Friday, October 4, 2013

Jeju Island ~ Korea 2013

Jeju air
Jeju Island ~ Land of Love
Trip 4h3m ke Korea Selatan kali kedua ini membawa saya ke daerah Selatan Korea Selatan iaitu Pulau Jeju.
Pulau ini asalnya adalah sebuah pulau gunung Berapi yang membentuk sebuah gunung yang diberi nama Gunung Halla (Halla Mountain/Hallasan), Hallasan dalam bahasa korea bermaksud Gunung Halla, gunung ini setinggi 1950 meter dari aras laut dan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Kenapa saya cakap jeju lan of love, sbbnya tempatnya yang cantik sesuai sangan bagi couple2 yang tengah hangat bercinta atau yg tengah berbulan madu datang sini. Banyak tempat yang menarik yang sesuai datang pada musim luruh musin bunga dan musim panas. Kalau musim sejuk salji jer nampak putih jer tak menarik pun. kalau nak main salji tapi nak panas datang sekitar mac atau april kerana yang masih ada salji di kawasan pergunungan sahaja di bandar dah tiada.

Trip ke Jeju ini memang dinantikan saya setelah mendapat tahu yang Air Asia akan buat promosi laluan pertama ke Busan. Sebelum ini ramai yang pergi ke Jeju dengan turun ke Seoul dahulu kemudian menaiki pesawat terus ke jeju, atau melalui train ke Busan kemudiannya menaiki pesawat atau ferry ke jeju. Jadi dengan promo Air asia terus ke Busan memang menjimatkan masa. Saya berjaya mendapatkan tiket promo KL- Busan dengan harga paling murah iaitu RM338 pergi balik...murah kan :D. dibeli pada 26 May 2013.

Setelah berjaya mendapat tiket maka bermulalah sedikit home work mencari info pasal Busan dan jeju. Banyak jugak blog dan juga website yang saya baca seperti Lonely Planet dan Trip Advisor. Selain itu rakan2 blogger saya yang telah pergi juga saya rujuk antaranya andrejournal (Andrita) dan juga Sham East. Info transport dari Busan ke Jeju seperti Domestik flight, Train dan ferry. Transport di Jeju saya mendapatkan info berkaitan Bus, teksi dan sewa motosikal. Kemudiannya membuat sedikit kajian tentang tentative yang bersesuaian dengan masa yang saya ada. Misi utama trip ini adalah untuk mendaki Gunung Hallasan.
jejuair jejuair
Persediaan
Setelah mendapat semua info yang diperlukan, saya membuat keputusan untuk menaiki domestik flight dari Busan ke Jeju dan menyewa motosikal untuk pusing-pusing di Jeju. Terdapat beberapa syarikat penerbangan Domestik yang boleh kita gunakan seperti Jejuair, Korean Air, Busan Air dan Jetstar. So saya berjaya dapatkan tiket yang paling murah dari Jeju Air dengan harga RM250 pergi balik tempahan online. Untuk tempahan online Jeju Air anda perlu daftar jadi ahli dahulu.Seterusnya saya membuat tempahan sewa motosikal dari Mr Lee (Lee's Bike Shop). Kedai moto ni antara kedai yang terkenal dikalangan pelancong. Untuk tempah perlu ada Lesen International. Saya hanya berurusan melalui email. Ini alamat webnya http://www.jejubike.co.kr/eng/rental/need.html, Koordinat : 33.497599, 126.519937
lee bike shop DSC_8348
Seterusnya saya mencari hostel yang murah untuk menginap. Carian dalam Booking.Com dan juga Agoda. Akhirnya saya memilih Green Guest House di Jeju city untuk menginap sepanjang 3 malam. Saya memilih guest house ini kerana hostel ini terkenal dikalangan para pendaki gunung hallasan. Hostel ini menyediakan perkhidmatan transport percuma ke kaki Gunung hallasan. Bagi kebanyakan pelancong yang tidak mendaki saya cadangkan supaya menginap di Yeha Guest House yang terletak di tengah Jeju City. So perkara asas telah saya selesaikan seperti berikut

1. Flight - KL-Busan-KL
2. Flight - Busan - Jeju - Busan
3. Hostel
4. Sewa Moto

Pakaian, Makanan dan Bahasa
Memandangkan September adalah musim permulaan musim luruh, maka cuaca di sana adalah panas. Jadi saya bawa pakaian biasa sahaja. Jaket dan Glove tidak perlu. Makanan pula saya tapau Sambal Ikan bilis, serunding dan mee segera. Memandangkan kebanyakkan orang Korea tidak boleh berbahasa English maka saya telah save perkataan tertentu dalam tulisan Korea. Antaranya Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi, Ikan, Nasi, Alamat Hostel, Nama Tempat di dalam handphone saya, selain itu gambar tertentu juga saya simpan seperti gambar babi, gambar ikan, gambar nasi, bus dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk komunikasi, bila bercakap dengan orang korea yg tidak tahu english maka saya hanya tunjukkan perkataan tersebut. Contohnya jika saya hendak masuk ke restoran yang 100% seafood untuk pastikannya saya akan tunjuk perkataan Daging Babi, Sos Babi, Minyak Babi, Kulit Babi jika semua itu tiada barulah saya masuk makan. Itupun saya oder Nasi putih sayur segar dan ikan bakar, selebihnya lauk saya gunakan ikan bilis dan serunding.

