara menunggu jam 4.00pagi.


Hari Kedua : 5 Feb 2013
Sekitar Jam 4.00pagi kami semua sudah bersiap sedia dengan kelengkapan untuk trekking. Suhu sekitar memang sejuk maka baju sejuk dan sarung tangan diperlukan ketika ini. Memandangkan kami tidak menginap di hotel mahupun di chalet buget maka kami mengalami sedikit kesukaran untuk ke Tandas. Tandas yang boleh kami masuk adalah tandas di Hotel Bromo Permai dengan caj masuk sekitar 10ribu. Terdapat 2 point untuk melihat matahari terbit, iaitu Puncak Penanjakan ( Yang paling tinggi) dan Seruni Point ( Rendah sedikit dari Penanjakan dan lebih dekat). Kebetulan trek ke Penanjakan View jalannya tidak elok dan jeep tidak digalakkan naik, jika mahu naik kena trekking la..(bak kata orang sana lumayan jika berjalan). Selain itu jika anda ingin jimat untuk kos jeep anda boleh bejalan kaki dari Cemoro Lawang ke Seruni View seperti mat salleh yang tidak berapa jauh sekitar 30minit berjalan kaki (timing orang Fit). Kos 1 jeep adalah sekitar 300ribu-400ribu Rupiah. Semasa di kawasan chalet buget Cemoro Lawang ketika kami sedang membuat persiapan kami didatangi dengan para penjual sarung tangan dan sarung kepala yang menawarkan harga. Harga sarung tangan dan sarung kepala yang ditawarkan oleh penjaja ini lebih mahal sedikit berbanding dengan toko EDELWAES yang terletak sebelah pintu masuk Taman Negara. Tapi kalau awal pagi toko tersebut belum buka jadi jika anda terlupa bawa sarung tangan maka terpaksalah belikan... :D


Kami menaiki 2 buah jeep untuk ke Seruni Point. Setelah sampai jalan mati untuk jeep kami perlu trekking dan menaiki anak tangga. Sepanjang trek ini akan kelihatan orang tempatan yang menawarkan kuda padi untuk di tunggang sehingga ke anak tangga. Kos yang ditawarkan sekitar 20ribu - 30ribu rupiah kekadang boleh dapat 10ribu. Kalau dah nama backpacker..maka kena la jalan kaki kan.


Kami sampai di Seruni point ngam2 dah nak sunrise. Apa lagi kami semua pakat menghayati pemandangan yang indah dalam suasana sejuk serta Bergambar sakan. Jika hari hujung minggu pastinya View poin ini penuh sesak dengan para pengunjung. Jadi saya nasihatkan jika anda hendak pergi tempat2 begini cubalah pergi hari biasa supaya anda punyai lebih masa untuk menghayati dan tidak terburu2.


Setelah puas menikmati suasana matahari terbit, maka kami mula bergerak ke Gunung Bromo. Merentasi padang pasir larva gunung berapi, disini anda perlu memakai MASK muka bagi melindungi diri anda dari tersedut pasir dan debu. Jeep akan parking dikawasan Jeep Point bersebelahan Gunung Batuk. Disini anda akan dapat lihat banyak jeep dan kuda. Sebaik sahaja anda berjalan menghala ke Kawah Gunung Bromo anda akan ditawarkan perkhidmatan menunggang kuda sehingga sampai ke Tangga. Sebaiknya anda jangan naik kuda dahulu, anda berjalan kaki sehingga ke tanggan supaya dapat menikmati pemandangan. Bila hendak pulang ke jeep barulah anda ambil kuda dekat tangga, biasanya harga menjadi makin kurang jika pulang, biasanya harga dari bawah ke tangga sekitar 50ribu Rupiah, tetapi bila turun dari tangga untuk ke jeep harga boleh turun sehingga 20ribu Rupiah. Sepanjang trekking ini anda perlu membawa mask muka untuk perlindungan habuk. Sepanjang merentasi padang pasir menuju ke tangga bromo memang sesuatu perkara yang sangat best kerana masing2 tergamam dengan pemandangannya yang cantik. Menaiki anak tangga macam batu cave sahaja. Tidak la tinggi sangat tapi bagi yang semput memang terasa pancet la kan :D. Kami semua naik selamba jer sebab memang dah ada traning pre-kinabalu sebelum ni :D. Sampai di atas anda akan kelihatan lubang kawah gunung berapi yang masih aktif mengeluarkan asap. Berada di puncak Bromo ini anda harus berhati2 supaya tidak tergelincir jatuh ke dalam kawah, tiada jaminan anda akan hidup jika anda ambil mudah perkara ini dan terjatuh, menurut orang tempatan baru sahaja seorang warga German yang mencuba merakam gambar aksi melepasi pagar batu dan beliau terjatuh ke bawah.


Gunung Bromo
Gunung Bromo adalah kawah gunung berapi yang tinggalan yang masih aktif didalam kawah gunung berapi yang besar. Jika dilihat dari google map anda akan kelihatan Gunung Bromo dan Gunung batuk berada dalam kawah gunung berapi yang besar yang sudah tidak aktif. Ketinggian Gunung Bromo adalah 2329m dari paras laut. Pendakian gunung Bromo ini tidak la sesukar Gunung Kinabalu, ia boleh dianggap Trip mendaki santai. Kerana semua orang bisa mendaki anak tangga ini. Suhu sekitar 3-20 darjah. Terdapat sebuah kuil hindu terletak di tengah2 padang pasir. Dan Kuil ini masih aktif digunakan ketika perayaan tertentu seperti Festival Kasada sekitar bulan September - November, dimana suku Tengger datang ke Bromo untuk melemparkan sajian seperti sayuran, ayam dan uang kedalam kawah Gunung Bromo dengan harapan gunung ini tidak meletus dan sentiasa aman.


Setelah puas menikmati pemandangan dan bergambar maka kami mula bertolak ke Cemoro Lawang tempat dimana kami mula sampai dan van paking. Setibanya dikawasan chalet buget ini kami dapati gerai-gerai makan sudah pun mulai dibuka. kami semua tak sabar untuk bersarapan kerana masing2 sudah kelaparan. Disini kami mencuba makanan tempatan, antaranya Nasi Rawon, Nasi campur, Teh Botol. Es Teh, Es Jeruk, Soda Gembira dan nasi kuning. Memang sedap la ikut selera sana , jagn ikut selera kita kat Malaysia, kita patut menikmati makanan sana. Cuma minuman saya galakkan jika anda ingin minum minuman sejuk supaya anda minum minuman dalam botol sahaja, kerana dikuatiri jika perut kita tidak biasa kemungkinan ais yang digunakan untuk buat air itu tercemar. Jika anda mengambil minuman panas tak apa sebab air tersebut telah dimasak. Adalah penting untuk anda menjaga pemakanan dan minuman supaya anda tidak cirit birit di awal penjelajahan.


