Thursday, March 6, 2014

Bersepeda Motor di Bali 2014

Bali


Bersepeda motor di Bali
Trip ini saya namakan Bersepeda Motor di Bali kerna saya menaiki motosikal sepanjang saya di bali untuk kali ke empat ini, saya berkesempatan bercuti di bali selama 4 hari bulan Februari 2014 yang lepas. Sebelum ini saya menggunakan khidmat supir mobil untuk tour ke obyek Wisata Bali. Tapi berbeza untuk trip kali ini dimana saya merencanakan percutian ala santai dan bebas dengan menaiki motosikal skuter. Mulanya saya ingin menyewa motosikal tinggi seperti ala-ala Motocross tapi agak sukar dicari. Memang ada tapi tiada yang ada berdekatan hotel saya menginap. Kalau motosikal tinggi begitu lagi seronok keluar desa. Ok berbalik kepada trip saya..


Tiket ke Bali di beli sejak tahun lepas lagi 2013 semasa Air Asia buat promosi memang murah huraian detail seperti berikut:









































NoPerkaraHarga
1.Tiket Pergi BalikRM64
2.TaxRM32
3.FuelRM90
4.Service FeeRM16
TotalRM202

Total RM202 - Memang Murah - Berbaloi Baloi :D. Rugi sapa tak beli. Kalau biasa mana nak dapat sehala saja dah RM300.

Hari Pertama - Khamis
Hari pertama saya menaiki pesawat jam 10.00pm dari LCCT. Sampai di bali sudah jam 12.30am, Nasib baik saya dah mention dalam booking hotel AGODA yang saya tiba tengah malam ( Late Check in). Menginap di Tune Hotel Kuta, kalau ikutnya boleh booking terus dari website tune hotel, tapi bila buka AGODA ada promosi iaitu RM184 untuk 3 Malam dah termasuk aircond dan toileteries. Haha dah jimat sikit berbanding booking dari Tune Hotel Website. Sampai saja di Airport Bali perkhidmatan teksi kaunter memang dah tiada. Yang ada teksi yang tak bermeter yang mengenakan tambang yang double. Kalau biasa sekitar 50-60ribu sahaja. Tapi dah tengah malam tiada pilihan terpaksa la juga ambik, teksi ni cas saya 120ribu rupiah asalnya dia caj sampai 200ribu. Dia ingat saya tak biasa ke Bali sebelum ini dan jarak Airport ke Tune Hotel dekat sahaja. Kalau siang hari guna meter cuma 35ribu sahaja dengan teksi Blue Bird.


Sampai di Hotel terus cekin dan letak beg. Perut dah lapar, saya jalan kaki makan di restoran sekitar pantai kuta. Banyak jer kedai restoran yg masih buka. Kalau malas boleh makan meggi, kat bawah Tune Hotel Kuta ada minimart yang buka 24jam, ada dijual air panas.


Hari Kedua - Jumaat
Saya sarapan di sebuah kedai makan masakan padang yang terletak di lorong sebelah kanan hotel Tune hotel, Kat sini ada 2 kedai makan muslim bersebelahan dan ada kedai jual topup telefon dan simcard. Selepas sarapan saya beli topup dan aktifkan plan internet.
Bali Bali
Aplikasi Navigasi Waze
Saya menggunakan aplikasi WAZE ini untuk buatkan navigasi secara offline. Caranya mudah saja, mula2 buka waze dan pilih navigate pastu search lokasi yang hendak dituju, pastu add sebagai favourite jgn terus navigate. selepas tu pilih menu navigate dan pergi ke list favourite yang kita dah add. Pilih dan klik start Navigate. Bila dia kuar arahan "Let Start" maka zoom kan peta sampai habis pastu tolak2 map tu sehingga sampai tempat destinasi selepas tu stop navigate. skrg anda sudah ada navigasi secara offline. Ini bermakna jika tiada line internet anda masih boleh navigate guna waze kerana dia dah save map yang kita dah buka. So sementara ada line internet atau free wifi maka buat list favourite lokasi yang hendak dituju siap2. Kalau boleh lepak kat cafe yg ada wifi guna wifi jimat data internet kita. Bila semua lokasi yang hendak saya pergi sudah saya save favourite list maka saya pergi mencari motosikal sewa. Untuk cara penggunaan Aplikasi WAZE ini anda boleh lihat di pic dibawah ini.