Hari Pertama
Saya menuju ke LCCT menaiki Bus Air dari KL Sentral. Seawal 3.00am saya telah menunggu bus di KL Sentral, Dapat naik bus jam 3.30 dan sampai di LCCT sekitar jam 4.30am. Cari kerusi urut tutup suiz kat belakang dan sambung tido sehingga jam 6.30am. Selepas tu jam 7 dah masuk boarding dan menunggu di gate. Flight tidak delay dan saya berlepas tepat pada jam 8.30am. Penerbangan selama 6 jam dengan pesawat Air Bus memang selesa lebih besar dari Pesawat Boieng. Kebetulan saya dipilih lagi sebagai Spy AirAsia, apa lagi semasa boring2 dalam flight saya beramah mesra dengan Flight Atendant untuk dapatkan nama dan menilai perkhidmatan mereka.
Jeju air Jeju air
Busan - Gimhae International Airport
Saya tiba di busan sekitar jam 3.00pm. sampai sahaja di airport perkara pertama saya buat adalah dapatkan peta Busan di kaunter informasi. Kemudiannya saya terus mencari kaunter JejuAir, disebabkan ia penerbangan Domestik maka kita perlu keluar dari terminal antarabangsa ke banggunan sebelah untuk terminal Domestik. Sampai sahaja di terminal domestik saya terus ke kaunter jejuair. Sepatutnya flight saya jam 7.00pm, sengaja saya beli lewat kerana taku pesawat Air Asia lewat. Sebenarnya saya hendak cek in awal, tapi masa kat kaunter petugas ingat saya nak tukar flight awal, so dia terus tukar saya masuk ke penerbangan lebih awal iaitu jam 5.00pm free. Apalagi bila dia ckp no caj, saya ckp ok aja. dapat sampai jeju lebih awal. Pesawat JejuAir ini walaupun domestik dan murah dia tetap hidangkan air oren percuma kepada penumpang yang mintak, kira baik sikit dari Air Asia. Jam 6.00pm saya sampai di Jeju Airport.

Jeju
Di Airport saya dapatkan peta jeju dari kaunter informasi. Seterusnya saya tanyakan bus ke alamat hostel saya. Petugas Kaunter Informasi sangat bagus walaupun englishnya merangkak dia sangat membantu saya. Dia berikan jadual dan no bus, dia bulatkan no bus dan juga nama tempat berhenti. Seterusnya dia tuliskan dalam bahasa korea lokasi saya hendak berhenti. Jika hendak ke Green Guest House bole naik bus no 90 dan 100, saya tunjukkan nota yang ditulis oleh petugas kaunter informasi. Ternyata driver bus tak pandai english. dia cuma guna bahasa isyarat sahaja dgn saya dia suh saya duduk dan dia akan stop bus bila sampai lokasi green guest house. Tambang bus cuma 1ribu won. Bus mengambil masa 30minit. jika naik teksi cuma sekitar 10minit sahaja. Sampai di lokasi Green Guest House saya tercari2 sighboard hostel tetapi tidak jumpa, saya bertanya orang dan mereka menunjukkan hostel yang ternyata sudah di depan mata saya. mana tidak jumpa ternyata sighboarnya dalam bahasa korea, puas saya cari. haha.
Green Guest House Green Guest House Jeju
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Green Guest House
Masuk sahaja yang fasih english adalah pemilik hostel tersebut, setelah buat bayaran saya terus masuk ke bilik. tempah online melalui Booking.com tak perlu bayar online. Setelah unpacking barangsaya kuar hendak bersiar2 dan cari makan, sempat berbual dengan owner hostel dan memaklumkan yang saya akan mendaki Hallasan, so dia bagitau jam 7.00am bertolak dan dia ambil jam 4.30pm. Hostel ini bersih dan selesa. Tidak dibenarkan merokok di dalam hostel. Jadi ramai la yang melepak kat luar hostel untuk merokok.

Makan Malam
Saya jalan2 sekitar kawasan tersebut dan singgah makan di sebuah restoran kecil. masuk sahaja saya pun tunjukkan perkataan yang saya save dalam bahasa korea, bila yakin tiada babi maka saya pun oder ikan bakar dan nasi putih. Mahal jugak kedai ini iaitu 30ribu Won, silap saya juga tak cek dulu ikan apa, main ambik jer ..ikan spesis mahal kot :D. Selepas makan saya balik ke hostel. Masa kat hostel saya mula mengkaji peta dan menggunakan aplikasi WAZE Navigasi untuk saya save lokasi2 yang saya hendak pergi. Di guest house ada wifi free jadi saya buka map WAZE dan navigate siap2 tempat yang saya nak pergi dan save. Bila buka peta dalam aplikasi WAZE pastikan anda zoom sebesar mungkin supaya ia dapat save, jadi bila esoknya guna navigasi walaupun tiada wifi maka masih dapat buat navigasi. Selain Navigasi Waze anda boleh download pelbagai lagi App Navigasi ofline yang tidak memerlukan internet di smart phone,antaranya seperti app "MAPS ME" dan "Navigate 6".
Lee bike Shop Lee bike Shop
Hari Kedua
Selepas sarapan sekitar jam 8.00am saya mula berjalan kaki ke Kedai Motor Lee's Bike Shop berpandukan navigasi WAZE, saya berjalan sejauh 3km. Sampai saja di kedai moto saya serahkan pasport dan tunjukkan lesen international. dan sain surat kontrak sewa. Hati2 dengan moto sewa, sbb kat kontrak tu tertulis sebarang kerosakkan mesti kita bayar, dan jika terlibat dalam kemalangan kita kena ganti nilai motosikal tersebut. Setelah saya cek motosikal tu bebas segala kerosakan, calar atau kemek maka saya menerima kunci. Mr Lee ni siap bagi mask dan sovinior dari batu gunung berapi kepada pelancong yang menyewa. Mr Lee ini tidak akan ajar kita menggunakan moto so kalau yang tak pandai naik scuter tu hati la :D. Maka bermula la perjalanan solo saya, Pemanduan sebelah kanan mula2 janggal sikit selepas tu dah biasa. Saya menggunakan WAZE pergi ke lokasi yang hendak di tuju. Jika hendak pusing pulau Jeju tak cukup satu hari, 2-3 hari, jadi saya saya memilih trip ke East. sebenarnya jika anda sewa driver anda boleh tour seawal 6.00am untuk ke tempat2 menarik sebelah timur atau barat atau terus ke selatan iaitu Seongwipo. Saya gerak lambat jam 11.00baru mula so sempat pusing jeju city dan pergi ke arah timur sahaja.
Love land Love land
Love Land
Love Land adalah sebuah taman yang terletak tidak jauh dari jeju city, di taman ini diabadikan kesenian dan kenikmatan cinta. :D hahaha. Sebenarnya taman ni macam Sex Garden jer. Banyak patung-patung yang menunjukkan posisi sex dan ilmu sex. Terdapat juga galeri dan muzium sex. Dalam galeri dan muzium itu anda akan dapat tahu tentang kehidupan sex warga korea dan ada dijual alat2 bantuan sex. Tak pandai saya nak ceritakan pasal taman ini kena masuk tengok sendiri. Sebenarnya banyak lagi pic yang menarik lagi dasyat...tetapi tidak sesuai untuk tayangan umum :D, jadi saya pilih 4 keping sahaja yang  elok sikit untuk masuk dalam blog ni hihihi..
Love land Love land
Love land Love land
Tiket masuk adalah 9ribu won seorang sekali masuk. Sesuai sangat untuk pasangan baru kawen atau yg sedang berbulan madu masuk ke park ini. Saya lihat orang korea open minded dan tidak pelik tentang perkara ini. Memang ramai pengunjung yang masuk. Selain Love Land ni ada beberapa lagi tempat yang seumpama ini seperti Sex Museum and Art. Selepas masuk Love Land saya melawat Art Musium and Culture sebelahnya.