Air Terjun Mandakaripura
Setelah perut kenyang kami meneruskan ke lokasi seterusnya iaitu Air Terjun Mandakaripura. Air terjun ini merupakan antara air terjun yang sangat cantik dan mengangumkan. Anda boleh singgah ke air terjun ini dalam perjalanan pulang ke surabaya. Ketinggian Air terjun ini adalah 620m aras laut dan terletak di Desa SAPIH Kecamatan Lumbang. Mandakaripura bermaksud "Tempat Tinggal Terakhir" Dikatakan Pahlawan hebat Patih Gajah Mada menjadikan tempat ini untuk pertapaan dan juga menghabiskan sisa hidup tuanya. Beliau juga dikatakan disemadikan disini. Terdapat bayaran tiket masuk dikenakan di pintu masuk yang dikendalikan penduduk tempatan dan juga bayaran Guide sebanyak 100ribu bagi seorang Guide. Dahulunya tempat ini dibuka secara umum tetapi selepas kejadian batu gelongsong jatuh mencederakan 200 orang pelajar sekolah dan mengorbankan beberapa orang maka tempat ini ditutup oleh pemerintah. Tetapi setelah itu tempat ini dibuka semula dengan tanggungjawab di pikul oleh penduduk kampung tersebut. Oleh sebab itu perlu mengambil guide orang kampung kerana hanya mereka sahaja yang paham keadaan air terjun itu di saat hujan lebat dan keadaan air laju dari atas. Selain itu guide ini sentiasa menjaga keselamatan kami sepanjang kami melangkah anak sungai, tangan kami di pegang dan di pimpin dengan cermat, dan setiap langkah kami di arahkan oleh mereka. Kami seramai 7 orang menggunakan seramai 2 orang guide tempatan.


Mandi
Disini terdapat Tandas dan Bilik mandi dan juga tempat solat ada disediakan disini. Bayaran Tandas 2ribu. disinilah hari pertama kami mandi dan membersihkan badan :D.


Trekking masuk ke lokasi air terjun ini mengambil masa sekitar 30-45 minit, Setibanya anda di airterjun yang pertama anda akan terpesona dengan keindahan nya seperti air hujan yang turun. Memang cantik. Memang anda akan basah saat anda melalui air terjun yang pertama ini, memang tidak dapat dielakkan sama sekali, jadi bersedialah untuk basah. dalam perjalanan akan kelihatan orang kampung menjual plastik bag untuk anda simpan beg duit, camera dan sebagainya yang tidak boleh basah. Adalah digalakkan supaya anda bawa camera water proof untuk lebih bebas bergambar. Anda juga harus memastikan selipar anda tidak licin atau lebih baik anda berkaki ayam, bagi megelakkan anda tergelincir jaduh dan cedera dengan batuan tersebut.


Air terjun Utama
Setelah penat anda trekking selama 30-45 minit anda akan sampai ke air terjun utama, Kolam air terjun ini sangat dalam jadi jika anda tidak pandai berenang janganlah cuba2 untuk berenang. Ketinggian dinding air terjun ini 70m dan berbentuk melengkung "C" dengan diameter sekitar 25m. Di pertengahan dinding air terjun ini terdapat sebuah gua yang dikatankan tempat bertapanya Patih Gajah Mada dan juga tempat bersemadinya beliau.


Makan Tengah Hari
Setelah penat mandi manda di Air Terjun MandaKaripura kami singgah makan tengah hari di restoran Pak Hj. Soleh ( Lesehan Ayam Goreng + Ikan Bakar) yang terletak daerah Tongas di alamat Jln Raya Tongas Probolinggo. Restoran ini terletak betul2 di simpang tiga untuk ke Bromo. disinilah kami betul2 makan nasi dan makan puas2 dengan sedap. antara menu nya seperti Ikan Gurami Bakar, ayam penyet dan lain2 lagi. Kos kami makan berhidang untuk 9 orang termasuk supir dan guide adalah sekitar 360ribu. Memang kenyang. Seterusnya kami menuju ke Malang


Malang
Rancangan asalnya hendak memetik epal di Malang, tetapi memandangkan keterbatasan waktu maka kami tak bisa sampai sebelum ladang epal tersebut ditutup. kami sampai Malamg sekitar jam 8.00malam. Jadi seterusnya kami singgah di Kota BATU. Di Kota Batu ini kami masuk ke BATU NIGHT SPECTACULER, Tempat ini serupa macam Funfair dan semacam Genting Outdoor Theme Park. Bayaran cuma 10ribu sekali masuk. Didalamnya ada perbagai permainan yang juga ada cas setiap satu sekitar 3-10ribu. Bagi menghabiskan masa malam itu kami ramai2 masuk menonton movie 4D dengan bayaran 3ribu seorang. setelah itu kami bersiar2 didalamnya membeli tshirt. Kami cuba menghabiskan masa sehingga jam 10.00malam supaya kami dapat sampi ke Candi Borobudur sekitar jam 7.00pagi. Malam itu kami bergerak ke Jogja jam 10.00malam dari Kota Batu dan sampai sekitar jam 7.00pagi, sampai sahaja di kawasan Candi Borobudur kami dilitupi kabus tebal seperti memasuki alam lain..:)


Hari Ketiga : 6 Feb 2013
Candi Borobudur
Setibanya di kawasan paking ternyata kami adalah antara orang yang terawal sampi :D. Lepak kejap dan kami sarapan di warung. Seterusnya kami membeli tiket masuk yang berharga 20USD bersamaan 195ribu rupiah. Bagi tiket masuk warga tempatan cuma 30ribu sahaja. Setelah beli tiket kami dipakaikan dengan kain sarung dan juga diberi percuma air mineral dan juga minum kopi.