Sewa Motosikal
Kat bawah tune hotel sebelah kaunter hotel ada kaunter kecil yang menyediakan perkhidmatan tour dan sewa motosikal. Sewa mobil untuk tour harian sekitar 500-600ribu sahaja. Manakala sewa motosikal cuma 50ribu untuk 24jam. Murah kan sewa moto cuma RM15 untuk 24jam, jimat2. Kebetulan motosikal dgn agen tu dah habis, so saya pergi kat depan hotel ada juga perkhidmatan sewa motosikal. Cuma isi borang dan masukkan no Pasport dan buat bayaran dan sudah dapat motosikal. Mudah sahaja. dia tak mintak pun permit memandu antarabangsa atau lesen memandu. Sepanjang saya memandu motosikal di bali tiada langsung masalah dengan Polisi. Walaupun saya ada lesen memandu antarabangsa, Bagus ada lesen untuk mengelakkan hal yang tidak dijangka.
Bali Bali
Jika menunggang moto tak perlu risau tentang petrol kerana sepanjang jalan anda akan jumpa gerai yang menjual petrol dalam botol yang harganya sama sahaja dimana-mana dengan harga sebotol kecil 7ribu. Jika anda isi di petrol station mungkin dapat lebih sedikit dengan 7ribu rupiah tu. Cuba gerai menjual petrol dalam botol ni mudah dijumpai walaupun sehingga keluar desa pun ada. botol yang digunakan juga standard botol Vodlka.


Green School
Saya menunggang motosikal ke Green School ni menggunakan bantuan navigasi aplikasi WAZE. Boleh tahan jugak jauhnya hampir sejam perjalanan merentasi desa jauh ke pelusuk kampung. Cuak jugak bila dapati makin ke dalam kampung takut sesat. Tapi akhirnya saya berjaya juga sampai. Saya sampai ngam-ngan jam 4.00pm, tour baru sahaja bermula..lega sempat jugak. Sampai saya bayar minimun 100ribu. 100ribu ni cuma sebagai donasi kepada sekolah, anda boleh membayar lebih dengan ikhlas jika mau.  Semasa nak bayar saya buat2 tanya "Brapa ya?" Petugas kaunter jawab 100ribu..Then saya jawab 100ribu !!. Tetiba terdengar mat saleh (mungkin salah seorang cikgu) cakap indonesia " Aduhh Sangat Mahal !! sambil ketawa..sib baik saya cover line dgn cakap " Its Gud for a good purpose :). Malu sendiri dalam hati..hahhaaha.. Untuk dapat maklumat lanjut anda boleh lawati laman web sekolah ni di http://www.greenschool.org .


Info Green School
Bali Bali
Bali Bali
"Sekolah Hijau ini telah diilhamkan oleh pengasasnya pasangan suami isteri John dan Cynthia Hardy pada 2006. Sekolah ini dibuka pada bulan September 2008 dengan 90 orang pelajar. John dan Cynthia Hardy telah menetap di Bali selama lebih daripada 30 tahun. John Hardy warga Kanada datang ke Bali pada tahun 1975,  manakala Cynthia pula seorang warga Amerika yang datang ke Bali pada tahun 1982. Mereka mula bekerjasama dalam perniagaan jewellery pada tahun 1989 sebagai kongsi dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri."
**Sumber text dan foto untuk info diatas ini dari website http://www.greenschool.org
Bali Bali
Apa yang menarik minat saya bila pertama kali melihat green school ini adalah binaan sekolah menggunakan buluh membentuk sebuah banggunan yang unik dan sangat cantik. Telah dicadangkan oleh sahabat saya, setelah melihat foto-foto dan melawat website maka membuatkan saya teruja untuk melawat.