Art Museum
Di art museum yang bersebelahan Love Land ni saya singgah sebentar sahaja tak masuk pun. tgk landskap saja, memang cantik. jumpa landskap dulu baru jumpa dewan museum di kawasan landskap ini pun terdapat sculpture2 yang unik dan cantik. Ramai yang datang, kebanyakan pelancong local dari tanah besar dan Pelajar sekolah.
Culture art village Culture art village
Culture art village Culture art village
Culture Village & Art
Seterusnya saya meneruskan ke Culture Village & Art, masih dalam Jeju City. Kat sini saya dapat memahami sedikit sebanyak sejarah orang Korea Jeju. Bagaimana kehidupan mayarakat secara tradisional sebelum moden. Pertukangan, Pertanian, Pakaian dan cara hidup. Memang menarik tambahan pulak landskap yang cantik di kawasan luar Museum ini. Ramai juga pelajar sekolah yang datang. Sebanarnya banyak lagi museum dan culture village yang ada yang boleh dilawati. Memang bagus kalau dapat pergi banyak tempat , cuma masa saja tak cukup.
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak Seongsan Ilchulbong (Sunrise) Peak
Seongsan Ilchulbong - "Seongsan Sunrise Peak"
Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong. Tempat ini merupakan kawah gunung berapi kecil yang telah tidak aktif dimana jika musim bunga akan kelihatan pemandangan kawah yang cantik dilitupi bunga dan hijauan. memang cantik. Perjalanan tidak susah kerana saya sudah save navigasi WAZE. Ikut saja saya sampai di pantai sudah jam 4.00pm, ikut hati saya nak naik sampai ke Seongsan Park dan terus mendaki ke puncak melihat pemandangan. Tapi disebabkan sewa moto yang perlu hantar sebelum jam 7.00pm maka saya sempat bergambar di kawasan pantai dengan berlatarbelakang kan Seongsan Ilchulbong. Tempat ini sesuai untuk melihat matahari terbit sesuai dengan namanya "Seongsan Sunrise Peak" jadi kalau boleh datang awal pagi. Cuma jika anda naik motosikal agak bahaya kerana perjalanan yang jauh ini jalannya sunyi dan tiada lampu diwaktu malam jika merentasi desa dan ladang. View memang cantik lagi cantik kalau dapat naik ke puncak kawah tersebut. Seterusnya selepas rehat dan makan bekal yang saya bawa. saya meneruskan perjalanan pulang ke Jeju City. Sampi di kedai moto ngam2 jam 7.00pm, pekerja mr lee dah siap2 tunggu nak tutup kedai. Sebenarnya jika kita sewa satu hari dan kemudiannya kalau kita lewat hantar dan moto dipulangkan esok hari dia akan caj jadi dua hari.
Jeju Jeju
Setelah hantar motosikal saya berjalan pulang, jam baru 7.00pm, jadi saya sempat merayap shoping kompleks sekitar perjalanan pulang yang sejauh 3.6km. Saya usha hp samsung ..ingat lagi murah dari Malaysia, ternyata lebih kurang saja harganya, sbb dia datang dengan pakej talian. Saya tanya kalau body sahaja dia jual atau tidak, tapi dia cakap pakej. Rasanya kalau dia jual body sahaja sure lagi murah.
Jeju Jeju
Makan malam, kali ini saya sudah bijak cari kedai makan, makan kat salah satu restoran seafood yang murah. memang best, mulanya saya tunjukkan tulisan korea pasal daging babi, sos babi dan sebagainya, dia ingat saya nak mkn yang tu, so dia siap keluar tunjukkan kedai yang ada benda2 tu...:D. last2 dia paham jugak.. dapat la saya makan murah. ikan sotong dan beberapa seafood hidup2 lagi dalam akuarium. Saya cuba sotong korita, pilih dan tangkap sendiri, ambil yang kecil saja ..kang besar mahal pulak. saya mintak dia masak, kalau tidak dia hidang mentah2 siap bergerak2 lagi. :D. Dah puas makan saya kuar jejalan. hurrmm hotel saya tu boring sikit sebab takde hiburan. org kat sekitar situ nampaknya jenis lepak makan dan minum arak, terdapat beberapa pusat karaoke berhampiran. Setakat ni saya jalan sorang selamat tiada gangguan pun. Dan sekitar jam 9-10pm tu kita akan perasan orang2 korea mula kuar berjoging, mungkin siang hari tak sempat. So malam tu saya pusing2 bandar dan cari supermarket dan kedai runcit untuk membeli keperluan bekalan makanan untuk persediaan mendaki esoknya. Ada beberapa supermarket yang buka 24jam selain dari kedai 7-11. memang senang dan mudah.
Hallasan Hallasan
Hari Ketiga
hari ketiga ni saya mendaki Gunung Hallasan. sebab dah ada entri pasal gunung hallasan dalam entri sebelumnya maka saya tak akan citer banyak, jika nak tau sila klik link ini http://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ . Saya bangun awal dan sarapan jam 6.30am. Lepas makan jam tujuh naik van ke Entrance Gunung Hallasan. Saya balik jam 8.00pm dengan teksi sebab dah lewat, Transport hotel (Green Guest House) cuma pick up pada jam 4.30pm sahaja. Balik sahaja saya terus la berehat, letih jugak naik Gunung Hallasan Daypack ni. Lepas mandi dan badan dah segar saya pun kuar cari makan. Kali ini restoran lain pulak Makan belut bakar. murah saja satu set 14ribu won. Kenyang giler. Kalao orang korea makan mentahh letak atas kuali macam steamboat.