Adalah tidak digalakkan membeli tiket local jika anda warga asing kerana jika ditangkap anda mungkin akan didenda sebanyak 2juta rupiah. Setelah melepasi pintu masuk dan pengawal kami terpesona dengan keagungan kesenian senibina candi Borobudur yang sangat halus dan menarik. Memang terbukti orang indonesia sangat berseni. Setelah menaiki candi dan bergambar dan pusing2 sekitar candi kami mula bergerak keluar, ternyata timing kami untuk masuk seawal pagi berbaloi kerana sebaik sahaja kami keluar kami dapati bertambah ramai pengunjung tenmpatan dan asing sedang membeli tiket masuk. yang membuatkan pengunjung nampak sangat ramai apabila terdapat kunjungan dari rombongan pelajar sekolah.


antara yang menariknya disini apabila matahari dah sampai atas kepala memang terasa panas dan berpeluh.. jadi keluar sebelum jam 12 tengahari. Selain itu dalam perjalanan menuju ke van kami melalui kawasan gerai yang menawarkan tshirt dan seluar. Nah disini lah baru kita beli tshirt untuk kegunaan, jangan beli lebih dari sehelai dan jangan beli lebih sebagai souvenir, ingat kita baru di hari ketiga dan kita adalah backpacker. shoping di hari terakhir sahaja. Saya di tawarkan dengan harga 100ribu untuk 7 helai tshirt. murah tu sehelai jatuh 14ribu sahaja bersamaan dengan RM4.2. Biasanya kami akan beli satu Tshirt hari ini untuk pakai esoknya begitulah seterusnya.


Cadangnya kami ingin ke Semarang dan ke Jepara untuk ke Pulau Karimun Jawa, tetapi disebabkan Ombak Besar, perkhidmatan boat hanya ada sekali sahaja pada pagi itu pada jam 9.00am, jadi memang tidak sempat. jadi kami meneruskan plan B iaitu langsung ke Bandung. Kami pergi ke kota jogja untuk membeli tiket Kereta Api di stasiun Yogyakarta, yeahh Tiket dah beli baru kami senang hati pergi makan tengahari di restoran nasi Padang murah yang khas untuk harga pelajar. Nama kedai makan tersebut adalah "Rumah Makan Padang Murah Harga Pelajar". Ternyata memang murah seorang purata hanya sekitar 10ribu rupiah sahaja untuk nasi satu lauk, sayur dan minuman.


Museum SITI HINGGIL PAGELARAN KARATON Ngayogyakarta
Muzium ini adalah muzium Raja Keraton. Tiket masuk cuma 7ribu seorang dan permit camera 1ribu. Kawasan ruang musium ini cuma kecil sahaja yang dibuka untuk umum, sebaliknya dibahagian belakang musium ini bersambung adalah kawasan istana Raja Karaton. Tak banyak yang dapat di lihat di musium ini antaranya Patung dengan pakaian tradisonal, Gambar kereta kuda raja dan juga Potret Raja2 Karaton antaranya yang terhebat adalah salah seorang raja Karaton yang menaiki tahta 1921-1939 yang mempunyai 41 Orang Anak.


Setelah puas melawat musium Karaton kami melawat pula perusahahan batik yang terdapat bersebelahan museum Karaton. Ternyata orang-orang Karaton mempunyai kesenian batik yang halus dan tinggi. Batik-Batik yang dihasilkan adalah buatan tangan yang halus juga harganya ternyata juga mahal. Oleh sebab kami ini cuma backpacker..maka tiada la yang membeli. Tetapi kami berkesempatan mendapat penerangan percuma dari pembuat batik itu tentang kerajaan Karaton.


Taman Sari (Pulau Cemeti Taman Sari)
Taman sari merupakan dahulunya sebuah taman yang sangat indah dan besar. Binaan Purba ini masih kukuh dan masih tejaga dengan rapi. Taman ini juga dikenali sebagai Istana Bawah Air, menurut kepercayaan penduduk tempatan ia merupakan tempat pertemuan Sultan dengan Ratu Pantai Selatan Nyi Roro Kidul. Namun ketibaan kami sedikit lewat dan kami tidak dapat masuk kedalamnya, hanya dibenarkan melawat sekitar taman dan juga terowong yang menghubungkan Taman Sari. Kami juga Sempat melawat Masjid Terowong, Uniknya masjid ini dia direka supaya Imam tidak perlu menggunakan pembesar suara. Kerana suara imam akan menghasilkan gema sehingga semua lorong kedengaran. Memang unik ciptaan masjid ini. Di Taman Sari ini juga terdapat terowong yang boleh menuju sehingga ke laut, Namun terowong ini sudah tertimbus. Di Taman Sari, Menurut Guide kami dahulunya Raja akan berdiri di sebuah jendela dan mencampakkan bunga, barang siapa diantara dayang2 tersebut yang mendapat bunga itu dibenarkan memandikan Raja.


Kota Jogja
Sementara menunggu keretapi ke Bandung 9.24malam, kami menghabiskan masa untuk window shoping di Kota Jogja. Kami window shoping di kedai Outdoor dan juga membeli tshirt untuk di pakai esoknya. Murah jugak Tshirt dan seluar Pendek bertulis Jogja sekitar 10ribu rupiah sahaja. Memang happening dan padat sekali pemandangan kota Jogja dengan penjaja dan juga orang ramai yang membeli belah. Kami sempat terhibur dengan persembahan Band Jalanan yang menngunakan Angklung untuk memainkan muzik moden dengan enak sekali. Memang berbakat mereka. bak kata teman Indonesia saya untuk hidup di Indonesia kita perlu Kreatif untuk mencari peluang". Memang mereka kreatif. Pusing-pusing di kota Jogja anda boleh menggunakan beca dan juga kereta kuda. Harga sekitar 10-20ribu, kena la pandai tawar.


Nasi Gudeg - Makan Malam
Selesai window shoping dan beli tshirt dan seluar pendek, kami makan malam Nasi Gudeg, Kebetulan petang itu hujan turun dengan lebat dan jalan raya kota jogja dinaiki air, Jarak penglihatan juga terhad, Pak supir kami mengalami sedikit kesukaran untuk mencari Restoran Nasi Gudeg Bu Sri. Tiga kali pusing dalam hujan lebat dan banjir barulah kami jumpa restoran tersebut.


Mandi
Disini restoran ini terdapat Tandas dan tempat mandi dan juga tempat solat jadi Kami makan malam dan mandi di sini. Bilik air restoran ini agak selesa.


Selesai makan kami berangkat ke Stasiun Keretapi Jogja. Disini kami berpisah dengan supir dan juga Guide kami iaitu saudara Bambang Pamungkas, Beliau juga akan pulang ke Surabaya malam itu juga kerana esok paginya beliau perlu menjadi guide kepada seorang pelancong German yang bernama Lucy untuk ke Pulau Bali.


