Tuesday, August 4, 2015

Nasi Kandar ~ Restoran Kudu Kuala Lumpur

Nasi Kandar Kudu
Restoran Nasi kandar Kuala Lumpur
Jalan-jalan cari makan saya kali ini ialah di Restoran Nasi Kandar Kudu Kuala Lumpur. Restoran Nasi Kandar ini antara memang terkenal di kuala lumpur. Keyword yang biasa orang sebut pasal restoran ini adalah "Sedap dan Murah". Restoran ini telah bertapak sejak sekian lama lagi.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Katanya dulu-dulu Pelakon terkenal Allahyarham Tan Sri P Ramlee sering singgah makan disini. Kebiasaanya jika anda datang tengahari memang ramai orang dan perlu beratur panjang. Dan makan waktu tengahari lebih sedap kerana semuanya masih panas2 baru masak. Saya mencuba Nasi Kandar 3 lauk iaitu Ayam Goreng, Sotong dan Telur ikan. Tau tak berapa harganya.. cuma RM14 sahaja. Kalau restoran Nasi kandar yang lain kalau 3 lauk macam ni tak dapat la RM14.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Rasa kuah kari yang di campur2 memang sedap. Restoran nasi kandar Kudu ni saya dapati rasa rempahnya lebih berbanding restoran Nasi kandar yang lain. Nak komen lebih saya tak dapat la, kena datang dan cuba sendiri kerana setiap orang punyai citarasa yang berbeza. Lokasi Restoran ini senang sahaja, ia terletak di tepi jalan bertentangan dengan Tune Hotel Kuala lumpur,  Jalan Tunku Abdul Rahman koordinat 3.160622, 101.697398, Tidak jauh dengan Maju Junction Mall dan QUILL City Mall.
Nasi Kandar Kudu Nasi Kandar Kudu
Foto dari Google Street waktu tengahari.

Related Posts:

  • Restoran Arab - Hannoon Al ArabRestoran Hannoon Al ArabJalan-jalan cari makan Masakan arab kali ini membawa saya ke sebuah Restoran masakan arab yang menarik iaitu Restoran Hannoon … Read More
  • IFTAR Santai di PadangIFTAR di PadangCara berbuka puasa seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi warga kota terutamanya yang tinggal berhampiran dengan padang2 yang mempuny… Read More
  • Ayam Bakar Rujak - Batam IndonesiaAyam Bakar Rujak dan Nasi BakarJalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke pulau Batam Indonesia. Menu ayam bakar rujak dimakan dengan nasi bakar … Read More
  • Line Clear Nasi Kandar PenangLine Clear Nasi KandarNasi Kandar Line Clear, nak cakap rastoran tak nampak macam premis, kalau kata gerai pun betul jugak sebab i terletak di lorong … Read More
  • Cendol Bakar Kuala SelangorCendol Bakar Kuala SelangorJalan-Jalan cari makan kali ini membawa saya sehingga ke Kuala Selangor. Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, t… Read More

5 comments:

  1. mmmmrasa macam best
    but tak suka le reramai orang
    gimas
    but must try
    cos ... kalau tak sedap gamaknya dapat ikut trip ami D percuma
    huhuh

    ReplyDelete
  2. Hi Winny
    tempoh hari semasa kau di Penang kamu ngak cuba Nasi Kandar ya. Ada banyak restoran di Penang. Nasi kandar asal nya dari penang. Yang bagus dan enak adalah kuah yang bagus dengan rempahnya. Lain restoran lain resepi rempah nya.

    ReplyDelete
  3. hi ali. kena cuba tu baru tau sedap ker tak sedap.

    ReplyDelete