Hari ke Empat
Selepas sarapan 6.30am saya mula kuar menahan teksi di luar, kebetulan keluar saja dah dapat teksi, Tambang teksi ke Airport cuma 5ribu Won sahaja perjalanan 5minit sahaja. Dekat saja sebenarnya jika tidak melalui Jeju City, Kalau bus melalui bandar boleh sampai 30 minit. Sampai di airport saya cek in Jeju Air. Seterusnya menaiki pesawat JejuAir ke Busan.
Busan Busan
Busan
Sampai di busan saya terus ke International Terminal untuk letak beg. Ada perkhidmatan simpan beg murah saja ikut jam so saya simpan dari jam 10.00am hingga jam 3.00pm, Maaf lupa berapa dia caj tapi murah la. Selepas letak beg saya bergerak untuk misi saya ke Jagalchi Market, banyak tempat yang boleh pergi kat Busan. tapi kesuntukan masa jadi saya pilih la Jagalchi Market. Tempat ni memang tumpuan shoping jugak.

Saya tgk peta Busan ada maklumat bus, train dan subway. Bila dah paham saya pun naik la Train keluar dari kawasan airport menuju ke bandar merentasi sungai yang besar, pemandangan memang cantik. Seterusnya tukar train subway ke station berikutnya. Station ni tiada pun yang jaga, nak tukar syiling ada mesin tukar, nak tanya petugas tiada. sbb org korea ni displin dan tak nakal. tak ada pun polis, Lagi pun senang saja ikut warna train jer bila ada pertukaran. contohnya mula2 kita line hijau then tukar train line biru..ikut jer singboard sure tak susah.
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Jagalchi
Jagalchi Market
Sampai saja station subway Jagalchi Market saya dah nampak kedai2 yang menjual barang2 outdoor, memang murah dan berkualiti jugak. memang orang korea di busan rajin hiking rasanya. Jadi seterusnya saya berjalan2 di pekan Jagalchi. Memang Happening kat sini sbb saya bukan kaki shopping maka saya jalan2 cuci mata sahaja di pasar ini, pasar ini ada kering dan ada basah. Terdapat 2-3 kawasan pasar nama saya tak ingat tapi berpeluh jugak la saya jalan sebab besar dan banyak blok. Lebih kurang macam petaling street la keadaannya dari satu pasar ke satu pasar. Kawasan ini terletak di jalan Gudeok-ro 84beon-gil dan jalan Junggu-ro 5beon-gil. Cuma saya tak pergi Pasar Ikan segar yang terkenal di Jagalchi Market yang terletak di jalan Jagalchihaean-ro sebelah laut yang hanya mengambil masa 5-10minit perjalanan , yang saya melawat adalah pasar di pekan. Tak pandai saya nak cerita pasal pasar ni.. boleh tgk gambar ya.
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village GAMCHEON Culture Village
GAMCHEON Culture Village
Jika anda ada masa anda seterusnya boleh meneruskan lawatan ke GAMCHEON Culture Village yang sangat unik dan cantik. Banggunan diwarnakan dengan cat warna warni, terdapat lukisan mural yang cantik dan pelbagai lagi. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman dan ada juga galeri seni. Terletak tidak jauh dari Jagalchi sama ada anda naik subway turun dulu di Station Subway Goejeong dan berjalan kaki 30minit ke GAMCHEON Culture Village ataupun semasa pulang dari Jagalchi Market anda singgah disini. Saya tidak sempat melawat tempat ini kerana kesuntukan masa. Gambar2 GAMCHEON Culture Village ni saya ambil dari FB rakan saya ini.

Jalan-jalan jam dah pukul 3.00pm. Hasrat saya untuk berjumpa rakan saya yang belajar di Busan yang bernama Ang Wei Eng tidak kesampaian. Kebetulan dia kerja part time waktu itu, jadi tak sempat untuk dia jumpa saya. Saya menaiki teksi ke Airport, dari market mengambil masa 30minit, tidak la jauh cuma teksi bawa slow dan relaks saja sebab banyak trafik light dan simpang dalam pekan. Sampai di Airport baru saya makan tengahari, beli nasi segera masuk microwave dan makan dengan lauk yang saya bawa dari Malaysia.

Seterusnya saya selamat pulang ke Malaysia.

** Travel seorang ke Busan dan Jeju ini memang selamat dan tidak susah. Cuma kena berani dan jgn malu2 sahaja. Orangnya juga peramah walaupun nampak serius. Tapi yang fasih english kebanyakan yang kerja fronliner seperti perkhidmatan international saja. yang lain tu kurang fasih. Jadi kalau nak tahu maklumat apa2 tentang logistik, bus, teksi dan caj tambang pastikan semasa di airport anda cuba dapatkan dari staff Information Kaunter. Dan pastikan anda ada peta Busan dan Jeju yang diambil di airport..sbb ia lengkap.

