Tuesday, April 15, 2014

Nasi Goreng Gentayangan Bandung

Nasi Goreng Gentayangan


Nasi Goreng Gentayangan Bandung
Jalan jalan cari makan di Bandung, saya tertarik dengan salah sebuah restoran ini. Nama Restoran ini Celebrity Coffe. Restoran ini terletak di Butik Pakaian Level Factory Outlet yang terletak di jalan Dago. Mulanya tak terfikir pun untuk menjamu selera di restoran ini, tapi setelah penah shoping di Level Factory Outlet saya singgah di cafenya untuk minum, bila perut lapar saya pun oder la jugak makanan kat situ. Cafe ni ada kiri kanan Level Factory Outlet ni. yang sebelah nampak cafe biasa dan sebelah lagi cafe Coffe tapi oder makan sama sahaja kecuali kalau di Cafe Coffe banyak coffee la walaupun owner sama, rasanya saja dia buat dua versi.
Nasi Goreng Gentayangan Nasi Goreng Gentayangan
Nasi Goreng Gentayangan Nasi Goreng Gentayangan
Saya memilih untuk minum di Cafe Coffe 'Celebrity Coffe'. Nampak esklusif sikit beraircond dan ada wifi.  Apa yang buat saya tertarik adalah bila melihat list menu masakannanya ala2 menyeramkan :D. Ada banyak menu nasi goreng yang di tawarkan. Saya pilih Nasi Goreng Misteri Gunung Berapi, nampak macam menarik.


Nasi Goreng Gentayangan Nasi Goreng Gentayangan
Nasi Goreng Gentayangan Nasi Goreng Gentayangan
Baca buku menu mula-mula baca peringatan Tahap Kepedasan, sekali baca mcam best jer membuatkan nak cuba. Terdapat lima tingkat kepedasannya. Memang macam tak percaya sahaja apa yang ditulis membuatkan kita rasa tercabar nak cuba.. :D


Tingkat Kepedasan Seperti Berikut: :)
1. Merinding
2. Menakutkan
3. Menyeramkan
4. Mengerikan
5. Angker

Peringatan seperti berikut:

Makan pertama, lidah anda masih merasa panas nasi goreng, begitu senduk kedua, anda sudah mulai merasa pedas.


Sendok ketiga, keempat dan seterusnya lidah anda akan dimanjakan sensasi pedas dengan tingkat keseraman yang seterusnya menggentayangi lidah anda


Setiap makan rasanya lidah seperti tertusuk-tusuk tapi citarasa nasi goreng tetap MANTAP, rasa pedasnya bias membuat anda keringatan dan mengucurkan air mata ( untuk tingkat kepedasan : Menyeramkan sampai angker)


Nasi Goreng Gentayangan


Saya cuma pesan nasi goreng Misteri Gunung Merapi dengan tingkat kepedasan yang paling bawah iaitu MERINDING sahaja. memang seperti yang tertulis dalam peringatan tu senduk pertama rasa panas nasi goreng, tapi senduk ke dua dan seterusnya memang terasa kepedasan yang mencucuk lidah dan lelangit. Suapan-suapan seterusnya sehingga habis membuatkan saya mengalirkan air mata kepedasan yang teramat sangat...huhuhuhu.. memang saya tak tahan pedas tapi kalau setakat nasi goreng kampung yang ada cili padi tu saya mampu makan lagi.. tapi ini sampai menagis la.. Dasyat.. kalau tingkat kepedasan lagi tinggi entah apa jadi pada saya. Rasa pedas memang terbaik la. Rasa nasi goreng pun mantap juga bergantung kepada menu yang anda pilih. Saya tak pasti jenis cili apa yang dia guna, tapi cili serbuk macam kat Pizza Hut tu.


Jika anda ingin mencuba, Alamat seperti berikut

Nasi Goreng Gentayangan


Sekian

Related Posts:

  • IFTAR Santai di PadangIFTAR di PadangCara berbuka puasa seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi warga kota terutamanya yang tinggal berhampiran dengan padang2 yang mempuny… Read More
  • Restoran Arab - Hannoon Al ArabRestoran Hannoon Al ArabJalan-jalan cari makan Masakan arab kali ini membawa saya ke sebuah Restoran masakan arab yang menarik iaitu Restoran Hannoon … Read More
  • Cendol Bakar Kuala SelangorCendol Bakar Kuala SelangorJalan-Jalan cari makan kali ini membawa saya sehingga ke Kuala Selangor. Ingatkan McDonald dan KFC sahaja ada Drive Thru, t… Read More
  • Line Clear Nasi Kandar PenangLine Clear Nasi KandarNasi Kandar Line Clear, nak cakap rastoran tak nampak macam premis, kalau kata gerai pun betul jugak sebab i terletak di lorong … Read More
  • Ayam Bakar Rujak - Batam IndonesiaAyam Bakar Rujak dan Nasi BakarJalan-jalan cari makan kali ini membawa saya ke pulau Batam Indonesia. Menu ayam bakar rujak dimakan dengan nasi bakar … Read More

0 comments:

Post a Comment