Train
Kami menaiki kereta api malam bernama LODAYA Malam ke Bandung dengan seat EKSekutif yang berharga 160ribu. Masa perjalanan selama 9 jam. Semasa membeli tiket dan juga cek masuk bagi warga asing perlu menunjukkan pasport, manakala warga tempatan perlu menunjukkan ID. Di Gerabak Eksekutif kami mendapat layanan istimewa, dimana selimut dan bantal dibekalkan, manakala petugas keretapi akan datang menawarkan makanan dan minuman untuk dibeli dan juga boleh di pesan dari tempat duduk sama seperti dalam flight murah Air Asia. Yang lagi bestnya setiap kerusi dibekalkan dengan soket untuk charge handpone memang bagusla. memandangkan kami bawa extension wayer maka dapat la kami charge semua bateri handpone, power bank, camera. Digerabak ini juga ada disediakan pegawai Sekuriti yang menjaga keamanan dan keselamatan penumpang. Penumpang di lain class tidak dibenarkan merentasi gerabak class yang berbeza.


Hari Keempat : 7 Feb 2013
Bandung
Setibanya di Stasiun Bandung sekitar jam 5.20am. Ketibaan kami telah pun di tunggu oleh supir. Sepatutnya kami sampai Bandung pada 8Feb 2013, tetapi disebabkan plan ke Pulau Karimun Jawa tidak jadi jadi kami sampai awal sehari, Nasib baik supir kami masih boleh mengubah jadual beliau. Sepatutnya Pak Edi Cahyaperma yang menjemput kami, tetapi disebabkan ada kesulitan beliau menggantikan adiknya yang bernama Andang.


Solat Subuh
Andang membawa kami ke Masjid Utama di Bandung untuk solat subuh dan membersihkan diri, gosok gigi dan sebagainya. Kami tak mandi disini :D terus g sarapan.


Sarapan
Diawal pagi belum ada restoran yang buka, jadi Andang membawa kami ke gerai tepi jalan yang bersih. Kami makan ketupat nasi (ketupat nasi yang dicampur dengan gulai nangka masak lemak + keropok), Pulut dan pisang goreng dan Mee Ayam. Memang sedap dan selera la.. kalau backpacker rasa tu no dua..kenyang itu no 1 :D.


Tangkuban Parahu
Setelah selesai sarapan kami berangkat ke Tangkupan Perahu. Perjalanan mengambil masa sekitar 1jam 30 minit. Kami sampai di Tangkupan Perahu jerupakan antara orang yang terawal. Sampai sahaja kami ke kantor informasi untuk mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan Tangkupan Perahu. Kami di dampingi 4 orang orang tempatan yang merupakan guide berlesen disitu. Mereka mengikuti kami sampai habis dan menjadi jurufoto walaupun tidak diminta. Sukar untuk menolak mereka kerana kita adalah pelancong. Kami berjalan dan bergambar sekitar tepian kawah melewati gerai2. Lami berjalan sampai ke hujung. Memang menakjubkan pemandangan kawah ini. jika anda tidak tahan dengan bau bererang, mungkin anda akan terasa sedikit pening. Tangkupan Perahu ini akan ditutup jika aktiviti gunung berapinya aktif dan membahayakan pengunjung, biasanya sekiranya terdapat letusan gas yang banyak. Kawah yang besar adalah Kawah Ratu. Terdapat beberapa kawah di sini.


Kawah Upas
Kawah Upas telah ditutup kepada umum, kerana aktivitinya yang masih aktif mengeluarkan gas beracun. Disebabkan kami ditemani guide maka kami dibenarkan masuk oleh pegawai pos yang menjaga Post Kawah Upas. Kami hanya dibenarkan masuk sampai kekawasan view point sahaja. tidak dibenarkan sampai ke dasar kawah.


Air Keramat dan Gua Keramat
Seterusnya selepas Kawah Upas akan ada simpang ke Air Keramat dan Gua. Menurut kepercayaan orang tempatan Air Keramat ini bisa menyembuhkan penyakit dan juga dapat menjadikan wajah kita awet muda. Airnya boleh diminum, dibasuh muka dan juga dimandi. Tiada penjaga disini, kebiasaannya pengunjung akan menderma sebanyak 1-2ribu ke dalam tabung yang disediakan. Disebelah Air Keramat ini ada gua. Menurut guide gua ini dijadikan tempat untuk orang tertentu untuk mengaji didalamnya. Gua ini sangat gelap dan tidak panjang, rasanya sekitar 100 meter sahaja panjang dan ditengahnya ada satu bilik atau ruang yang dijadikan tempat untuk mengaji mungkin juga untuk bertapa.


seterusnya kami pulang ke pakir kereta, namun dalam perjalanan sebelum sampai ke gerai, kami di paksa beli cenderamata dari guide yang mengikuti kami sehingga ke air keramat. Menurut mereka, mereka hanya mendapat komisyen dari penjualan cenderamata tersebut. cenderamata tersebut seperti frige magnet, tasbih batu, gelang batu, key chain dan juga rantai batu. Harga barang tersebut memang mahal dan tidak setimpal, tetapi kami tidak melihat kepada barang tersebut, kami mengambil kira masa dan juga bantuan yang mereka berikan seperti penerangan, jadi jurufoto sepanjang perjalanan, jadi kami bayar atas sebab perkhidmatan mereka. Jika anda tidak mahu beli tetapi hendak bagi duit, mereka tidak akan terima. Bayangkan satu rantai tasbih batu tu berharga 100ribu, jika anda hendak derma duit sahaja 50ribu sebagai upah, mereka tidak terima.


Jadi jika anda rasa rimas anggap sahaja yang anda beli itu sebagai bayaran upah mereka. jadi hati tidak pusing dan happy. Janganla kita terlalu berkira sebabnya keadaan mereka susah dan ada diantara mereka hanya bergantung pada komisyen dari penjualan tersebut. Setelah setiap guide tu dapat menjual barang cenderamata pada kawan2 saya, mereka tidak lagi mengikut kami. Oleh kerana saya pernah kesini Mereka tidak menjual kepada saya sebab mereka masih kenal saya, jadi saya terselamat hahahah :D


Kami singgah minum pagi di salah satu gerai di tepi Kawah Ratu. Memang menarik view disini, kami makan pisang goreng yang rasanya enak dan manis, tempe goreng, tauhu, ubi goreng dan cucur sayur. Minum teh dan kopi panas sambil layan view.


