Thursday, October 23, 2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1 Sept 2014

Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014


Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014 Majalah Halal Pavilion : Vol 1, Sept2014
Gambar Asal dari Entri : Air Terjun Gunung Ledang Resort,
Sebelahnya adalah gambar yang ada dalam majalah dengan watermark kecil sumber dari www.hamydy.wordpress.com :)

Terima kasih kepada Syarikat SUDU EMAS MANAGEMENT & SERVICES SDN BHD yang sudi menghubungi saya dan menggunakan Gambar dari blog saya untuk Majalah keluaran pertama Halal Pavilion TQ TQ

Majalah Halal Pavilion
Majalah Halal Pavilion yang saya dapat ini merupakan Volume Pertama. Majalah ini setebal 48 mukasurat dijual dengan harga RM5 Semenanjung Malaysia dan RM8 Sabah Sarawak. Majalah ini membincangkan 4 perkara iaitu Pelancongan , Makanan, Gaya Hidup dan Budaya.

Antara preview yang boleh saya kongsikan dalam majalah ini antaranya adalah terdapat 6 orang Ustaz yang terlibat dalam penyumbang artikel.Dalam artikel perlancongan keluaran ini banyak menekankan tempat2 menarik sekitar Johor seperti Pantai Desaru, Pulau-pulau di Mersing, Taman Negara Endah Rompin, Taman Negara Tanjung Piai, Air Terjun Kota Tinggi, Air Terjun Gunung Ledang, Dangga Bay, Kota Tinggi dan beberapa lagi tempat menarik sekitar Johor.

Makanan tempatan Johor turut di muatkan di dalam majalah ini antaranya seperti Mi Siput, Laksa Johor, Asam Pedas, Rojak Petis dan bebarapa lagi. Selain itu tips makanan halal dari segi kod komersial turut dinyatakan.

Direktori Halal
Majalah ini turut menceritakan tentang bagaimana kita untuk memeriksa status halal sesuatu produk. Caranya taipkan www.halal.gov.my dan seterusnya pergi ke menu pengguna dan boleh memeriksa status halal produk keluaran syarikat tersebut.

Aplikasi Halal
Bagi pengguna smartphone anda boleh memuat turun aplikasi yang dibangunkan oleh MAMPU iaitu myJakim , aplikasi ini memudahkan kita memeriksa status halal sesuatu produk.

Ok itu sahaja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca, selebihnya kena dapatkan sendiri dan membacanya

Sekian

Contact
Halal Pavilion Magazine
Web : www.halalpavilion.com
Email : halalpavilion1@gmail.com
Alamat : 13-2, Jalan Sisi, 84000 Muar, Johor, Malaysia

Related Posts:

  • Langkawi ~ Pulau Dayang BuntingPulau Dayang BuntingPengalaman pulang ke kampung kali ini, saya sempat singgah ke Pulau Dayang Bunting. Dah lama tak pergi pulau ini. Pulau dayang bun… Read More
  • Pulau KetamPulau KetamRamai yang tau pasal Pulau Ketam, tapi tak ramai yang pernah pergi. Sebelum ini saya penah pergi memancing di kelong Ah Kang Pulau Ketam, t… Read More
  • Save Our Rain Forest ~ Chamang WaterfallRace to Save Nature ~ PEKA MalaysiaBentong Pahang, Chamang Waterfall. Satu aktiviti amal penanaman semula pokok balak telah diadakan. Aktiviti amal in… Read More
  • Pantai Kerachut PenangPantai Kerachut PenangPeluang pulang ke kampung untuk membuang undi, saya tak lepaskan peluang untuk singgah ke Penang. Memandangkan tiket banyak dah … Read More
  • Eye in the Sky ~ AirAsia E-Gift VoucherBaru-baru ini saya terpilih sebagai spy AirAsia survey. Kiranya tak sia-sia juga la naik Pesawat AirAsia ni selalu. Selepas dapat email yang kita dila… Read More

8 comments:

  1. lupa dah kenikmatan mandi air terjun gunung ledang.. masa kekecik penah ler pegi..

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH PIC U DIGUNAKAN SEBAGAI GAMBAR MAJALAH JELES BEB

    ReplyDelete
  3. Asalamulaaikum.. mcm mn sy nak dptkan majalah ni ea?

    ReplyDelete
  4. Hi Shin Can.. sekarang tempat ni masih cantik dan ramai pengunjung.

    ReplyDelete
  5. Salam Riz. majalah ni di Johor boleh dapat di kedai2 buku rasanya sebab ia khusus kat johor.

    ReplyDelete