Ringkasan Perbelanjaan dan TIPS

- Tiket Air Asia Return – RM338 (Promo route pertama Busan)
- Tiket Jeju Air Return – RM250 (Antara yg murah saya dapat)
- Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON
- Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON
- Green Guest House 44,000 WON semalam
- Transport percuma ke Entrance Hallasan oleh Green Guest House pergi jam 7.00am, balik jam 4.30pm, kalau terlepas kena naik teksi la.
- Kalau teksi sekitar 20,000 WON sehala ke Entrance Hallasan
- Sijil Mt Hallasan = 1,000WON
- Yuran masuk hallasan – tiada
- Bayaran Guide – Tiada, naik sendiri ikut trek, tapi ada no tel kecemasan di hampir setiap tiang.

Tips

Bahasa
Tulis atau print dalam bahasa korea perkataan seperti, babi, sos babi, minyak babi, ikan, nasi, nama tempat, nama hotel. Bila nak Tanya driver bus atau kedai makanan dia tak paham English kita tunjuk sahaja perkataan tu.

Makan
Tapau lauk dari Malaysia seperti meggi cup segera, sambal ikan bilis, serunding, tuna dan sardine. Nasi tak perlu bawa. Kat sana beli nasi kat 7-11, nasi segera masuk microwave 2 minit dah siap di makan.

Pakaian
Bulan September Musim Luruh – Panas tak perlu coat atau glove, seluar pendek dan Tshirt dah cukup.

Kasut Hiking
Perlu kasut hiking yang baik kerana trek ada berbatu gunung berapi boleh sakit kaki dan terseliuh jika kasut tak sesuai.

Tentative
Day 1 : 12.09.2013 - Khamis
8.30am – LCCT (Air Asia) – Busan
3.00pm – Sampai Busan
5.00pm – Busan (Jeju Air) – Jeju Island
6.00pm – Jeju Island
7.00pm – Bus ke Green Guest House
7.30pm – Jalan2 sekitar hotel

Day 2 : 13.09.2013 - Jumaat
7.30am – Sarapan
11.00am – Tour Jeju Island – sewa motosikal
7.00pm – Jalan2 waktu malam

Day 3 : 14.09.2013 - Sabtu
6.30am – Sarapan dan tapau nasi
7.30am – Bertolak ke Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
8.00am – Mula mendaki melalui Seongpanak Trail
8.00pm – Balik Hotel

Day 4 : 15.09.2013 - Ahad
6.30am – Sarapan
7.00am – Teksi ke Airport
9.00am – Jeju Island – Busan
10.00am – Busan
11.00am – Train dan Subway to Bandar Jagalchi Market
3.00pm – Teksi – Airport
5.00pm – Busan – Kuala Lumpur

Untuk kisah saya Hiking Gunung Hallasan sila baca dalam entri sebelumya . http://hamydy.wordpress.com/2013/09/16/mt-hallasan-jeju-korea-selatan/ .

Sekian Terima Kasih

Disebabkan ramai pembaca yang msg dan email saya bertanya berkaitan Jeju, dengan ini maka saya scan semula brosur2 yang saya ambil semasa trip saya ke Jeju untuk panduang pembaca. Maaf banyak brosur yang saya ambil tak dapat nak scan semua, jadi saya sempat scan brosur penginapan sahaja dan jadual bus seperti di bawah. Semoga ini membantu :)

1. Yeha Guest House Jeju
2. Hostel Korea Jeju
3. Yellow Guest House Jeju
4. UnIguest House Jeju
5. Bus line Information

49 comments:

  1. […] Restoran Wadihana Islamic Kitchen Bangi Jeju Island ~ Korea 2013 […]

    ReplyDelete
  2. Hi, bagusnya plan Hamydy. Saya sudah booked tiket Air Asia KL - Busan, sekarang nak book tiket Busan - Jeju. Boleh Hamydy beritahu jarakan dari International terminal Busan ke Domestic Terminal? Saya pun takut Air Asia delay sampai Busan dan saya perlu masa untuk berjalan ke domestic terminal.

    Flight saya - Dari KL 8.30am, sampai BUSAN 3.45pm (memangnya takut ia delay)

    ReplyDelete
  3. nice, catatan saudara will help me and my friend a lot.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. overal budget

    - Tiket Air Asia Return – RM338 (Promo route pertama Busan)
    - Tiket Jeju Air Return – RM250 (Antara yg murah saya dapat)
    - Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON = RM3
    - Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON = RM15
    - Green Guest House 44,000 WON semalam = RM135x3 = RM405
    - Teksi sehala ke Mt Hallasan 20,000 WON = RM61
    - Sijil Mt Hallasan = 1,000WON = RM3
    - Sewa Motosikal sehari = 40WON = RM122

    - Duit belanja dan makan = RM500

    ReplyDelete
  5. Info yang menarik. saya pun merancang nak pegi trip korea 10 days (seoul-jeju-nami island), tp nampak macam busan pun best. mungkin saya boleh selit maner2 nnt :)

    ReplyDelete
  6. salam .. nak tanya cost taxi driver utk full day tour jeju ... brape ek

    ReplyDelete
  7. Sangat menarik dan terperinci. Boleh cuba, macam berani kalau nak pergi sorang.

    ReplyDelete
  8. nk pegi jugak...ingatkan nk hiking gunung hallasan tuh..usha2 info..ingtkan macam bukit broga ke tabur ke..tp macam payah jerr..hahaha.. halasan betul..

    btw, great info.