Kawah Domas
Untuk pergi ke Kawah Domas anda boleh pergi tanpa Guide dan juga dengan guide. Jika anda bertanya di Kantor Informasi , bayaran guide yang dikenakan adalah sekitar 350ribu - 400ribu ada ikut jam dan ada sehingga habis. Pada mulanya kami ada bertanya di kaunter informasi dan di beri tawaran 300ribu satu group untuk satu jam. Bila nego kami dapat 350ribu sampai puas. Tapi masa kami nak trekking masuk ke Kawah Domas, ada sorang guide yang menawarkan 300ribu untuk satu jam, Bila di tanya berapa masa diambil beliau cakap sekejap sahaja iaitu sekitar 10minit berjalan. Jadi kami tertipu ingatkan boleh habiskan dalam masa 1 jam. rupanya 2jam 30 minit. Jalan masuk ke kawah pun sudah ambil masa lebih 30 minit, belum campur mandi lumpur lagi. Akhirnya nak jimat 50ribu kami terkena 450ribu :D hahaha gelak jer kami masatu tu sebab tak terima tawaran dari kantor informasi. Jadi nasihat saya adalah lebih baik anda ambil guide di kantor informasi. cuba nego untuk dapat 300ribu atau kurang untuk ke kawah DOMAS hingga selesai cuba jangan ambil perjam.


Jika anda tidak mau ambil guide, anda juga boleh bejalan terus masuk di trek ke kawah Domas, sebabnya masa kami melalui trek tersebut, tiada pun orang yang menjaga. dan kami ada juga terlihat beberapa group yang masuk tanpa guide. Bezanya dengan guide dan tanpa guide ini adalah perkhidmatan mereka. guide yang kami ambil ini akan memberi perkhidmatan seperti penerangan sepanjang perjalanan, Akan jadi jurufoto, dan juga akan masage kan lumpur gunung berapi pada tangan, kaki dan muka kita, jadi tak rugi pun biaya guide ni. cuma nasihat saya ambil di kantor informasi untuk elakkan dari harga mahal.


Untuk makluman juga, guide yang telah mengikut dan menjual cenderamata semasa kami ke Air Keramat tidak lagi dibenarkan menjadi guide untuk ke Kawah Domas. itu peraturan Penguasa taman wisata tu. Dan Setiap Guide ada Taq nama dan Lesen, jadi jika anda rasa tertipu anda boleh report pada kantor informasi. Sebenarnya mereka tak berani tipu cuma mungkin mereka up harga sedikit.


Di Kawah Domas anda akan dapat menjejaki sampai ke dasar dimana anda akan dapat lihat wap air dan juga lumpur gunung berapi, terdapat beberapa kolam yang terhasil dari air panas "Hot Spring". Disini jika anda seorang perokok anda boleh tiupkan asap rokok ke wap air tersebut dan akan menghasilkan tindak balas seperti asap yang berkepul2. anda patut cuba. Terdapat satu kolam yang airnya paling panas sehingga mampu merebus telur ayam. anda juga boleh buat buat sauna di muka anda dengan mengenakan muka anda pada wap yang keluar di celah2 batu tersebut. Anda boleh merendam kaki anda di dalam kolam yang airnya tidak berapa panas sambil menyental daki - daki di kaki anda dengan lumpur.


selain itu anda boleh melumur lumpur di muka tangan dan kaki untuk buat masker dan juga untuk melicinkan kulit. memang seronok dan enjoy ajer. kami semua tidak melepaskan peluang mandi lumpur. Setelah lumpur yang dilumur itu kering barulah dicuci. Lumpur yang telah ditapis dan halus ada dijual dengan harga 100ribu untuk botol mineral ber volume 250ml. jadi pandai2 la anda menawar. Saya sebagai ketua rombongan boleh dapat free 1 botol, jika semua beli sorang satu botol :D. Pasir lumpur ini boleh di bawa balik ke Malaysia dengan bagasi.


Kampung Daun : Makan Tengahari
Kami makan tengahari di Restoran Kampung Daun. Kampung Daun ini memang terkenal. Kerana suasana restoran yang menarik seperti berada dalam taman dan hutan, terdapat sungai dan lanskap yang cantik. Setiap ruang makan di buat seperti pondok -pondok yang indah. Untuk memanggil pelayan cukup sekadar mengetuk tabung buluh yang disediakan, seperti cara tradisional. Memang Best. Makanan juga sedap2 dan banyak menu... Hahahha harga pun sedap jugak la kan :D. Jadi kat sini kami makan dan dibayar dengan "Duit kompeni" Total 650ribu untuk 7 orang makan.. ini menu buget :D.


Shoping Cuci Mata
Setelah puas makan di Kampung Daun kami pulang melewati satu kampung yang mengusahakan tanaman bunga, memang cantik, lupa dah nama kampung tu, kalau ada yang minat pokok2 bunga boleh la singgah. Kami terus pulang ke kota Bandung dan melawat butik- butik fesyen pakaian. Antara butik yang kami lawati untuk edisi cuci mata adalah Butik Rumah Mode, Fashion World, FOS (Factory Outlet Secret) dan beberapa gedung lain. Lawatan ini bagi peserta yang akan datang sendiri shoping ke Bandung nanti. Jadi untuk trip Backpacking ini mereka tertakluk kepada syarat dan peraturan backpacking...."Tak boleh Shoping sehingga hari last" hahaha nampak muka tertekan dan frust kat peserta wanita yang dah kemaruk nak shoping hahaha...


Minum
Setelah penat window shoping kami singgah minum di cafe Kopi Progo. Minum disini sambil menggunakan wifi dan berbincang semula tentative program. Mulanya kami duduk di bilik VIP disebabkan semua meja biasa penuh.. minimum 200ribu berbelanja baru boleh duduk bilik VIP yang privasi ni, siap dengan sofa, TV dan Playstation, DVD. padahal kami baru berbelanja tak sampai 100ribu minum kopi :D. Sejam duduk dah kena halau keluar sebab dah ada kosong...hahhaha.. kira sempat la jugak merasa bilik VIP :D.


Mandi
Selepas minum kami singgah mandi di sebuah stesen minyak. ada yang mandi ada yang tak mandi :D.


Sekitar jam 12 tengah malam kami mula bergerak ke Jakarta, waktu ini supir untuk ke Jakarta bertukar kepada Bang Edi Cahyaperma. Seronok kami dapat jumpa beliau, orangnya manis , peramah, lemah lembut dan tak lekang dek senyuman. Saya sudah kenal Bang Edi ini sudah lama cuma baru pertama kali jumpa. Beliau belikan makanan dan air untuk buat bekal dalam perjalanan kami, tak sangka kami sebab tiada lagi supir yang baik hati macm itu. Salah seorang teman teringin Pisang Molen dan Brownies.. Sempat lagi beliau carikan. Masuk sahaja ke highway semua pakat2 tido. kesian selama 4 hari belum jumpa katil lagi teman2 saya, semua tido dalam mobil dan kereta api. hahaha :D cobaan.