Berbalik pada tour sekitar sekolah dengan seorang jurucakap sekolah ini ada masa dan hari tertentu memandangkan sekolah ini masih beroperasi seperti biasa dengan para pelajar yang 85% adalah International. Tour yang saya booking pada 4.00pm ni memang waktunya kelas pelajar sudah tamat. Sebelum tour satu sesi penerangan diberikan oleh staff. Mereka melarang keras sama sekali merakam foto kanak2 atau pelajar yang terdapat disekolah tersebut. Kawasan sekolah, banggunan dan sebagainya bebas di rakam foto.
Bali Bali
Kami dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Antara yang kami lawati adalah bilik2 kelas yang unik binaan dari buluh. Kantin sekolah yang dindingnya diperbuat daripada tanah liat. Kebun dan bangsal kompos yang menukarkan sisa makanan dan najis kepada baja tanaman untuk pokok-pokok besar, Bagi sayuran baja ini tidak digunakan. Sekolah ini cuba menjimatkan tenaga yang ada dan menggunakan tenaga semula jadi.
Bali Bali
Compos Toilet
Tandas tidak menggunakan air untuk flush. Bila masuk toilet ada dua mangkuk tandas satu untuk kencing dan satu untuk buang air besar. Anda akan buang air besar dalam magkuk tandas yang ada baldi didalamnya, selesai berak ada disediakan habuk kayu dan cebisan daun kering untuk di tabur dalam mangkuk tandas ini. Bila dah hampir penuh baldi ini akan diangkut ke Bangsal Kompos untuk di buat baja kompos. Tetapi tandas ini masih ada air untuk mandi.
Bali Bali
Banggunan Utama
Tour tamat di banggunan utama. Pengunjung pasti terpesona dengan seni bina banggunan ini yang menggunakan sepenuhnya buluh. Pada batang-batang buluh ini terdapat ukiran nama-nama para penderma yang telah menyumbang ribuan dollar. Antara yang sempat saya kenal adalah David Copperfield dan Sir Richard Branson CEO Virgin Air. Jadi kalau nak nama anda diukir pada batang buluh banggunan utama boleh la menderma ribuan ringgit :D.
Bali Bali
Setelah selesai tour saya menjamu selera di restoran Green School ni.. Makan malam "dinner".. tapi makanan nya macam salad campur ja.. patutla mat salleh kat sini slim-slim.. Mulanya ingat tak kenyang sekali dah makan kenyang sampai tengah malam. Selesai makan saya pun beransur pulang.. pada ketika ini saya lihat para pelajar sudah tiada dan kakitangan sekolah sudah bersiap2 untuk pulang. Jika hendak tau lebih detail pasal Green School ni boleh la baca entri khas yang saya buat dialamat berikut https://hamydy.wordpress.com/2014/03/12/green-school-bali/
Bali Bali
Sebelah malam pula saya menghabiskan masa melepak di cafe2 berhampiran pantai kuta. Saya lepak minum di Hard Rock Cafe sehingga jam 2 pagi baru pulang sambil layan live band. Suasana memang meriah  jika masih awal sekirat jam 8.00-10.00 mlm dengan kawasan penuh dengan pakir motosikal. Kat sekitar pantai Kuta dan Legian ni pakir motosikal tiada yang free, kat mana-mana ada saja ada juru pakir bayaran sekitar 1ribu -3ribu rupiah, jadi stanby la duit kecil atau baki belanja untuk bayar pakir.


Hari Ketiga - Sabtu

Bedugul
Bali Bali
Setelah sarapan saya memula kan perjalanan ke Bedugul. Tidak susah dengan bantuan WAZE. Perjalanan panjang lebih kurang 2jam sambil melihat kawasan pendalaman dan kampung-kampung, sesekali saya berhenti rehat mengisi petrol dan singgah di kampung-kampung yang memberikan suasana pemandangan yang indah. Sampai di Bedugul Wisata Ulun Danu sekitar jam 10.00am. Tiket masuk yang dikenakan adalah 10ribu untuk seorang.  Tak banyak yang boleh saya ceritakan tentang temple ini namun tempel ini merupakan salah satu landmark jika ke bali. pemandangan temple seakan-akan di tengah tasik dan pemandangan taman botanikal yang menggamit suasana amat mempersonakan. Kawasan ini bersuhu sederhana sejuk dan kawasannya luas. landmark tempat bergambar biasanya pada temple di tasik tu. Setelah bergambar saya pun bergerak pulang, sambil itu singgah di pasar yang akan kita jumpa semasa sebelum sampai Ulun Danu, singgah di pasar ni beli makanan ringan pelbagai kerepek yang semestinya sedap. Di pasar ini banyak jual jenis2 makanan sayruran, buahan dan ada sedikit barang2 lain, kalau waktu pagi memang sesak.