    ReplyDelete
  9. wsalam Akmal,
    terima kasih kerana baca blog saya. berkenaan dengan kos teksi full day saya kurang pasti harganya. ia bergantung kepada teksi yang kita nego la. jika pakai meter mati la. tapi kalau pakej tu ok la. ada kawan pernah sewa teksi satu hari beratus jugak la (rm250 rasanya) tapi tak sure lokasi mana yang dia pilih.

    ReplyDelete
  10. salam ina
    terima kasih kerana baca blog saya. boleh jer, selamat saya dah cuba.

    ReplyDelete
  11. hi ina
    hiking gunung hallasan kalau trip pendek saya nasihatkan supaya jangan cari pasal... saya tu pun dah nak pengsan..
    tapi kalau bercuti panjang seminggu ker then ok la naik hallasan, sbb lepas tu masih ada masa jejalan.

    ReplyDelete
  12. salam tuan.. apa beza special fare dan regular fare kalau kita nak beli tiket busan ke jeju melalui jejuair online ye? saya macam keliru sikit... thanks...

    ReplyDelete
  13. salam..tuan saya nak tnya..jika kami tak hiking, ok tak klau 2 hari di sana? cukup tak? klau sy nak pergi semua tempat yg tuan pergi.jalan2 sewa motosikal je pusing jeju. sewa motosikal kena ada international driving licence tak? thanks.harap bole bantu.sy pergi 2 org.

    ReplyDelete
  14. Salam Sara

    Terima kasih kerana singgah di Blog Saya

    kalau tidak mendaki boleh jer kalau nak tour selama dua hari. Cuma tak cukup masa untuk semua tempat menarik tapi kalau nak pusing satu Pulau sempat la.

    so dua hari tu sara kena pilih option berikut

    Cadangan
    1. Penginapan hari pertama dan keduadi Jeju (Utara)
    - Hari Pertama arah ke timur iaitu arah Seongsan Park dan patah balik ke hotel
    - Hari Kedua arah ke barat iaitu area Hangyeong Myeon dan patah balik ke hotel

    2. Penginapan hari pertama di Jeju (utara) dan Penginapan hari kedua di selatan iaitu di Seogwipo
    Option ni membolehkan anda pusing satu pulau.
    hari pertama boleh naik moto ke arah timur atau barat dan petang terus menginap ke selatan di Seogwipo
    so hari kedua boleh patah balik ke Jeju (utara) ikut timur atau barat.

    Tentative - Cadangan
    Hari 1 - Sampai - Penginapan di Jeju Utara
    Hari ke 2 - Sewa moto ke arah selatan melalui barat atau timur dan penginapan di Seogwipo
    Hari Ke 3 - Pulang ke Jeju Utara sambil melawat kawasan barat atau Timur dan menginap di Jeju Utara
    Hari ke 4 - Free n easy dan berangkat pulang ke Busan

    Perlu ingat jika menaiki motosikal kita punya perjalanan tidak la selaju seperti kereta. jadi ikut pengalaman saya, jika menaiki motosikal ni saya banyak berhenti bergambar, makan rehat dan sebagainya kerana banyak tempat menarik sepanjang perjalanan.

    oleh itu perlu timing masa baik2 jangan terlalu lewat pulang ke hotel dari kawasan pendalaman sebab sunyi. kalau sudah di kawasan bandar ok lewat pun.

    Lagi satu jika kita timming masa cantik kita tidak terburu2 bawa motosikal..untuk keselamatan jalan raya

    Kedai moto Lee
    Dia hanya benarkan sewa jika kita ada international driving permit, buat kat JPJ, lastime saya buat dalam seratus ++
    Kedai dia tutup jam 6.00pm tepat. maknanya dlm 5.30 tu kita dah sampai kedai dia. kalau lewat kedai dah tutup dan kita perlu bawa pulang moto ke hotel dan hantar esoknya dan sewa dikira 2 hari.

    Sebarang kerosakkan kita kena ganti, jadi kena jaga moto baik2. sebelum ambik moto cek dulu keadaan moto, kesan calar, kesan pecah, dan ambil gambar moto tersebut depan belakang dan kiri kanan.

    mesti pandai bawa moto scuter sbb dia tidak akan ajar kita cara bawa moto tu.

    arah jalan raya tidak sama mcm malaysia, biasakan diri dulu pusing2 bandar, sebab pemanduan sebelah kiri.

    Sekian Harap ini membantu anda

    ReplyDelete
  15. Salam MIdi tq dapat sedikit maklumat dari Midi, saya pelan nak gi pada bulan march 2015 - Busan, Pulau Jeju dan Seould. Nampak macam best teruja sangat nak ke sana. Klu ada tip lagi bole kongsi tq.

    ReplyDelete
  16. Wsalam Azahari.. jumpa semula dlm blog :)

    Harap info ni dapat bagi idea pada azahari. Memang best pegi korea ni tgk cultural mereka. kalau cuti lama boleh buat seoul busan jeju, kalau cuti pendek buat la satu2.

    next trip blom tau lagi azahari. insyallah kalau ada saya roger azahari.

    apa2 bole whatsat saya, dah lama tak jumpa

    wassalam

    ReplyDelete
  17. Salam en hamydy.sy qkan ke korea bln 2 nnti.nak ty ape nama kedai seafood yg murah encik pergi tu ya.

    ReplyDelete
  18. asslm nk tnya.. klau nk ke p. jeju better mbik flight ke busan or seoul? slmt x klau kita traver sndiri2 kt pulau tu tnpa guna travel agent..kami plan nk p bln6 thn dpn..time 2 musim apa ya hehehehe byk tnya plak..tq ^___^

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...saya nak ke Kul-Busan Seoul-Kul bulan 5 ni...saya pergi 8 hari 7 malam ada cadangan tak?