Hari ke 5 : 8 Feb 2013
Kami sampai di Jakarta sekitar jam 3 pagi. Hasil informasi teman saya yang bekerja di Jakarta beliau menasihatkan saya mencari penginapan di Jalan Jaksa. Jalan Jaksa ini pusat backpacker dan berdekatan dengan kemudahan seperti Stasiun Keretapi Gambir. Sampai jam 3 pagi dikala teman2 yang lain sedang nyenyak tido dalam Van, saya dan Bang Edi keluar mencari Hotel... ternyata memang susah hampir semua hotel buget yang harganya dibawah 100ribu semuanya telah penuh. haha cuak kejap :D. Cari dan cari lagi yang ada pun bilik yang berharga 250ribu semalam. Tanpa pusus asa saya dan Bang Edi cari lagi dan akhirnya jumpa juga, walaupun buget kami hanya untuk hotel bawah 100ribu, tetapi dah tiada bilik maka kami terima juga bilik yang berharga 150ribu semalam. hotel tersebut adalah Hotel Bintang Kejora. Hotel ini dekat dengan Circle K dan sepanjang jalan Jaksa ini ada gerai makan dan juga Pub. Memang happening dan sampai kepagi masih ada orang. Kelihatan Mat saleh sedang minum dan mabuk :D. Setelah berjaya mendapat hotel saya ingin terus bayar tetapi karyawan hotel tersebut tidak benarkan dia suruh datang paginya sekitar jam 8.00am baru dibenarkan booking. Jadi kami booking nama sahaja.


Setelah berjaya mendapatkan hotel kami meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Gambir untuk membeli Tiket Keretapi ke Surabaya. Sampai di Stesen masih awal iaitu sekitar jam 4 pagi. Kami tido lagi dalam Van yang di pakir dihadapan surau stesen Gambir sehingga menjelang waktu subuh. Setelah solat subuh Saya dan teman saya Nasrul mula beratur untuk mendapatkan tiket. Rupanya yang beratur itu untuk beli tiket hari yang sama :D. So kami diminta beli dari agen tiket yang terdapat kontornya di dalam stesen itu juga. Kami beli tiket keretapi dari Gambir ke Gubeng Surabaya dangan harga 395ribu seorang. Kami memilih Station Gubeng kerana telah dinasihatkan oleh Bambang kerana disitu mudah dapat hotel backpacker dan juga mudah ke mall.


Mandi
Kami mandi di toilet umum di stesen Gambir dengan bayaran 3ribu sahaja. Nak mandi di tandas surau tak sampai hati kerana ramai orang nak guna kuatir orang marah sbab lama menungu.


Bogor : Taman Safari
Setelah selesai mandi kami bertolak ke Bogor untuk melawat Wisata Alam iaitu Taman Safari yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari jakarta. Taman safari Bogor ini sangat unik dan berbeza sekali dari Malaysia. Kami singgah sarapan pagi di warung makan di pekan Bogor. Baru saya ingat teman2 saya di Kuala lumpur juga ada diantara mereka adalah keturunan Bogor. Makan di warung memang jimat nasi dengan lauk dan air teh sekitar 10-13ribu sahaja. Setelah kenyang makan kami menyambung perjalanan ke Taman Safari dan dalam perjalanan anda akan kelihatan banyak gerai yang menjual lobak. tertanya juga saya kenapa banyak yang jual lobak, rupanya lobak itu buat makanan haiwan ketika melawat taman safari. Kami berjaya beli tiket dengan harga tempatan kerana pegawai tiket itu tidak bertanya banyak " dia tanya berapa orang" dan kami jawab "lapan" (termasuk supir) terus dia minta bayaran dan saya bayar sahaja. Di dalam sudah tiada pemeriksaan, jadi tak kantoi la. Tapi kalau dia tanya masa beli tiket tu dari mana ..hahaha susah la mau tipu.. nasib2 la :D.


Uniknya Taman Safari ini adalah kita melawat haiwan menggunakan kereta dan haiwan tersebut dibiar bebas di taman. Jadi kita cuma buka tingkap kereta untuk memberi makan. Bila memasuki taman harimau dan singa jika ada yang tak sayang nyawa boleh la buka tingkap dan tepuk kepala harimau tu :D . Taman Safari ini sangat besar. Setelah habis pusing melawat haiwan liar yang ternyata bebas kami singgah di pusat safari ini. di pusat ini kami dapat melihat pertunjukkan ikan dolphin, pertunjukkan harimau, pertunjukkan gajah, pertunjukkan burung pemangsa. Pertunjukkan burung pemangsa ini agak unik dimana burung ini memang jinak dan dibiarkan bebas terbang tanpa sangkar dan juga ikatan. apa bila tiba waktu makan iaiitu waktu pertunjukkan kita akan dapat lihat burung ini terbang dari dalam hutan kearah padang pertunjukkan burung, selesai Antara burung yang datang dalam pertunjukkan itu adalah burung helang, burung hantu, dan burung enggang.


Yang paling menariknya adalah Cowboy Town. Disini jika sesiapa pernah masuk Universal Studio Water World pasti akan paham keadaan di show ini. Ada lakonan tembak menembak dengan efek yang menarik, ada aksi tunggang kuda, haiwan seperti tikus, kucing, itik, kambing dan juga lembu. kisah nya seperti konflik antara sherif, penjahat dan juga red indian. Efek letupan dan tembakkan juga nampak real. Hati hati yang duduk bertentangan dengan air, hahaha :D sebabnya ada ketika efek air memancut mengenai penonton. Selain itu ada kerusi penonton yang tiba-tiba dijatuhkan sedikit supaya terkejut terutama pada efek letupan.... hahaha saya terkena efek air tu..melompat saya nak elakkan dari basah :D.


Seterusnya kami masuk ke Baby ZOO kat sini ada burung yang diletak dalam sangkar besar, kanggaru, dan juga dapat lihat burung cenderawasih yang jarang kita lihat. Orang Hutan dan Harimau yang hanya di rantai.. kalau berani pergi dekat sure kena baham..boleh bergambar jika ada penjaga harimau. jika tak KO la. Selain itu kami juga melihat pertunjukkan Wheel of Death, dimana aksi penunggang moto dalam sangkar bulat. memang bahaya dan boleh membawa maut. tapi anak2 muda tu memang cekap, semuanya timing denagan baik dan lancar.