Taman Sari
Bali Bali
Saya singgah makan tengahari di restoran Taman Sari. Apa yang uniknya restoran ini ialah ia terletak di tepi cerun yang memberi pemandangan kawasan padi bukit yang yang berteres dan juga pemandangan yang hijau dan nyaman. Ada 2-3 restoran yang memberikan view seperti ini. Saya makan Ikan Gurami Goreng (Talapia) ( dan sayur bersama set tempe.. Ok jugak harga pun tak la mahal sangat.


Jatiluwih
Bali Bali
Selesai makan saya meneruskan perjalanan ke perkampungan Jatiluwih untuk melihat dengan lebih dekat lagi suasana pemandangan sawah padi yang berteres ini. Perjalanan memang nampak mencabar sbb masuk jalan kampung jauh kedalam terasa macam lost jer rupanya WAZE guna jalan pintas sampai perkampungan Jatiluwih saya singgah sekejap menghayati pemandangan dan bergambar, ketika saya sampai cuaca hujan ketika itu namun hanya sekejap so sempat la bergambar selepas itu.  Sebenarnya view yang lebih cantih perlu pergi lagi ke kedalam ke seberang  bukit  tapi saya nak kejar masa saya tidak meneroka lebih. Seterusnya teruskan ke destinasi seterusnya ke tanah lot.


Tanah Lot
Bali Bali
Sampai di wisata tanah Lot pun dah lewat sekitar jam 6.00pm, saya sempat bergambar dan menghayati suasana badaian ombak menghempas pantai dan tebing...memang asyik.. Masih ramai orang ketika ini. Saya menunggu sehingga matahari terbenam Sunset, Seterusnya saya bergerak ke tempat tarian Kecak.


Kecak Fire Dance
Bali Bali
Kecak Dance ini bermula sekitar jam 7.30pm. Persembahan tarian ini mengambil masa hampir 1 jam. Tiket masuk yang dikenakan adalah 50ribu untuk seorang. Memang terhibur la... kenapa di panggil kecak dance.. rasanya lagu yang dinyanyikan bunyinya ...kecak..kecek..kecak.. membentuk irama yang mengiringi lakonan Puteri, sang monyet dan juga pahlawan nya.  Dalam gambar org yang duduk tu la yang nyanyi. Dalam tarian Persembahan kecak ini juga ada mereka main dengan api tapi sekejap sahaja. Kalau nak tahu karektor dalam Barong Dance, Kecak Dance, Keris Dance dan Fire Dance memang sama kerana ia dari sejarah mitos Ramayana..cuma kisah yang berlainan.  Selesai tarian kecak ni saya sempat bergambar. Kawasan wisata Tanah Lot ini tutup jam 7.00pm. Selepas tamat tarian kecak ini akan ada pengawal yang memeriksa kawasan wisata ini untuk memastikan tiada pengunjung yang masih berana kerana gelap dan tiada lampu. Cuma yang masih dibuka adalah restoran yang terletak selepas kecak dance ini yang terletak di atas tebing dan view laut. Tapi boleh tahan jugak mahalnya restoran ini, saya lihat banyak yang menjamu selera kebanyakan adalah mat saleh sahaja.


Hari Keempat - Ahad

Uluwatu Temple
Bali Bali
Seterusnya hari ketiga saya meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple. Tempat ini belum pernah saya sampai sebelum ini walaupun tidak jauh dalam satu jam perjalanan dengan motosikal. Kawasan Uluwatu ini terletak di kawasan kuta selatan. Nak sampai ke kawasan ni kena melalui kawasan kampung rasa macam tiada penghuni sahaja bila dah memasuki kawasan Uluwatu ni..jalan sunyi jer kiri kanan pokok.. Tapi rupanya makin menghampiri kawasan laut makin ada rumah rehat mewah.  Apa yang menarik adalah kawasan ini adalah kawasan tebing tinggi laut. Tidak happening sangat tempat ini tetapi ramai jugak pengunjung yang datang untuk melihat pemandangan disini. Disini terdapat Temple yang terkenal dan dikatakan temple kayangan, masih aktif dan ada upacara sembahyang dilakukan oleh penganut agama Hindu. Kalau pengunjung bukan beragama hindu tidak dibenarkan masuk bilik upacara sembahyang cuma kawasan sekirar temple sahaja termasuklan di semua temple di bali dengan bersyarat menutup aurat dan tidak datang bulan bagi wanita. Itu sebab saya diberi pakai kain sarung warna purple tu sbb saya cuma berseluar pendek sahaja :D.