    ReplyDelete
  20. hi Aseana
    beza tu saya tak ingat, yang penting lihat yang mana lebih murah jer :)

    ReplyDelete
  21. Hi Sapinah
    Terima kasih kerana komentar di blog saya

    Berkenaan yang mana better tu sebenarnya bergantung kepada minat dan itenary awk. Berapa hari yang awak ada dan berapa buget awak mampu. Jika buget ok dan masa cukup, buat la dari KL-seoul-Busan-Jeju-Busan-KL. Saya dulu sebab cuti tak lama jadi trip pertama ke seoul dan trip kedua ke Busan Jeju.

    ReplyDelete
  22. Salam Maznie

    Kalau ikutkan 8 hari tu cukup . Tapi ikut itenari awak buat. Susun itenari dan lihat semula sama ada cukup masa atau tidak.
    kalau nak ikut cukup ke tidak itu subjektif sbb bergantung pada minat awak la.

    Day 1 - KL - Busan
    Day 2 - Busan
    Day 3 - Jeju
    Day 4 - Jeju
    Day 5 - Jeju - Busan
    Day 6 - Busan-Seoul
    Day 7 - Seoul
    Day 8 - Seoul - KL

    Kalau ikut Basic Itenari yang saya buat ni cukup la..tapi pengisian setiap hari tu apa yang awk nak explore.

    ReplyDelete
  23. Agak2 bhya x kalau perempuan sorang2 naik motor..

    ReplyDelete
  24. hi Natasha

    Terima kasih kerana singgah dan komen di Blog saya

    Bahaya atau tidak untuk wanita naik moto sorang2 sebenarnya bergantung kepada wanita itu sendiri.

    Jika nak travel jauh......Selamat jika

    1. Ada Driving Lesen International/ Driving Permit
    2. Sangat Cekap bawa moto dan tahu pasal moto
    3. Pandai membaca dan melihat papan tanda
    4. Pandai guna GPS
    5. Arah memandu disana berlawanan dengan Malaysia, Malaysia Kiri, sana Kanan
    6. Pandai berdikari jika ada problem dengan moto atau di jalan


    Jika travel dekat2 dlm bandar.....Jika gagap2 bawa moto
    1. Bawa moto dalam pekan sahaja - dekat2


    Bagi orang macam saya yang biasa bawa moto setiap hari.....jawapannya selamat


    Harap ini membantu

    ReplyDelete
  25. wsalam, terima kasih...saya pun fikir nak buat itinerary sama mcm Hamydy cadangkan ni...cuma teragak2 sebab tak boleh bayangkan bpe lama saya patut stay satu2 tempat esp. Jeju tu...

    ReplyDelete
  26. Hi Mazz
    Untuk plan berapa hari untuk stay sesuatu tempat adalah bergantung kepada itenari awak, masa perjalanan dan penginapan. Jika awk pilih untuk stay 1 hari then tak banyak tempat boleh pergi. kalau awk boleh sampai jeju hari yang sama then dah jimat satu hari. Mcm saya buat betolak pagi KL-Busan sampai petang...petang tu jugak naik flight ke Jeju. Jeju kalau paling singkat kena 2 hari (dapat la 2 bahagian) kalau nak semua then 3 hari atau 4 hari.

    ini Contoh Itenari yang saya rasa ok tak la rushing sangat, tapi boleh ubah ikut kesesuaian tempat yang kita nak explore, dan juga jadual penerbangan. Nak dapat fullday siang hari cuba travel petang atau malam.

    contoh
    dari Jeju - Busan flight Malam so awk dapat berjalan dari pagi sampai malam then terus ke airport.
    dari Busan - Seoul flight Malam
    dari Seoul - KL flight Malam

    Day 1 – KL – Busan
    Day 2 – Busan
    Day 3 – Jeju
    Day 4 – Jeju
    Day 5 – Jeju – Busan
    Day 6 – Busan-Seoul
    Day 7 – Seoul
    Day 8 – Seoul – KL

    atau

    Day 1 – KL – Busan - Jeju
    Day 2 – Jeju
    Day 3 – Jeju
    Day 4 – Jeju - Busan
    Day 5 – Busan
    Day 6 – Busan-Seoul
    Day 7 – Seoul
    Day 8 – Seoul – KL

    ReplyDelete
  27. hari pertama tu saya sampai 3.45pm so saya tak berani ambil flight ke jeju sama hari sebab takut delay ke apa ke...so saya dah ambil tiket Jeju Air pada 3.30pm esoknya...so itinerary saya mcm ni...

    Day 1 – KL – Busan (Arrival 3.45pm)
    Day 2 – Busan - Jeju (Departure 3.30pm Arrival 4.25)
    Day 3 – Jeju
    Day 4 – Jeju - Busan (Departure 2.00pm Arrival 2.55) ingatkan malam tu nak
    naik KTX ke seoul (KTX pun boleh beli tiket awal ke? or better beli kat
    sana je?)
    Day 5 – Seoul
    Day 6 – Seoul
    Day 7 – Seoul
    Day 8 – Seoul – KL

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum..Kalau Jalan2 Ke Jeju 3 Hari Cukup Ker? Atau lebih?

    ReplyDelete
  29. hi mazz
    jika flight awk sampai 3.45 maknanya tak boleh ambil flight yang sama hari ke jejeu takut jika ada delay.
    kalau KTX tu biasanya beli kat sana pun ok tak de masalah. sebab kat sana train memang kerap dan banyak

    ReplyDelete
  30. Saye nak tanye.nak sbnrnye teringin nak pegi jeju ni.tp nnt sy akan turun dia incheon dulu.so ok tak klu sy cek in hotel kat area seoul letak brg semua.then esoknye trs pi jeju selama 2d1n.ok tak?

    ReplyDelete
  31. saya cadangkan akak stay Jeju untuk 4D3N and rent car ... Jeju sangat cantik and saya duduk 3H2M pun tak puas.