Selain itu Taman safari ini juga ada Night Safari yang dibuka hanya pada hujung minggu sahaja.


Kampung Arab
Perkampungan arab terletak tidak jauh dengan kawasan Taman Safari. menurut Bang Edi, di perkampungan ini ramai warga arab yang menginap. disini terdapat aktiviti kawen kontrak warga arab ini. mereka akan berkahwin dengan wanita tempatan selama beberapa bulan dan cerai sebelum pulang ke negara masing2.


Makan Malam : Sea Food
Setelah penat di Taman Safari kami bertolak pulang ke Jakarta untuk makan... waduh2 macet sekali perjalanan pulang ke kota jakarta, semua peserta dah terbongkang kat dalam van dek penangan jem. Kami makan malam seafood di Santika Baru Seafood Bendungan Hilir Jakarta. Warung tepi jalan yang besar ini hanya beroperasi waktu malam sahaja. Siang hari tempat ni kosong sebab dihadapan premis perniagaan. Memang ramai sekali yang makan kat sini. Makanan sedap selera jakarta dan murah. Nasi Goreng juga banyak..kenyang den.


Hotel
Alhamdulillah akhirnya barula kami dapat Cek in hotel.. Semua peserta dah happy giler sbb dapat jumpa katil. kiranya hari kelima baru jumpa katil :). Bilik yang kami ambil ni tiada aircond cuma kipas. Masuk sahaja dah terasa panas :D cepat2 buka tingkap dan buka kipas supaya bahang keluar. Jakarta memang panas macam Malaysia. Setelah siap mandi manda, saya dan teman2 di jemput teman sekuliah saya semasa belajar dahulu, Namanya Kurniwan dan beliau bekerja di Jakarta.


Night Life Jakarta
Malam itu teman saya bawa pusing sekitar Jakarta, Kami singgah di Tugu Monas melihat aktiviti santai warga kota. Tugu Monas ni besar sekali siap ada kebun haiwan didalamnya yang menempatkan rusa. Tugu Monas ni disaluti Emas yang jumlahnya seberat 70kilo. Setelah itu kami melawat Kota Tua, kota tinggalan Belanda. Dahulunya Kota Tua ini adalah pusat pemerintahan belanda. Disini kelihatan ramai pengunjung lepak santai sambil makan dan berbual, selain itu terdapat juga kedai2 seperti down town yang menjual pelbagai barang.


Hari Keenam : 9 Feb 2013


Sarapan
Pagi setelah sarapan di restoran Nasi Padang yang berdekatan dengan Hotel Bintang Kejora, kami pusing2 kawasan tersebut melihat2, tiada apa yang menarik di siang hari kawasan ini kerana di siang hari banyak pub dan gerai makan malam tutup. Kelihatan juga ramai backpacker mat saleh mundar mundir di kawasan ini.


Setelah Cek Out, kami menyimpan beg di stesen keretapi dengan biaya sejam 3ribu. seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tanah Abang merentasi Tugu Monas, di Tugu Monas kami dapati ramai pengunjung yang datang. Termasuklah pengunjung yang beratur panjang untuk menaiki menara Monas. Kami berjalan kaki menuju ke Tanah Abang sehinggakan salah seorang peserta terkoyak seluarnya dan terpaksa beli yang baru.. hahaha..


Tanah Abang
Tanah Abang merupakan kawasan yang terkenal dengan pusat membeli belah. Agak keliru jugak kami kerana lokasi mall yang kami hendak pergi adalah antara mall yang besar di Tanah Abang. setelah berjalan akhirnya kami jumpa juga Mall Tanah Abang. Mall ini sangat besar meliputi 2 blok, A dan B yang terdiri dari 18 tingkat. Di Tanah Abag Mall ini jika anda pernah ke Pasar Baru Bandung maka keadaannya hampir sama. cuma menurut orang tempatan jika anda membeli borong di Pasar Abang Mall ini anda akan dapat lebih murah berbanding dari Pasar Baru bandung. Mall borong ini merupakan mall yang terbesar di Asia Tenggara.


Setelah Pusing2 Window Shoping di Tanah Abang kami bergegas pulang ke stesen keretapi untuk perjalanan berikutnya ke Surabaya. Kami sempat singgah di Monas untuk membeli tshirt sedondon untuk di pakai di Surabaya. Setelah mengambil beg dan membeli minuman di Mart kami terus masuk Cek in Train jam 5.oopm.


Train
Train petang BIMA dengan seat Eksekutif memang selesa dengan harganya 395ribu. Tandas gerabak juga selesa. Kami mandi di dalam tandas gerabak. Kami juga makan malam di Kamar Makan ( Kantin) Harga nasi goreng sekitar 20-25ribu. Setelah makan semua meneruskan aktiviti tido selama 12 jam perjalanan ke Gubeng Surabaya...haha tido lagi dalam Train...nasib la.


Hari Ke Tujuh : 10 Feb 2013
Gubeng Surabaya
Sampai sahaja di Gubeng kami singgah di masjid dihadapan Station. Bersihkan diri sikit2, ada yang mandi dan ada yang tidak. Seterusnya kami meneruskan perjalanan mencari Hotel Backpacker. Hotel pertama yang kami jumpa hotel Gubeng telah penuh. kami jalan lagi sampai ke Jalan Kayun dan jumpa Hotel Sparkling Backpacker. Nasib baik, hotel ini masih ada kekosongan. Harga bilik 150ribu ada aircond dan wifi cuma bilik air share di luar. Ada juga yang ada bilik mandi di dalam bilik tetapi tiada tandas. hotel ini selesa dan dibekalkan dengan sarapan pagi berupa nasi goreng dan roti serta minum kopi dan teh. Hotel ini sesuai untuk backpacker. Dan kurang sesuai jika anda hendak berbulan madu :D.


Jalan Kayun ini berdekatan dengan Monumen Kapal Selam dan tak jauh dengan Plaza Surabaya ( Shoping Mall). Memandangkan kami sampai awal, kami tidak dapat cek in hotel lagi. jadi kaki dibenarkan mandi dan menggunakan tandas. setelah membersihkan diri kami mula keluar ke Plaza Surabaya makan dan window Shoping.


