Tuesday, December 20, 2016

Bromo Borobudur 2015

Trip Bromo Borobudur 2015
Trip Bromo Borobudur merupakan trip singkat yang melibat Surabaya dan Yogjakarta, Tiket Penerbangan kami dapat sangat murah semasa promo Air Asia iaitu KL – Surabaya (RM79.00 beli 13 nov 2014) dan Jogyakarta – KL (RM35.29 beli 13 nov 2014). Murah kan Total return cuma RM114.29. Naik trek ETS ke Padang besar sehala pun dah RM80, ini naik flight lagi :).

Trip ini di pecahkan kepada 3. Total 13 orang peserta ke Bromo selepas Bromo kami berpecah kepada Jogja dan Malang Batu. Bila habis di Jogja kami berpecah dua pula satu pulang terus ke kl dan satu lagi sambung ke jakarta bandung. Detail perjalanan kami seperti berikut:

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
Kami semua buat janji bertemu di KLIA2. Masing2 masih belum kenal ahli-ahli lain. Selepas Boarding dan di ruang menunggu barulah kami semua berkenalan secara ringkas dengan ahli2 lain, ada 4 orang dari Penang selebihnya semua dari KL. Semua kenal dalam group whatsap sahaja sebelum ini. Kami 11 orang berlepas ke Surabaya dengan Pesawat QZ321 pada jam 10.05am. Ada peserta yang beli tiket 6.45am tapi di delaykan ke flight yang sama jam 10.05am. Manakala lagi 2 orang telah berlepas ke Surabaya sehari sebelumnya.

Tiba di Airport Surabaya, kami menggunakan Wifi gratis Airport untuk berkomunikasi secara whatsap. Supir pun memang sudah menunggu ketibaan kami kerana flight tidak delay. Kami menaiki Mini Bus dan Avanza. Kami dibawa terus makan tengahari di sebuah restoran nasi campur yang murah. Makanan juga ok.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan perniagaan kulit Tanggulangin iaitu di Mall Permata Tanggulangi. Kawasan ni memang banyak butik2 dan kedai taylor kulit, tapi kami masuk mall ini kerana lebih besar. Harga kat mall ni ok la boleh tahan jigak ada yang murah dan ada yang biasa. Ada pelbagai barangan disini. Dalam ramai-ramai kami ada jugak yang membeli yang lain cuci mata sahaja sbb plan nak shooping hari last trip di Jogja. Seterusnya kami bergerak ke Bromo Dalam perjalanan kami singgah di sebuah gerai Telco untuk beli Simcard SIMPATI untuk internet.

Kami sampai di Hotel Bromo Permai sekitar 6.00pm. Selepas Cek in kami keluar untuk makan2 di kedai luar hotel, cafe Hotel juga ada jual makanan sehingga jam 9.30pm, tapi kami saja nak mencuba makanan local seperti bakso, nasi goreng dan lain2 lagi. Selepas makan kami pun berehat di bilik masing2.

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
Sekitar jam 2.00am kami semua sudah siap bangun. Juga sudah pesan wakeup call pada petugas hotel, tepat jam 2.00am memang diketuk pintu bilik. Setelah siap-siap menunggu jip didepan hotel kami sempat bergambar dahulu. Kami 13 orang naik 3 buah jip yang bertutup. Jip ni maksimum penumpang 5 orang. Persiapan kena sediakan jaket, glove dan mask. Suhu sejuk masa malam dan pagi sahaja.

Kami meentasi padang pasir kawah gunung berapi dan menaiki puncak penanjakan. Kena awal jika lewat jeep parking jauh dengan puncak. Kami sampai tidak la lewat tapi parking agak jauh kerana sudah penuh jeep parking di hadapan. So kena berjalan kaki. Bagi yang malas berjalan dan tak kisah pasal duit boleh naik Ojek Moto, ada saja penduduk yang ofer naik motor untuk hantar sampai ke puncak dengan bayaran 60ribu rupiah. Boleh tawar2 sehingga dapat murah jika hendak. Kalau boleh ambik sehala sahaja bagi yang malas bejalan, sebabnya biasanya bila turun driver jeep ini akan cuba naik sampai keatas bila ada kosong.