    ReplyDelete
  32. Salam hajar
    Betul juga apa yang Akmal cakap, kalau 2h1m tak cukup ke Jeju, sebab jejeu sahaja dah cantik dan banyak tempat.
    Air asia banyak promo ke korea boleh pergi lagi next time. kalau dah beli ke Incheon baiknya explore kat area sana sbb Seoul pun banyak tempat nak explore juga.

    pada pendapat saya jangan terlalu kejar banyak tempat sehingga kita terlepas dan tidak sempat menikmati suasana sesuatu tempat itu.

    ReplyDelete
  33. saya setuju dgn akmal sebab saya pun pergi 3 hari 2 malam tak puas...Jeju besar jugak tau...and banyak tempat nak pergi...

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah...saya dah selamat balik bulan Mei hari tu...terima kasih yer utk info semua...

    ReplyDelete
  35. Salam Mazz
    Tahniah dan alhamdulillah trip awk berjalan lancar.
    terima kasih2 kembali

    ReplyDelete
  36. Betul tu Mazz
    3 hari 2 malam memang tak puas sebab banyak tempat nak tengok, lagi satu kalau kita pergi cepat2 ke sesuatu tempat tu sebab nak kejar masa pasti hilang nikmat nak merasai suasana disitu kan.

    ReplyDelete
  37. betul la hilang nikmat berjalan bila terlalu nak rush2 ni...

    ReplyDelete
  38. insya allah next time nak datang lagi ... kali ni nak spend 4D3N pulak ... nak buat shooting kuch kuch hota hai kat sangumburi crater pon tak sempat .. haha

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum, nice blog and very helpful.. Saya InsyaAllah akan ke Jeju pada Dec ni sebab ada conference. Nak tanya, guesthouse or hostel kat sana sesuai tak utk family (2 adults, 1 kid)? Sebab takut toilet, dapur sharing dengan org lain. Or kita dapat private washroom sendiri setiap bilik? Lagi satu, macam mana kita nak tahu route bus ke mana and kena beli T-money card (mcm touch n go) ke utk naik bus?

    Tq

    ReplyDelete
  40. Salam Pn Maisara
    Terima kasih kerana singgah di blog saya

    berkenaan dengan Guest house tu. guest house yang saya menginap tu ada beberapa jenis bilik, ada dorm dan ada bilik kalau tak silap saya washroom ada dalam setiap bilik dan dorm. Saya booking bilik so bilik air dalam bilik. memang selesa dan bersih. Guest house lain yg juga glamour dikalangan pelancong malaysia seperti Yeha guesthouse. Memang selesa utk family (2 adults, 1 kid). Puan boleh cek gambar bilik guest house ni kat agoda dan tripadviser.

    Berkenaan dengan Bus pula
    Masa saya kat airport saya ada bertanya dahulu dengan petugas information kaunter, dia bagi saya satu list no bus dan jadual. saya tunjukkan alamat guest house tersebut, kemudian dia tandakan no bus dan nama hentian tempat untuk berhenti. Then dia siap tulis nota dalam bahasa korea bagi saya supaya saya boleh tunjuk pada driver bus yang tak boleh ckp english.

    So masa naik bus saya tunjukkan nota tersebut pada driver bus dan dia angguk tanda tanda tahu..then saya duduk dekat dengan driver bus, so bila sampai hentian tersebut dia panggil saya dan turunkan saya.

    So kalau nak senang dan cepat boleh juga naik teksi sahaja. Sediakan alamat dwi bahasa korea dan english untuk memudahkan driver teksi tu cari kalau dia tak paham english.

    naik teksi tidak la mahal sangat

    Berkenaan dengan bayaran bus tu ada guna kad dan ada cash, kalau cuma sekali dua jer naik bus tak perlu beli kad pun tak per, saya masa kat airport ada tukar duit kecil dengan beli air dan roti.

    ok Pn

    Harap penjelasan saya ini membantu. sekian

    ReplyDelete
  41. Bagi saya pula di Jeju lebih sesuai menyewa kereta untuk memudahkan pergerakan. kad touch n go mereka dipanggil Cash Bee...boleh juga digunakan di 7eleven dan convenience (C<3U) store untuk beli barang...

    ReplyDelete
  42. Salam Mazz
    Terima kasih kerana comen
    betul tu apa yang mazz cakap, sewa kereta dan guna cash bee lebih selesa dan menyenangkan terutama bagi family macam Pn Maisara. Kalau guna kereta boleh guna GPS dan jalanya tidak sibuk sangat. Memang selesa memandu.

    Boleh Mazz share link sewa kereta yang mazz tau di jeju untuk panduan pembaca lain

    Terima kasih

    ReplyDelete
  43. hello hamydy, nice blog on jeju.
    just a quick Question..

    do u encounter any difficulties using waze in jeju other than we need a data / wifi rental over there??

    ReplyDelete
  44. nooraznida abu bakarMarch 31, 2016 at 5:11 PM

    assalamualaikum.
    saya nak tanya....klu saya nak.ke pulau.jeju bln dec ok tak...masa tu musim.sejuk.kan...

    ReplyDelete
  45. salam Nooraznida
    Terima kasih kerana komentar disini.
    berkenaan dengan jeju, awk nak pergi semasa sejuk dan salji. boleh atau tidak bergantung kepada minat kamu.

    1. main salji
    2. melawat taman2 cantik
    3. naik gunung halasan

    jika berminat nak masuk taman2 yang cantik tu bulan dec tak sesuai la. Kalau nak maik ski dan salji ok la. sbb mereka biasanya kurang aktiviti semasa musim sejuk.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Tuan Hamydy,
    urusan sewa kereta diuruskan oleh suami tetapi kalau tidak silap saya KT Kumho begitu la bunyinya. Turun di airport Jeju sudah sedia ada bas yang menunggu penyewa dan bawa ke tempat kaunter KT untuk urusan sewa kereta.

    ReplyDelete
  47. saya pun berhajat nak pergi semula ke sana dan spend time kat Jeju lama sikit.
    Busan pun saya rasa sekejap je sebab rush.

    ReplyDelete