Uluwatu Beach
Bali Bali
Sebelum sampai Temple Uluwatu ni akan ada satu simpang ke pantai, So simpang ke pantai ini la yang membawa saya ke kawasan yang terkenal tapi terlindung :D.  Saya dapati kawasan ke pantai Uluwatu ini banyak hotel mewah dan banyak berpenghuni mat salleh yang suka surfing. Ternyata apabila saya sampai di lokasi memang menarik kawasan ini, terletak di tebing bukit dan ada chalet2 dan juga hotel2 mewah.
Bali Bali
Saya lepak di salah sebuah cafe di tebing dengan view laut sambil melihat aksi mat salleh sedang asyik surfing. Memang ramai pengunjung mat salleh di kawasan ini yang surfing pun mereka. kalau pengunjung tempatan dan orang Malaysia biasanya lepak aja dan mandi laut sahaja. Pantai kawasan ini tidak besar dan biasanya para surfer akan berenang ketengah laut untuk surfing. Pada pendapat saya tempat ini juga best jika dapat menginap satu malam. Otw ke Sukawati saya singgah makan tengahari di gerai2 kecil muslim. makan nasi pun ala-ala orang sana murah sahaja dalam 15ribu sudah kenyang.


Sukawati
Bali Bali
Seterusnya saya meneruskan lagi lawatan ke Kampung SUKAWATI untuk shoping sebelum pulang ke Malaysia. Tempat shoping ini memang terkenal dikalangan pengunjung yang inginkan lukisan murah dan juga TShirt murah. Pada saya apa yang menarik adalah lukisan murah, kalau baju-baju tu biasa saja boleh cari dimana2 tapi disini boleh dapat lukisan yang cantik dengan harga murah dan berpatutan  buat hiasan pada dinding rumah. Pelbagai jenis lukisan abstrak, bunga, potret dan lain-lain lagi, memang puas hati saya kesini.


Seterusnya saya bergegas pulang ke Hotel di Kuta dan sampai hotel sudah jam 6.00pm, pulangkan motosikal dan ambil beg yang disimpan di stor tune hotel. Saya minta hotel panggilkan teksi blue bird untuk hantar ke Airport. Teksi Blue Bird ni guna meter dan tambang cuma 35ribu sampai ke airport. Saya mandi dan bersihkan diri di toilet airport selepas itu makan dan rehat menunggu penerbangan pulang ke Malaysia jam 9.00mlm. Begitulah sikit sebanyak pengalaman saya bersepeda di Bali.


Sekian

Tentative Perjalanan Seperti Berikut

Hari Pertama – Khamis 13.02.2014
06.00pm – TBS Tasik Selatan menaiki Tran ERL Transit ke LCCT
07.00pm – Tiba LCCT
08.00am – Berlepas ke Bali
11.30am – Tiba di Bali
12.00pm – Sampai ke Hotel cek in
12.30pm – keluar makan dan lepak2

Hari Kedua – Jumaat 14.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune dan cari top up simcard Indonesia
10.00am – Cari motosikal untuk di sewa kedai depan hotel Tune sahaja
12.01pm – Ronda Pantai Kuta
02.30pm – Bertolak Ke Green School
04.00pm – Sampai dan tour bermula
06.00pm – Tour Tamat dan lepak makan Salad
06.30pm – bergerak pulang ke Kuta
08.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
09.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm - Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Ketiga – Sabtu 15.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Bedugul
11.00am – Sampai Bedugul
01.00pm – Lunch di Taman Sari
02.00pm – Bertolak ke Jatiluwih Rice Terace
05.00pm – bertolak ke Tanah Lot
6.00pm – Sampai tanah lot
07.30pm – Kecak Fire Dance
08.30pm – Bertolak pulang ke Kuta
09.30pm – Sampai Hotel bersihkan diri
10.30pm – Keluar makan di hadapan Pantai Kuta.
11.00pm - Lepak minum dan layan Live Band di Hard rock Cafe Bali.