Kami sampai di Puncak Penanjakkan sekitar jam 4.00am. Suhu memang sejuk la, kena pakai jaket dan sarung tangan. Masa ni dah ramai orang berada di puncak penanjakkan untuk menunggu sunrise. Sekitar jam 4.30 - 5.00am matahari terbit, tetapi nasib tak berapa baik sbb sedikit berkabus jadi kurang jelas kelihatan matahari tu. Selepas matahari terbit dan suasana mulai cerah, para pengunjung mulai bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo dan Gunung Semeru. Kami pun tak ketinggalan bergambar. Selesai bergambar kami tidak terus turun ke jip, sebaliknya kami singgah di gerai2 sepanjang ke puncak penanjakan untuk minum teh panas dan makan pisang goreng panas. Selepas makan baru kami turun ke jeep.

Jeep membawa kami turun ke savanah padang pasir hitam. Kata orang pasir berbisik, sebab bila angin bertiup bunyinya seperti ia seakan-akan berbisik kepada kita. Kami berhenti di tengah untuk bergambar dan seterusnya menaiki semula jeep ke tempat parking jeep untuk mendaki Gunung Bromo. Sampai sahaja di parking sudah di serbu oleh pemilik kuda yang ofer untuk naik kuda. Masa ini tawar menawar berlaku dan ada beberapa orang yang menaiki kuda sehingga ke tangga gunung Bromo. Bagi yang pertama kali datang, saya nasihatkan supaya menaiki kuda, sebab ia suatu pengalaman yang jarang kita dapat, harga pun tidak mahal sekitar 100ribu sahaja, ikut tawar menawar yang anda dapat. Lagipun bagi yang semput memang la terasa penat berjalan tambah debu pasir yang berterbangan. Jadi kena pakai mask.

....Bersambung... :(

Tentatif

Day 1 : 17/10/2015 – Sabtu
10.05am – Berlepas ke Surabaya
12.00pm – Tiba di Surabaya
01.00pm – Terus Transport ke Bromo
06.00pm – Cek in Hotel Bromo Permai
08.00pm – Shoping and minum sekitar Hotel Bromo Permai
09.00pm – Lepas Dinner Terus Tidur

Day 2 : 18/10/2015 – Ahad
02.00am – Siap sedia menunggu Jeep
02.30am – Bertolak ke Puncak Penanjakkan
04.00am – Sampai Puncak Penanjakkan cari port untuk lihat sun rise
05.30am – Layan Sunrise, Solat Subuh
07.00am – Minum teh dan Pisang goreng panas di puncak penanjakkan
08.00am – Bertolak ke Gunung Bromo
08.30am – Layan Gunung Bromo
10.00am – Balik ke Hotel Sarapan dan mandi
12.00pm – Cek Out dan bertolak ke air Terjun Madakaripura (Berpecah satu van ke Malang Batu)
05.00pm – Bertolak pulang ke Jogjakarta
06.00pm – Berhenti makan malam di Probolinggo

Day 3 : 19/10/2015 – Isnin
04.00am – Sampai di Jogyakarta, singgah mandi dan solat beberapa km dari Borobudur
08.00am – Tiba dan beli tiket Borobudur
12.00pm – Cek in hotel di Jalan Malioboro
01.00pm – Taman Sari dan Masjid
03.00pm – Shoping dan jenjalan di Malioboro

Day 4 : 20/10/2015 – Selasa
09.00am – Candi Prambanan
11.00pm – Ratu Boko
02.00pm – Terus ke Airport
05.15pm – Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Anggaran Kos
Pakej Bromo (Tiket Masuk, Jeep, Transport dan Hotel) = RM300
Pakej Borobudur (Tiket Masuk, Hotel, Van) = RM370

0 comments:

Post a Comment