Plaza Surabaya
Plaza Surabaya ini agak besar. kami sampai sebelum jam 10.00am, tengok ramai pengunjung dah tunggu depan pintu untuk masuk. Kami makan di food Court di lantai 5. semasa makan kami buat audit akaun "duit Kompeni" didapati kami masih ada baki 200ribu lebih setiap orang, ini bermakna kami ada total 1juta800ribu lagi. Banyak ni.. masa ni dah ada yang nampak nak shoping siap undi supaya dikembalikan untuk shoping. 6 lawan 1 akhirnya semua akur supaya wang tersebut digunakan untuk travel lagi ke wisata lain esoknya.


Kedai Outdoor Eiger
Setelah makan dan pusing2 dalam Plaza Surabaya tetiba terjumpa kedai Outdoor Eiger terus semua kena sawan sekejap. apa lagi semua asyik dengan membelek peralatan outdoor. Setelah diskusi semula hahaha akhirnya "Duit Kompeni " setuju digunakan untuk membeli seorang sehelai Tshirt Backpacker Eiger yang berharga 95ribu sehelai sebagai kenangan. cari punya cari saiz tak cukup, setelah tanya petugas Eiger dia cakap ada lagi satu store Eiger yang terletak tak jauh dari situ iaitu di jalan Manyar. Disini Store Eiger bersebelahan dengan Store Rei Adventure. Kat sini kami mula berbelanja membeli barangan Eiger. dan juga membeli Tshirt Backpacker Eiger. Saiz masih tak cukup cuma dapat beli 3 helai dan minta Eiger Plaza surabaya untuk simpan lagi 4 helai :D. akhirnya kami lagi sekali patah balik ke Plaza Surabaya untuk mengambil Tshirt tersebut.


Makan Malam
Makan Malam di Plaza Surabaya. Setelah makan malam cadangnya nak tengok wayang last2 balik hotel dan berehat. malam itu kami tidak kemana2 hanya rehat di bilik masing2 main FB menggunakan wifi hotel.


Hari ke Lapan (Terakhir) : 11 Feb 2013


Pantai Kenjeran
Setelah bersarapan yang disediakan oleh pihak hotel, kami menaiki angkutan kota untuk menuju ke Pantai Kenjeran. Semasa tiba dilokasi hujan turun renyai2, kos angkutan kota 60ribu sehala. Di pantai Kenjeran ini anda akan dapati jeti dan pondok di cat dengan warna yang menarik seperti merah biru kuning, Tiket masuk 5ribu seorang. Dipantai Kenjeran ini sangat sesuai pergi pada waktu petang kerana petang baru happening dengan banyak gerai makan dibuka. Ia juga sesuai pada peminat fotografi juka menunggu saat matahari terbit. Di pantaj Kenjeran ini anda akan dapat melihat Pulau Madura dan Jambatan yang menghubungkan Pulau Madura.


Water Park
Semasa perjalanan pulang ke bandar, kami singgah di Water Park, saja singgah bergambar tidak masuk pun. waterpark ini besar dan nampak menarik. Mungkin anda patut pergi jika ada kelapangan.


Setelah pulang ke bandar kami lagi sekali pergi mencari lagi sebuah Store Eiger yang terletak di Plaza Tunjungan. Disini teman saya Kaidir ingin mencari barang yang tiada saiz di Plaza surabaya dan Jalan Manyar tetapi hampa juga tidak ada. Setelah itu kami bergegas pulang menaiki angkutan Kota dan terkena, kerana supir anggkutan kota salah paham dia ingat Hotel Surabaya. Jadi kami lagi sekali terpaksa menaiki angkutan kota yang baru dan sampai di Hotel jam 12.30 tengahari.. Petugas hotel dah sound " Sudah tiba masanya ya Cek Out". Kami mandi dan Cek Out. untuk ke airport kami ambil charted Van Kijang dari hotel tersebut, beliau boleh memanggil Transport untuk kita.


Way To Airport Juanda
Perjalanan ke airport jika salah timing boleh jem. jadi sentaisalah keluar awal. Pesawat kami ke Kuala Lumpur jam 5.45pm. Setibanya di airport sekitar 2.00pm. Nak jadikan cerita salah seorang teman tercicir handpone Samsung S3 didalam kereta tersebut. Nasib Baik saya ada meminta Kad Nama dari Supir tersebut sebelum berpisah. Saya call dan minta beliau cari dalam kereta beliau, setelah puas cari akhirnya beliau jumpa handphone tersebut yang tersepit di celah seat. sungguh baik hati beliau sanggup berpatah balik untuk memulangkan kan telefon tersebut. nama supir itu adalah Pak Cik Soekri.


Sekitar jam 3.30pm kami bertemu Bambang yang baru pulang dari Bali. Lepak makan dan minum dengan beliau sambil berkongsi pengalaman dan trip backpacker berikutnya. Bambang sangat membantu dalam memberi informasi kepada kami. Sekitar jam 4.00pm kami mula cek in. Pesawat berlepas pulang jam 5.45pm.


kami tiba di ruang udara sepang sekitar jam 8.30pm namun flight tidak dibenarkan mendarat kerana terpaksa menunggu giliran. Flight akhirnya mendarat jam 10.00pm. kami semua selamat pulang.


Sekian Laporan Edisi Text dari saya.

Senarai Peserta:

1) Abd Hamydy
2) Syaiful Adha
3) Nazrul Hisham
4) Yom Nurul Akmar
5) Mohd Khaidir
6) Nurul Azlina
7) Esah Nini Tajuddin
8) Lukman Hakim - Batal

Tentative


4/2/13 – Isnin
Surabaya
Flight KL-Surabaya (tiba jam 1030 pm)
Terus ke Bromo

5/2/13 – Selasa
Surabaya
Bromo
Air Terjun Mandakaripura
Malang – Kampung Batu
Berangkat ke Jogja (Borobudur)

6/2/13 – Rabu
Jogja
Borobudur
Bandar Jogja
Train ke Bandung

7/2/13 – Khamis
Bandung
Tangkuban Parahu
Kampung Daun
Butik - Rumah Mode, Fashion World, FOS
Cafe Kopi Probo
Van ke Jakarta

8/2/13 – Jumaat
Jakarta
Bogor - Taman Safari
Makan Seafood
Cek in Hotel

9/2/13 - Sabtu
Jakarta
Pusing2 Jakarta
Train ke Surabaya

10/2/13 – Ahad
Surabaya
Cek in Hotel
Shoping

11/2/13 - Isnin
Surabaya
Pantai Kenjeran
Shoping
Pulang ke KL

Kos Setiap Orang
Ground = 2 juta Rupiah ada baki Seratus Ribu
Personal = 1 juta