Hari Keempat – Ahad 16.02.2014
09.00am – Sarapan di restoran Muslim Nasi Padang Berdekatan Hotel Tune
09.30am – Bertolak ke Uluwatu
11.00am – Uluwatu dan kemudiannya ke Uluwatu Beach
02.00pm – Bertolak ke Sukawati
04.00pm – Sampai Sukawati
05.00pm – Bertolak pulang ke Kuta
06.00pm – Sampai Tune Kuta
07.00pm – Naik Teksi ke Airport
07.30pm – Sampai Airport - mandi dan makan
09.00pm – Sampai Airport

Kos
Hotel Tune = RM112 untuk 3 malam
Flight KL – Bali - KL = RM202 ( + tax)
Sewa Motosikal = 50ribu satu hari
Tiket Masuk Ulun Danu Bedugul = 10ribu
Tiket Masuk Tanah Lot = 30ribu
Tiket Masuk Kecak Fire Dance tanah Lot = 50ribu
Tiket Masuk Temple Uluwatu = 20ribu
Pakir motosikal = 2-3ribu
Petrol Botol = 7ribu botol kecil dan 10ribu botol besar standard mana2 harga sama.
Teksi ke Airport = 35ribu bermeter Blue Bird
Teksi Airport ke Hotel = 120ribu lepas tawar (buka harga 200ribu) Teksi malam di airport - kena sembelih :)
Makan-makan gerai = sekitar 15-30ribu

Tips
- Jika sampai tengah malam teksi airport dah tiada .. yang ada teksi biasa..cuba tawar sehingga 100ribu
- kalau sewa moto pastikan periksa kondidi moto dan pastikan semua baik dan selamat dihadapan owner kedai.
- tukar duit di Bali kekadang jadi lebih murah jika di luar mall
- gunakan duit kecil untuk bayaran pakir dan habiskan duit syiling jika ada.

Tips Budget
- Saya habis cuma 1juta (RM270 tukaran ketika itu) sahaja untuk ground sepanjang 4 hari di Bali.
- RM270 ini tidak termasuk hotel dan penerbangan
- kurang shoping survinior dan makan murah di gerai dan tidak berlebihan
- Banyak jimat sbb sewa motosikal dan bila masuk wisata tidak ambil guide.
- So total 270 + 202 + 112 = RM602

22 comments:

  1. nak tiru lah.. coz trip ke bali bulan 10 nanti sorang2

    ReplyDelete
  2. terbaek.. travelouge cmnieyhlaa dh lame aq cr! smuanya lengkap! siap ade tentattive perjalanan dan cost!

    ReplyDelete
  3. Thank you for another informative web site. The place else may
    I get that type of information written in such an ideal method?
    I've a project that I'm simply now running on, and I have been at the
    look out for such information.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih singgah di Blog saya

    ReplyDelete
  5. Terima kasih singgah di Blog saya

    ReplyDelete
  6. Terima kasih singgah di Blog saya
    Boleh cuba tu. tak susah
    Janji download mana2 apps navigasi yang boleh guna offline

    ReplyDelete
  7. Tips tambahan untuk semua
    Kalau pergi ke uluwatu pergilah petang
    sebab boleh tgk tarian kechak sekali

    tarian kechak di Tanah Lot dah kurang sambutan.

    So better g ke uluwatu, sambil menunggu matahari terbit persembahan tarian kechak akan bermula.
    Kena sampai sekitar kul 3,00pm untuk beli tiket tarian kecak ni
    sbb kalau seat penuh..takde tiket dah la

    sila rujuk trip terbaru saya sept 2014
    http://hamydy.wordpress.com/2014/09/18/bali-sept-2014-liburan-hujung-minggu/

    ReplyDelete
  8. HOW U AMBIK GAMBAR
    USING TROPID
    ATAU SUSUH ORANG

    ReplyDelete
  9. thanks bro!! banyakk info berguna~ ^^v

    ReplyDelete
  10. Hi Fazrini
    Terima kasih kerana singgah di blog saya. saya tulis semampu yang dapat :)

