Friday, July 10, 2015

Broga Hill ~ Singgah Sahur 2015

Broga Hill
Program Singgah Sahur Bukit Broga
Program Singgah Sahur ini merupakan program anjuran Kelab Rekreasi PPUKM yang di ketuai oleh Alif. Alif merupakan Ketua Medic team semasa program Felda Everest yang lalu. Program singgah sahur ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti rekreasi trekking dan hiking yang dibuat pada sebelah malam di bulan puasa. Kalau buat bulan lain kita tak panggil la singgah sahur :), kita panggil hiking malam sahaja.


Peserta mula berkumpul di PPUKM sekitar jam 11.45pm, ada yang bergerak terus dari rumah dan ada yang berkumpul di PPUKM untuk buat carpool. Sekitar 1.20am kami sampai di tapak parking, Walau pun malam kereta di parking tetap banyak, rupanya ramai juga yang buat hiking malam ni. Tapi semasa kami mulai mendaki kebanyakan pendaki sudah mulai turun, rasanya mereka bermula awal sekitar jam 10-11mlm. Untuk singgah sahur ni tidak berapa ramai sekitar 3-4 group sahaja yang kelihatan, satu group sekitar 6-10orang. Pintu gerbang masuk ke kaki bukit broga telah dibuat cantik dengan sumbangan dari pihak RHB. Bagus juga kalau ada badan2 koperat yang turut menyumbang untuk aktiviti rekreasi ni.
Broga Hill Broga Hill
Kami hanya trekking dan hiking sehingga puncak 1 sahaja, Sampai di puncak satu sekitar jam 2.00am. Kami bentangkan GroundSheet dan letak makanan yang dibawa. Memandangkan kami akan bersahur di restoran sebelum subuh maka di puncak satu ini kami cuma bersahur ringan2 sahaja. Ada yang membawa Karipap, Roti dan Mc Donald, dan ada yang masak air buat kopi. Sambil makan kami bergambar.


Sekitar jam 3.00am kami mula turun dan kebetulan hujan pula turun, apa lagi basah lencun la kami. Ada yang bawa rain coat dan ada yang tiada. Pergi hiking ni kita kena sentiasa bersiap sedia dengan cuaca. sampai Parking sekitar jam 3.45am dan kami bergerak ke Restoran di Pekan Broga untuk Bersahur.
Broga Hill


Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sekian

Related Posts:

  • Bukit Apek Batu 9 CherasBukit PutihBukit ini juga dikenali sebagai Bukit Apek, nama ini lebih dikenali berbanding nama sebenarnya iaitu Bukit Putih. Asalnya bukit ini tidak l… Read More
  • Bukit Gasing Bukit GasingBukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing terletak di kawasan Petaling Jaya. Hutan Bukit Gasing ini menjadi … Read More
  • Jom Kempiskan PerutMasalah Buncit?Jom Kempiskan Perut kawan2. Akhir2 ini kurang aktif dan banyak makan membuatkan saya buncit, jadi saya cuba nak kempiskan semula perut … Read More
  • Taman Saujana Hijau ~ PutrajayaTaman Saujana Hijau Presint 11 ~ PutrajayaTaman ini merupakan lokasi terbaru yang saya jumpa, sebenarnya taman ni dah ada lama cuma saya jer yang tak … Read More
  • Latihan Pre Kinabalu - Bukit GasingBukit GasingLatihan Pre Kinabalu Edisi panas badan ini 6 Oktober 2012 dilakukan di Bukit Gasing. Hanya 2 peserta kinabalu 2013 yang dapat hadir iaitu … Read More

4 comments: