Wednesday, March 4, 2015

Hutan Simpan Ayer Hitam UPM ~ Bukit Puchong


Bukit Puchong dan Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam UPM
Bukit Puchong memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Puchong malah ia turut di kunjungi oleh orang luar dari kawasan Puchong. Bukit Puchong ini merupakan salah satu lokasi untuk rekreasi mendaki. Bukit ini tidak la terlalu tinggi tetapi trek nya yang simple dan ada beberapa bahagian yang agak menegak memberikan suatu kepuasan kepada pengunjung yang inginkan senaman yang mengeluarkan peluh secara hiking dan trekking.


Ok berbalik kepada trip saya. Bukit Puchong ini selalu juga saya kunjung untuk riadah. Jika hujung minggu sabtu atau ahad seawal 6.00 pagi sudah kelihatan ramai pengunjung yang datang terutama dari pengunjung kaum cina, mereka memang terkenal dengan budaya senaman di awal pagi dan rajin senaman. Jadi jika anda sampai ke lokasi sekitar jam 7.00 pagi pun parking dah penuh. Jadi sebaiknya anda sampai di lokasi sekitar jam 6.45pagi, Solat subuh boleh dilakukan di masjid berdekatan.


Bukit Puchong Bukit Puchong

Ramai yang tertanya2 saya dimana Bukit Puchong ini. Sebenarnya Bukit Puchong ini adalah terletak didalam Hutan Simpan Ayer Hitam milik Pengurusan UPM. Trek hiking ini diikutkan pun salah disisi undang-undang kerana dah masuk dalam kawasan Hutan Simpan. Sebelum ini pun pernah kecoh dan masuk Akbar yang pengunjung Bukit Puchong adalah penceroboh. Siap di tutup laluan masuk trek ini. Tetapi disebabkan trek Bukit Puchong ini telah lama menjadi trek riadah penduduk disitu, maka pihak perhutanan dan UPM tidak terdaya hendak menghalang aktiviti ini. Oleh itu jangan hairan jika anda terlihat papan tanda " Amaran Penceroboh akan didakwa" sepanjang trek Bukit Puchong. Mungkin setakat ini pihak berkuasa hanya pejam mata selagi pengunjung tidak pergi kawasan lain selain trek hiking sahaja.


Bukit Puchong Bukit Puchong

Oleh itu trek ke Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ini memang tidak dibenarkan masuk. Sekiranya terserempak dengan pihak Renjer pengunjung pasti akan di tahan dan ambil keterangan dan kemungkinan besar akan di denda. Jika di sabihkan kesalahan boleh didenda RM10,000.00 atau penjara 3 tahun. Dari Puncak Bukit Puchong memang terdapat trek ke Air Terjun, disebabkan pengunjung tidak dibenarkan masuk, oleh itu trek ini sedikit tertutup kerana jarang orang lalu, melainkan penyelidik UPM sahaja.


Pejabat Renjer
Laluan masuk yang sah dan Rasmi Pejabat Renjer UPM adalah melalui Taman Saujana Puchong iaitu di Jalan SP 10/13 Saujana Puchong dengan koordinat simpang masuk ialah  3.000778, 101.644190. Jadi kalau nak masuk secara sah boleh la masuk ikut sini dan mohon kebenaran di pejabat renjer ataupun buat permohonan terus dengan dekan UPM. :)

Lokasi Trek Bukit Puchong
Hutan Simpan Ayer Hitam ini terletak dikelilingi oleh Taman Puncak Kinrara, Taman Damai Utama, Taman Desaminium, Taman Lestari puchong, Taman Saujana Puchong, Taman Puchong Hartamas dan Taman Wawasan Puchong. Pintu Masuk Trek ke bukit Puchong yang sah dan utama hanya terletak di Taman Wawasan Puchong trek masuk adalah bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Koordinat pintu masuk Bukit Puchong adalah 3.024689, 101.629714  dengan posisi 3°01'28.9"N 101°37'47.0"E.