    ReplyDelete
  11. Sangat detail and informative. Thank you so much

    ReplyDelete
  12. nice blog.... appreciate the details.. going there this friday.. amik motor lah.. nak try.. thanks again..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum,

    nak tanya senang tak nak cari jalan kalau nak pergi tempat2 kat sana?
    boleh guna lesen malaysia kat sana?kalau roadblock x kena saman ke?
    selamat tak bawa motor sepanjang kat sana sbb cdg nak g sana pertama kali dan bawa motor selama 6 hari. Tapi takut susah nak cr jalan sbb dgr2 jalan kat sana byk konfius dn jauh2

    ReplyDelete
  14. hi Eddie
    Terima kasih singgah di blog saya.
    nanti bole share pengalaman anda pulak bersepeda di Bali :)

    ReplyDelete
  15. Wsalam Pingu

    Kalau ada gps dan internet, memang senang sahaja hendak kesana. Saya guna app WAZE sahaja untuk navigate, tapi kena ada internet la. kalau dah ada GPS tak susah dan tak konfius. Jauh dekat perjalanan tu bergantung kepada destinasi yang hendak pergi.

    kalau dari kuta nak ke tanah lot memang la jauh, kena gerak awal dan timing masa. pilih moto yang besar sikit baru tak sakit punggung.

    Sepanjang saya memandu di sana saya tidak pernah kena Roadblock, tapi langit tak selalunya cerah kan.. :). manalah tau nasib tak baik.

    so saya nasihatkan aply permit memandu international kat JPJ RM150 laku setahun.
    kalau ada permit ini dah confiden dan selamat, tak risau kena saman atau kena pau pak polisi

    kalau guna lesen memandu malaysia risau jika di tahan mereka tidak terima dan akan minta duit kopi, kalau kena sekali ok la, tapi kalau sepanjang jalan kena banyak kali ..mau masak jugak kan.. nak jimat RM150...rugi 200-300 ratus.

    Tapi kalau naik moto area pantai kuta dan legian tu biasa tak perlu permit antarabangsa pun. tapi jangan sampai kemalangan sahaja nanti panjang citernya.

    ok harap ini membantu.

    ** Pesanan naik moto pakai baju lengan panjang...kalau tak masak jadi gelap dek panas :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Saya nak ke sana bulan 7 ni (3 malam), ingat nak sewa kereta sbb kami berempat. Selamat tak? Parking mcm mana? Encik ada tak recommended tempat sewa kereta? Ada kat internet murah sehari RM60 tp takut2 jugak nak book. Maaflah banyak soalan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Hi mimi

    terima kasih kerana singgah di blog saya.

    Berkenaan dengan sewa kereta tu RM60 kira murah la. Boleh dicuba.
    Saya tidak pernah ada pengalaman sewa kereta di Bali, jadi saya kurang pasti bagai mana. dan tak ada contact.

    Mimi bole cuba booking satu hari dahulu jika rasa takut2, kalau ok then sambung la lagi 2 hari.

    Cuma kalau berada di Kuta atau Legian jalan memang sesak dengan kereta dan motosikal memang banyak, oleh itu pemanduan mesti lah kena berhati2 kerana kita tidak biasa jalan disana,

    pastikan pemandu mempunyai permit memandu antarabangsa untuk keselamatan. Pastikan kereta yang kita sewa itu ada insuran dan baca syarat dan terma sewa.

    atau jika hendak senang sewa kereta dengan supir, ada beberapa supir yang saya kenal boleh mimi nego harga.

    Berikut adalah supir yang saya guna semasa di Bali. Mereka ramah dan bagus

    1.Nama : Adinata
    Tel : +6281 338 570 361
    FB : Adi Transport Bali
    Email : dinata1979[@]gmail.com

    2.Nama : Dewa
    Tel : +62 81 8055 68559/081 8055 68559
    FB : Dewa Gasal Cok Ludo
    Email : yudistiratourtravel[@]yahoo.com

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas informasi. Nak sgt drive sendiri, tp takut trafik and honestly takut kene tipu. Btw, saya akan cuba contact supir yang Encik bagi ni.

    p/s: Blog Encik informatif. Keep up the good work. =)

    ReplyDelete
  19. paket tour murah di bali, hubungi alka bali trans e-mail : alkabalitrans@gmail.com +6285 73 80 80 80 3 atau +6287 863 195 395

    ReplyDelete
  20. Terbaik bro.. very useful info...

    ReplyDelete