Wednesday, September 17, 2014

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip

Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Trip sehari ke Singapore sempena cuti 16 September 2014 adalah plan singkat. Balik kerja terus pergi ke TBS, ambil tiket bus KL TBS - Singgapore Beach Road dengan harga RM45, kalau boleh ambil waktu perjalanan tengah malam supaya sampai di singapore awal pagi untuk jimatkan penginapan hotel. Ada dua cara untuk naik bus, pertama bus direct ke Singapore dan keduanya bus ke Larkin. Jika bus ke KL-Larkin, kita kena naik bus awam syarikat SBS yang akan berhenti di Stesen Bus berdekatan dengan Bugis MRT di Singapore. Cara bijak dan jimat masa adalah bus direct ke singapore la better.


Sampai di Emigresen Tambak Johor CIQ, kita kena turun bus untuk cek pasport, waktu ini beg tak perlu lagi bawa masuk pun, tinggal di dalam bas sahaja. Apabila sampai di emigresen Woodland Singapore, driver bus akan cakap bawa pasport dan beg. So kat sini beg kena masuk mesin scaner macam biasa. anda kena cepat dan jangan buang masa. biasanya bus akan tunggu kita selepas emigresen.


Seterusnya bus sampai Singapore dan berhenti di Beach Road depan banggunan yang ada kaunter tiket bus. Bus ini hanya berhenti tepi jalan sahaja, mulanya saya ingat bus station ker apa, tapi bukan. Maknanya kat sini bukan stesen bus macam puduraya atau TBS, ia lebih kepada bus stop sahaja. dimana bus berhenti turunkan penumpang dari KL dan ambil penumpang baru untuk ke KL.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Little India
Saya berjalan kaki sahaja untuk ke Little India (Jalan Kerbau) saja jejalan cuci mata. Kat sini memang semuanya peniaga-peniaga india. Terdapat pelbagai kedai pakaian aksesori dan juga restoran india. Ramai juga yang jalan kat sini.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Albert Street
daripada Little India saya terus berjalan ke Albert Street, kat sini ada Medan Selera (Hawker), sekali tengok macam gerai makanan cina, tapi ada satu baris di tepi terdapat satu baris gerai muslim. Ada gerai Indonesia, gerai melayu dan jugak mamak. Jadi kalau nak sarapan atau makan boleh la makan kat sini. Saya makan kat Gerai SUZANA, ambil nasi campur Nasi putih sayur kacang dan ayam goreng dengan air teh o ais baru 5 dollar, murah jugak. Pastu jalan kat Albert Street ni ada gerai2 tepi jalan yang jual pelbagai benda seperti downtown, memang meriah tambah lagi kalau ada perayaan. Di Albert Street ini juga terdapat Digital Mall, kat dapam mall ni pelbagai barangan electonik dijual, aksesori telefon, labtop dan sebagainya.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Bugis Street
Selepas melalui Abert Street anda akan jumpa Bugis Street, Kat sini macam petaling street di KL la rupanya. tapi dia besar dan 2 tingkat. Biasanya ramai pelancong datang beli ole-ole singapore kat sini la. masuk sahaja boleh jumpa ramai orang Malaysia, Indonesia. Pelbagai barangan dijual, tshirt, Magnet, jam, mainan dan macam-macam. Kalau anda lapar saya tak jumpa pula restoran muslim kat sini, paling dekat anda makan kat Burger King sebelah Bugis Street sahaja. Selepas Bugis Street saya jejalan melawat banggunan bersejarah dan sebagainya, saya tak naik bus atau pun MRT jalan kaki sahaja, kira senaman la jugak. Tapi kalau nak ke destinasi yang jauh boleh naik bus atau MRT. Bugis Street ni sebenarnya tak jauh pun dengan tempat Marina Park jalan kaki sahaja, tapi peluh la jugak dalam 30-60 minit.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Beach Road Bus Station
Sebelah petang saya berjalan semula ke Beach Road ke kaunter tiket untuk beli tiket bus pulang ke KL TBS. Hanya satu syarikat bus sahaja yang ada perjalanan tengah malam ke TBS iaitu syarikat StarMart Express, Syarikat lain rata-rata ke TBS sekitar jam 3.00pm dan 5.00pm. Tapi kalau anda hendak turun di Time Square KL dan Bukit Bintang memang ada banyak bus tengah malam dari Beach Road di semua kaunter syarikat bus. disebabkan saya Pakir moto di TBS, jadi semestinya saya naik bus ke TBS kan. Bus dari Beach Road Singapore ke TBS KL paling last jam 11.00pm, so saya sampai TBS cepat juga dalam 3.30am sbb bus pulang melalui jambatan kedua Gelang Patah.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Medan Selera Beach Road
Selepas dah dapat tiket, kalau lapar boleh makan di Food Court 4 tingkat di seberang kaunter bus tu, Nama tempat ni adalah Beach Road Garden, Banyak juga gerai muslim kat sini. Saya makan nasi ayam cuma 3.5 dollar sahaja. Kat sini yang famus adalah sub tulang kambing, rupanya bukan macam sup tulang kat malaysia, supnya warna merah. sebab dah kenyang makan nasi ayam jadi saya tak sempat merasa sup tulang ni.. ermm maybe lain kali la.
Singapore 2014 ~ 1 Day Trip Singapore 2014 ~ 1 Day Trip
Arab Street
Selepas makan saya jalan kaki ke Arab Street, wah happening jugak kat sini bila malam. tempat lepak ramai orang, berdekatan dgn sebuah masjid lama yang besar. Arab Street tak jauh pun dari Beach road ni. kat sini saya abiskan masa dgn minum teh tarik. ok jugak teh tariknya macam kat mamak di Malaysia. Terdapat juga AgroBazar Malaysia, malam dah tutup so saya tak pasti apa yang di jual disitu.


Sekitar 10.30pm saya bergerak semula ke Bus Stop Beach Road. Naik bus jam 11.00malam dan samapi TBS jam 3.30am.

Sekian.

Perbelanjaan
Tiket bus TBS KL - Beach Road = RM45
Tiket Bus Beach Road Singapore - TBS KL = 20SGD promo (Biasa antara 30-35 SGD)
Makan - 2 kali makan, (Lunch 5 dollar Singgapore, Dinner 4.50 dollar Singgapore)
Minum-minum = dalam 2-3 dollar Singgapore.

Tips Jimat = Bawa bekal roti dan milo atau kopi 3in1  :D , pastu kemana2 jalan kaki sahaja. :)

Tips Bergambar = Sila bawa mini Tripod dan juga minta tolong pelancong lain ambilkan.. :), Kalau minta tolong orang local cam ganggu dia aja, so kalau nampak pelancong sdang bergambar minta dia tolong :D

Tips Keselamatan
Singapore sangat selamat, walaupun berjalan seorang diri lelaki atau perempuan. Ada banyak cctv. Walaupun berjalan waktu 3-4am pun selamat. Tidak perlu risau peragut atau mat rempit, memang tiada.
- Singapore negara banyak peraturan - jadi sila patuhi peraturan yer, kang masalah pulak, jangan buang sampah sesuka hati.

kalau kat singapore bergaduh kat public dua-dua yang bergaduh tu masuk lokap dan kena sebat tak kira siapa yang salah.

bagusnya kalau KL selamat macam singapore kan.

0 comments:

Post a Comment