Wednesday, May 20, 2015

Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit

Rumah Amal Raudhatul Jannah
Rumah Amal Raudhatul Jannah Olak Lempit Banting Selangor
Pada 16 Tarikh 16 Mei 2015, saya telah menyertai satu program khidmat masyarakat ke rumah anak-anak yatim di kampung Olak Lempit Banting Selangor. Program ini adalah susulan dari program tahun lepas 2014, semasa lawatan pertama kami cuma buat sumbangan sukarela dari kalangan kakitangan yang berminat. Hasil lawatan pertama itu kami mendapat idea untuk membuat program berikutnya dengan lebih baik dan teratur dari segi penjanaan sumbanggan. Pada tahun 2015 Rumah Asnaf ini telah diambil alih oleh pengurusan yang baru dan nama RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH ini di tukar kepada nama baru iaitu RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Program ini di namakan sebagai “Projek Harapan Sebuah Senyuman”. Fokus utama projek ini adalah untuk membantu melengkapkan katil dan tilam rumah anak2 yatim ini. Bermula tahun lepas 2014, satu jawatankuasa di bentuk dan di ketuai oleh rakan saya iaitu Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari, kami mula menjual lot derma. Setiap lot dengan harga RM200 dengan total 50 lot. Hasil pembelian lot sumbanggan itu kami beli set katil bertingkat lengkap dengan cadar, bantal dan selimut. Selain jualan lot sumbanggan orang perseorangan seperti beg sekolah, alat tulis, kipas angin, buku-buku rujukan dan juga beberapa keperluan yang lain turut diterima.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Dalam program sehari ini kami turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan asrama dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dengan membuat aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, motivasi, taklimat kesihatan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Program sehari ini ternyata benar-benar memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan juga rakan sekerja. Tahniah kepada semua teman-teman yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini samaada secara langsung dan tidak langsung, tidak lupa juga kepada Syarikat BMcare, Syarikat Sedi Jaya dan Kedai Perabot Simpang Ampat kerana turut menyumbang dalam program ini . Sekian Terima kasih


Laman Web Baru Rumah Amal Raudhatul Jannah : http://rumahamalraudhatuljannah.blogspot.com/

Alamat rumah amal ni :
Rumah Amal Raudhatul Jannah, OLAK LEMPIT
Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih,
Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat.
Banting, Selangor. ( Belakang Shell).

Puan Norjia – 017-2967860

Koordinat : 2.830284, 101.597297

Pembaca blog boleh hubungi Puan Norjia – 017-2967860 jika hendak datang memberi sumbangan.

ini adalah link entri lawatan pertama https://hamydy.wordpress.com/2014/07/19/rumah-amal-asnaf-al-barakh-olak-lempit/

1 comment:

  1. alhamdulillah..nampaknya rumah asnaf olak lempit ni dah bertambaha baik...

    ReplyDelete