Bukit Puchong Bukit Puchong
Ok berbalik kepada trip saya. saya sampai sekitar 7.15am. Mula mendaki jam 7.30am haftway mendaki tetiba ada peserta nak buang air besar, terpaksa patah balik, nak cari tandas berdekatan memang tak ada kecuali ke stesen minyak berdekatan atau surau yang berdekatan. Sib baik kawan dibenarkan tumpang tandas di salah sebuah kedai yang buka waktu itu :). So mula hiking semula jam 8.30am macam tu.
Bukit Puchong Bukit Puchong

Mula-mula hiking kawasan terbuka, sedikit mendaki dan licin jika selepas hujan atau basah, trek tanah merah. Diatas kawasan terbuka ini anda dapat lihat view kerana ia seperti bertebing curam, so tengok view dari atas kawasan lapang tersebut. Selepas melepasi kawasan lapang ini anda mula masuk ke trek permulaan hutan, anda akan mendaki lagi terasa jugak la kalau lama tak hiking, selepas itu trek mendatar semula dan anda akan jumpa 2 simpang.

Simpang kiri dan simpang kanan. Kedua2 simpang ini sama sahaja ia adalah satu pusingan ke puncak bukit. Jadi biasanya pengunjung akan bermula dari simpang kanan dan keluar melalui simpang kiri. Masuk sahaja ke simpang kanan, treknya bersih dan jelas kelihatan, selepas beberapa meter anda akan jumpa trek sedikit menegak untuk sampai ke puncak bukit.

Saya mengambil masa sekitar 30minit untuk sampai ke puncak, dengan kelajuan biasa sahaja. Di puncak ini kawasan nya lapang dan tiada view, ia dikelilingi oleh pokok2. biasanya pengunjung akan berehat sebentar sebelum turun melalui jalan lagi satu yang menuju semula ke simpang masuk tadi. Biasanya pengunjung akan buat beberapa pusingan sebelum selesai.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Puncak Bukit Puchong
Dari puncak bukit akan kelihatan satu trek yang sedikit tertutup dan ada papan tanda larangan menceroboh, kekadang ada pila larangan masuk. Kalau nak tau ini la trek ke air terjun. Biasanya pengunjung tidak lalu dan tidak pergi ke trek air terjun ini. Kekadang pengunjung veteran terutama uncle2 cina tidak berapa suka kita masuk kerana jika terlalu ramai sangat menceroboh nanti seluruh kawasan trek bukit puchong ini akan di tutup seperti mana yang berlaku sebelum ini akibat ramai menceroboh ke air terjun. Koordinat Puncak Bukit Puchong adalah 3.015322, 101.636971 dengan posisi 3°00'55.2"N 101°38'13.1"E .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Trek ke air terjun ini kelihatan sedikit kabur dengan daun-daun kering, tetapi treknya masih kelihatan dan treknya hanya satu, jadi susah untuk kita tersesat. Daripada puncak ke air terjun mengambil masa sekitar 40minit untuk sampai ke laluan 4wd. Setelah melalui trek ke air terjun ini dari puncak bukit puchong anda akan jumpa simpang satu laluan atas dan satu laluan bawah kedua-duanya menuju ke jalan 4WD.

Berhampiran simpang ini anda akan kelihatan peralatan kajian pelajar2 Botani UPM, Mohon jangan diusik. Jika anda ikut laluan bawah terus anda akan sampai ke jalan 4wd dan anda belok kiri sehingga jumpa papan tanda berdekatan laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang naik ke atas treknya berbukit dan sedikit curam dan anda akan jumpa jalan 4wd dan belok ke kanan sehingga jumpa laluan turun ke air terjun. Jika anda ambil simpang ke atas, jika jumpa jalan 4WD anda perlu belok ke kanan untuk ke air terjun.

