Sunday, December 1, 2013

Bukit Puchong 2013

Bukit Puchong
Bukit Puchong
Bukit Puchong yang terletak di tengah-tengah kawasan Pucong ini merupakan destinasi terbaru saya ekprolasi sebagai tempat rekreasi. Bukit yang terletak dalam Hutan Simpan Negeri Selangor merupakan tempat rekreasi yang bukan baru bagi kalangan penduduk Puchong. Tempat ini telah lama menjadi tempat rekreasi mendaki.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Saya baru sahaja di perkenalkan oleh seorang kawan tentang lokasi ini, jadi hujung minggu saya mencuba mendaki di bukit Puchong ini. Ada beberapa pintu masuk ke Hutan Simpan ini. Tetapi trek yang jelas dan paling ramai gunakan adalah trek yang masuk bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Biasanya awal pagi akan kelihatan banyak kereta parking disini. Jalan masuk juga senang koordinat seperti berikut 3.024716, 101.629785 .
Bukit Puchong Bukit Puchong
Diawal pendakian agak sedikit curam dan anda akan dapat lihat view Bandar Puteri. Memang menenangkan bila berada tempat tinggi lihat view.

Trek yang agak santai dan memerlukan mendaki 3 buat bukit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong. Jika anda cergas biasanya anda akan mengambil masa sekitar 45minit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong.

Di Puncak bukit Puchong tiada view yang boleh kita lihat, memandangkan hutan simpan ni hutan dara maka hutan agak padat dan masil seperti asal. Trek masuk memang jelas kelihatan dan sukar untuk kita tersesat.
Bukit Puchong Bukit Puchong
Laluan ke puncak ada dua simpang yang pusing ke jalan keluar yang sama. biasanya pengunjung akan mendaki dan turun ikut laluan yang berbeza.

Maaf pic saya dah tak boleh upload sebab dah penuh memori :(

Sekian

Related Posts:

  • Bukit Puchong 2013Bukit PuchongBukit Puchong yang terletak di tengah-tengah kawasan Pucong ini merupakan destinasi terbaru saya ekprolasi sebagai tempat rekreasi. Bukit… Read More
  • Bukit Tabur East 28 Nov 2011Bukit Tabur East 28 Nov 2011Seramai 15 Orang line up yang mendaki Bukit Tabur East kali ini. Even kali ini adalah anjuran Kelab Orang Hutan Malaysia (… Read More
  • Bukit Gasing 27 Nov 2011Bukit GasingAhad 27 Nov 2011.7.00am . Sekali lagi sy Jogging+Trekking+Hiking di Bukit Gasing entah kali yang keberapa pun dah tak ingat. Bukit Gasing … Read More
  • Bukit Gasing Bukit GasingBukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing terletak di kawasan Petaling Jaya. Hutan Bukit Gasing ini menjadi … Read More
  • Putrajaya Maritim Club HousePusat sukan air yang terletak berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya merupakan salah satu lokasi santai yang agak menyamankan minda. Di pusat marit… Read More

0 comments:

Post a Comment