Laluan 4wd ini boleh dimasukki oleh kereta dan motosikal tapi pintu masuknya saya tak sure dari mana. Jika anda sampai di laluan 4wd ini diharap anda berhati-hati supaya tidak terserempak dengan Pihak Renjer. Jika terjumpa anda mungkin akan di denda atau di halau keluar. Oleh itu jika sampai di laluan 4wd ini cepat2 anda turun ke waterfall dan lepak diam2 jangan buat bising. Harap pengunjung jangan buang sampah atau memasak di kawasan ini. Jagalah kebersihan :) . Koordinat Air Terjun ini adalah 3.014648, 101.646842 dengan posisi 3°00'52.77"N 101°38'48.63"E .


Begitulah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan. Harap tiada pihak yang akan persalahkan saya jika anda tertangkap. Menceroboh masuk adalah risiko sendiri. Saya sendiri lebih suka hiking trek bukit Puchong sahaja, tidak suka masuk ke kawasan air terjun sebab tidak dibenarkan, melainkan anda mohon permit dari pihak UPM.

Tips
Sekiranya anda fit cergas dan boleh berlari, anda sebenarnya cuma perlukan masa 1 jam sahaja untuk trekking berlari dari Trek masuk Bukit Puchong ke Air Terjun.

Sekian

Berikut adalah Video dari YouTube yang sangat best sehingga teruja untuk explore Air Terjun ini :)


Kredit to ownernya Mr owlsomebrah


[youtube https://www.youtube.com/watch?v=a_J8ygvOtP8&w=560&h=315]


Info Tentang Hutan Simpan Air Hitam yang saya copy dari website UPM


Hutan Simpan Ayer Hitam


Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti rekreasi oleh pelajar dan juga staf. Pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan para pengguna seperti penginapan, dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas, padang dan tapak perkhemahan yang boleh menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Selain aktiviti rekreasi, Hutan Simpan Ayer Hitam boleh dijadikan destinasi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu serta pengurusan taman dan rekreasi. Bagi penyelidikan pula, pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar dan ekologi hutan. Dari segi pengembangan, aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi dan pelbagai lagi.

Hutan ini merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp yang masih wujud  dalam keadaan sempurna di Kawasan Lembah Kelang dan Putrajaya. Ia merangkumi Kompatmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 dan dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun kepada UPM oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Hutan yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada UPM ini mempunyai pelbagai keunikan seperti merupakan sejarah peninggalan penempatan Orang Asli, kesan tinggalan sejarah perang, mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi seperti jeram perigi, jeram belanga, bukit sawa busu serta memiliki 127 spesies flora dan 197 spesies fauna.

Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman sesawang Fakulti Perhutanan.

Hutan Dipterokarp = Kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut.


  • En. Paiman Baiwon

  • 03-89467162/7219/7171

  • Kemaskini Terakhir 24 02 2012 ( hairul_nizam )





 

---------------------------------------------------------------------------------
Video yang menjadi Viral di media sosial

Update : 8/4/2015 jam 9.31am

Semenjak video yang awesome yang dibuat oleh saudara ownernya Mr owlsomebrah menjadi viral di media sosial dan juga di web http://thevocket.com/ (http://thevocket.com/tidak-boleh-dimasuki-sewenang-wenangnya-tempat-ini-digelar-syurga-tersembunyi-malaysia/) Tetiba entri saya berkaitan dengan hutan simpan ayer hitam ini menjadi hit. Huhuhu terasa bersalah pulak sebab share. Sebenarnya video Mr owlsomebrah ni dah lama dah dia buat, tapi sebab best dan awesome maka tetiba jadi viral. Sekarang semua orang tau. Harap tiada la yang menceroboh dan merosakkan hutan simpan tu yer.

Saya mula perasan dalam media sosial FaceBook video oleh encik Mr owlsomebrah ini mula di share dan viral dari web http://thevocket.com setelah 2 minggu entri saya di post. Saya mula post entri ini pada 4 March 2015 dan video ini mula di post dalam http://thevocket.com pada 28 March 2015. Dan kalau ikut statistik saya Hit pembaca untuk entri ini mula meningkat dengan mendadak pada 28 March 2015 juga.. huhu


:( maaf yer Mr owlsomebrah bukan saya yg share dalam media sosial

Mungkin selepas pihak renjer UPM akan buat kawalan akan lebih ketat..

0 comments:

Post a Comment